Selain fesyen pakaian, gaya rambut selebriti Hollywood juga sering diperhatikan. Dan bagi bintang Hollywood mereka kebanyakan daripada mereka tidak takut untuk mencuba sesuatu yang baru.
ARTIKEL BERKAITAN : 10 Gaya Rambut Terburuk Yang Pernah Digayakan Selebriti Hollywood
Kali ini Remaja ingin kongsikan 7 gaya rambut kekasih kepada Tom Holland iaitu Zendaya.
Wanita berusia 22 tahun memang popular dengan ekperimentasinya terhadap pelbagai gaya rambut. Bermula dari rambut pixie super pendek hingga rambut feminin yang panjang dan lurus yang dia cuba. Jom, lihat di bawah!
2. Rambut yang digayakan beralun dengan sedikit kesan basah boleh menjadi pilihan bagi korang yang ingin tampil segar dan effortless.
3. Penampilan Zendata yang glamor ini agak ringkas. Hanya gayakan semua rambut dan bentuk sanggul. Voilà! You’ll look fab!
4. Bukan sahaja nampak cool, gaya rambut dreadlock ini dipilih oleh Zendaya sebagai simbol keprihatinan terhadap budayanya asal usulnya.
5. Bob pendek dan kerinting dengan poni menyerlahkan struktur muka Zendaya dan menjadikannya lebih edgy.
6. Anggun! Bagi melengkapkan penampilannya, Zendaya menggayakan rambutnya dengan gaya lurus yang anggun. Jadi nampak lebih matang juga!
7. Dan baru-baru ini dia telah dilihat dalam gaya rambut barunya iaitu curly bob. Gaya rambut tersebut memang sesuai dengan rambut keriting semula jadinya.
Curly bob yang digayakan oleh Zendaya terdiri daripada potongan stail blunt-cut,
warna rambut brunette brown dengan undone finishing.Tip buat korang yang mempunyai rambut keriting semula jadi, gaya rambut ini sangat senang dan sesuai untuk digayakan. Tapi jika bukan, jangan risau okay kerana ada caranya!
Selamat mencuba!
BACA LAGI : Comelnya Bakal Mommy Ni, Netizen Puji Rambut Baru Park Shin Hye
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER : 1