Tak dinafikan zaman sekarang ni dah ramai perempuan berhijab yang pandai bergaya. Kalau korang perasan, ada macam-macam stail tudung di pasaran sekarang.
Nak yang simple, glamour atau gaya yang biasa-biasa saja, semuanya korang boleh dapat dengan mudah. Dapatkan shawl, tudung dan baju raya terkini di UMMA so korang tak menyesal tersalah pilih style okay? Klik sini dan dapatkan baju raya anda.
Tapi tak semua trend hijab ni sesuai dipakai, lagi-lagi untuk para remaja macam korang. Fesyen pelik dan jelik ni bukanlah sesuatu yang baru di negara kita.
Harapnya raya nanti tak ada la yang nak menggayakan tudung yang pelik-pelik ya? Hiks!
Jom kita recap antara gaya hijab yang pernah digayakan sebelum ini.
Cuba tengok betul-betul, ada iras pasu bunga tak? Haha! Tak berat ke bawa tudung tinggi tu sis?
Berhijab tapi nak feeling-feeling jadi Elsa, lebih kurang macam ni la rupanya. Amacam, onz tak onz?
Suatu ketika dulu, heboh tentang seorang selebriti terkenal melancarkan tudung yang ada zip di muka. Ada juga yang kata macam ultraman. Eh!
Tudung jenis ni pun dulu pernah famous sekejap. Hm, untuk mak-mak mungkin ok kot. Tapi, kalau korang nak pakai, noiiii. Jangan buat pasal. Tak sesuai la zis!
Ada juga perempuan yang berani pakai tudung macam ni tapi tak pakai inner. Hm, no komen la!
Lebih kurang tudung ‘Elsa’, yang ni pun mungkin sejenis confused nak pakai tudung ke tak ni? Hehe..
Terbaru, tudung pocong pulak jadi trend. Mintak simpang la jumpa perempuan pakai tudung pocong ni tengah-tengah malam. Seram!
Apa-apa pun pilihan tetap di tangan korang ok? Ikutlah nak gaya macam mana pun, asalkan tak pelik dan jelik. Haha!