Semasa sakan bercinta, semuanya indah belaka. Bila sudah berkahwin, barulah korang tahu perangai sebenar pasangan.
Bagaimanapun, keserasian bersama menjadi faktor utama sebuah rumah tangga mampu bertahan. Oleh sebab itu, penting untuk mencari pasangan yang betul-betul serasi dengan kita.
Macam mana nak tahu sama ada kita serasi atau tidak dengan bakal jodoh, Ustazah Norbahyah Mahmood telah pun berkongsi 7 tanda-tanda bagi mengenal keserasian ini.
Tiap kali bersamanya, kita akan sentiasa rasa lebih seronok, sayang dan bahagia.
Serasi tak semestinya semuanya perlu sama sama. Isteri rajin, suami rajin. Isteri suka masak, suami suka masak.
Sebaliknya, serasi bermaksud pasangan boleh bertolak ansur walaupun berbeza sikap. Contohnya, seorang suka mengemas, seorang lagi mengubah susunan perabot. Seorang suka masak, seorang lagi suka mengemas dapur.
Itu maknanya korang serasi kerana Allah sudah gandingkan kita cantik dengan pasangan masing-masing.
Cuba check kalau bakal jodoh telefon korang, rasa tenang ke tak. Tapi make sure biarlah perbualan tu yang baik-baik dan bukanlah perbualan maksiat.
Bila dah kahwin pula kalau tengok muka pasangan, kita tak rasa serabut, rimas dan sentiasa tenang je.
Kalau kita demam ke, tak sihat ke, dialah yang paling risau. Kalau ada masalah, dia orang pertama yang nak bantu kita.
Bila suami ada di rumah, isteri rasa selamat. Bila duduk di rumah sentiasa rasa takut macam takutkan raksasa, itu korang kena nilai semula. Mungkin korang bukan pasangan yang serasi.
Perkenalan dengannya membuatkan kita lebih dekat dengan Allah. Kita mula solat, pergi masjid, baca al-Quran, tahajjud dan qiamullail. Kita berubah menjadi semakin dekat dengan Allah.
Orang kata, susah dan senang Bersama-sama. Inilah keserasian hakiki yang perlu ada dalam setiap rumah tangga.
Untuk yang dah kahwin tu, cuba nilaikan semula perkara-perkara ni, mana tahu boleh perbaiki hubungan suami isteri untuk jadi lebih baik lagi.
Bagi yang masih mencari bakal jodoh, check sama ada korang serasi atau tidak dengan pasangan. Carilah yang boleh membimbing kita ke jalan yang diredhai olehNya. InsyaAllah!
*
Sumber: Tanyalah Ustazah