7 Tip Teks / DM Crush Agar Tidak Kelihatan Dungu

Share

Bila dah suka dekat seseorang tu, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan mendapatkan biodata penuhnya. Bagaimana pula jika kamu sudah memiliki nombor telefonnya malah kamu dan si dia sudah saling follow di Instagram, Twitter dan Facebook? Apa yang akan kamu bualkan? Ini antara cara yang boleh kamu lakukan, jika kamu sudah bersedia untuk memulakan langkah pertama dengan crush!

 

Jangan lupa Emoji

Mungkin emoji nampak sedikit kebudak-budakkan, namun dengan adanya emoji perbualan kamu dengannya tidaklah terlalu awkward

. Jangan terlalu banyak, takut crush kamu annoying pula.

 

Jangan hantar teks bertindih

Perlu diingatkan jika kamu ingin bertanyakan sesuatu, jangan terus mengajukan soalan. Nampak bersahaja, dengan hantar hai. Kemudian tunggu sehingga dia balas, tak kiralah sejam, dua jam malah sehari. Jika dia masih tidak balas, soalan susulan yang kamu harus teks adalah “Busy ke?” Sabar itu kan separuh dari iman.

 

Cari topik

Jangan sekadar hai dan bye. Pastikan kamu dan dia ada topik yang ingin dibincangkan. Dengan cara itu, dia akan melayan kamu. For sure kamu sudah stalk dia dengan jayakan bukan? Tentu kamu tahu topik apa yang akan buatkan dia teruja untuk dibincangkan. Jangan jadi seorang yang membosankan, pelbagaikan topik kamu. Paling penting, buat dia nampak bijak!

 

Jangan hantar teks berbaur lucah

Ini penting! Tak kiralah kamu seorang lelaki atau seorang perempuan. Lucah amat diharamkan dalam berhubungan dengan crush. Tak salah untuk kelihatan romantik, namun biarlah berpada-pada. Jangan disebabkan teks berunsur lucah kamu, crush kamu akan lari.

 

Jangan tanya banyak sangat soalan

Soalan bagus untuk ditanya kerana kamu akan lebih mengenalinya. Namun bukan semua orang suka berkongsi cerita. Dia mungkin akan melihat kamu annoying jika kamu sering bertanyakan soalan mengenai dirinya. Seperti tip “Cari Topik”, dengan topik, kamu akan lebih mengenalinya.

 

Elakkan dari lihat phone kamu

“Mengapa? Tak sabar nak tengok dia reply apa.” Ayat ini akan lebih menyakiti kamu. Jadi, jangan kerap lihat telefon kamu. Selepas kamu teks dia, lakukan aktiviti lain. Jika kamu tunggu si dia reply

, kamu hanya akan buat diri kamu lebih stress.

 

Jika ada kesempatan, berjumpalah

Memang seronok bila teks ni. Tapi, jika crush kamu bersetuju untuk berjumpa, pergilah. Jumpa empat mata lebih seronok kerana kamu dapat melihat body language si dia. Buang nervous kamu tu dalam laut dan nikmatilah wajah kacah crush kamu tu.

 

Published by
Maya