Lebih-lebih lagi apabila korang mengambil kursus yang mencabar. Mungkin itulah yang dilalui oleh seorang pelajar lelaki berusia 24 tahun di Daerah Segamat, Johor yang cuba mengambil nyawa sendiri dengan membakar diri di sebuah stesen minyak.
Kejadian yang berlaku sekitar jam 8 malam pada 17 April itu dimaklumkan polis bahawa pelajar itu telah menyiram seluruh badannya dengan petrol dan menyalakan dirinya dengan pemetik api di sebuah stesen minyak di Jalan Ibrahim, Segamat.
Pemilik stesen minyak itu menyelamatkan pelajar itu dengan memadamkan api menggunakan alat pemadam api. Video kejadian itu, yang telah tersebar dalam talian, menunjukkan api sedang dipadamkan.
Cubaan Kedua Selepas Diselamatkan
Selepas api dipadamkan, polis berkata pelajar itu kemudiannya melarikan diri dan duduk di tengah jalan dalam satu lagi cubaan membunuh diri. Seorang pemandu lori sempat memberhentikan kenderaannya tepat pada masanya untuk mengelak daripada merempuh lelaki tersebut.
Ads
Bagaimanapun, sebuah kereta di belakang hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang lori sehingga menyebabkan kemalangan.
70% Badan Melecur
Menurut polis, pelajar itu akhirnya dihantar ke Hospital Segamat melalui ambulans untuk menerima rawatan. Seorang doktor mengesahkan bahawa kira-kira 70 peratus daripada badan pelajar itu melecur.
Ads
Dia kini masih berada di hospital untuk menerima rawatan lanjut. Siasatan awal mendapati pelajar itu cuba membunuh diri selepas dia gagal dalam peperiksaan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang buat kali ketiga.
“[Pelajar itu] malu untuk berdepan dengan keluarganya dan ini menyebabkan dia cuba membunuh diri,” kata polis.
Siasatan terhadap punca sebenar kejadian masih diteruskan. Polis juga telah memulakan siasatan di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan. Di bawah Seksyen undang-undang ini, sesiapa yang cuba membunuh diri boleh dipenjara sehingga setahun, denda, atau kedua-duanya sekali.
Ads
Jangan mengecam tanpa berfikir, mungkin pelajar ini ada alasannya sendiri kenapa beliau bertindak sedemikian. Kita doakan yang baik-baik sahaja untuk beliau.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Taufan teruk yang membawa hujan lebat dan angin kuat membadai bahagian tengah dan timur Jepun telah mengakibatkan angka kematian meningkat kepada 25 orang sejak semalam.
Menurut Sinar Harian yang memetik kenyataan daripada laporan Kyodo News, seramai 15 mangsa masih hilang dan usaha mengesan mereka sedang giat dijalankan.
Kredit: The Japan Times
Taufan Hagibis ini juga telah menyebabkan kejadian tanah runtuh dan banjir kilat, serta dilaporkan lebih daripada 100 orang cedera manakala ratusan ribu penduduk terutama di Tokyo dinasihatkan berpindah.
Masyarakat dunia turut meninggalkan komen di laman Facebook NHK World Japan dengan mengirimkan doa buat seluruh rakyat Jepun.
Khabarnya lagi, rumah di sepanjang sungai Chikuma di bandar Nagano hampir ditenggelami sepenuhnya sehingga penduduk terpaksa memanjat bumbung untuk menyelamatkan diri.
Kredit: The Japan Times
Berikut merupakan antara gambar yang dikongsi di media sosial berkenaan dengan bencana Taufan Hagibis yang melanda Jepun.
Kami mengucapkan takziah buat kesemua keluarga mangsa dan turut mengirimkan doa agar seluruh masyarakat di Jepun dilindungi daripada bencana ini.
Pray for Japan!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap tahun, Times Higher Education (THE) akan mengeluarkan senarai-senarai universiti terbaik di seluruh Asia. Dan kedudukan yang telah dikeluarkan semalam menyaksikan Universiti Malaya (UM) menduduki tangga ke-46 dan ia merupakan pencapaian terbaik universiti dari Malaysia di dalam carta ini.
Berbanding tahun lalu, UM hanya menduduki tangga ke-59. Ini menunjukkan penngkatan sebanyak 13 anak tangga dan ia bolehlah dikatakan sebagai penanda aras untuk intitusi pengajian tinggi di Malaysia berdasarkan kedudukan dan status semasanya.
Jelas Naib Canselor UM, Datuk Ir (Dr) Abdul Rahim Hashim, sistem penarafan itu merupakan satu penanda aras baru buat intistusi pengajian tinggi negara. Ia juga amat penting buat UM untuk terus menambah baik dalam bidang kebolehgajian graduan, jaringan dan kerjasama dengan pelbagai industri serta perkongsian strategik antarabangsa.
Peningkatan ini juga merupakan bukti kepada pelaburan dan inisiatif yang telah diambil UM sejak beberapa tahun bagi menambah prestasi mereka.
Ia merupakan tahun kedua UM tersenarai dalam ranking THE. Bagaimana pula dengan universiti terbaik di Asia? Menurut carta yang dikeluarkan THE, National University of Singapore menduduki tangga pertama.
Mereka telah mempertahankan kedudukan tersebut selama tiga tahun berturut-turut. Dengan pelbagai peningkatan dari segi pengajaran dan kajian, National University of Singapore mendapat kedudukan tertinggi tanpa digugat universiti lain.
Berikut merupakan fakta menarik Asia University Rankings 2018
– Tsinghua University mengambil alih tempat Peking University sebagai universiti terbaik dari China
– Sebanyak 9 buah universiti dari Malaysia yang tersenarai dalam carta dikeluarka pada tahun ini
– Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) menduduki tempat ke-99 & ke-2 dari Malaysia
– Jepun merupakan negara yang paling banyak universiti tersenarai dengan sebanyak 89 buah universiti
– Tahun ini merupakan kali pertama institusi pengajian tinggi Malaysia berjaya masuk ke senarai Top 50
Top 10 Asia University Ranking 2018
Kedudukan Universiti Dari Malaysia Dalam Asia University Ranking 2018
Jika tahun-tahun sebelumnya, akhir tahun begini kita sibuk melancong dalam negeri atau luar negeri bagi menghabiskan cuti tahunan yang masih ada.
Tapi, tidak bagi tahun ini rasanya. Hal ini apabila Met Malaysia menjangkakan berlaku luruan monsun bermula hari ini (27 Disember) hingga 2 Januari depan.
Sumber : MET MALAYSIA
Pada masa sama, terdapat sistem cuaca tekanan rendah di Laut China Selatan yang berpotensi menyebabkan hujan berterusan di timur Sabah esok hingga 2 Januari dan barat Sarawak pada 29 hingga 31 Disember.
Manakala di Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan pada 30 Disember 2021 hingga 2 Januari 2022. Menurutnya, angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan termasuk di Pantai Timur Semenanjung pada 27 Disember 2021 hingga 2 Januari 2022.
Foto: Berita Harian (Gambar hiasan)
Orang ramai dinasihatkan bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh dan sentiasa peka dengan amaran hujan lebat serta angin kencang dan laut bergelora yang dikeluarkan oleh Jabatan Metreologi Malaysia.
Take care semua!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Malaysia Gazette
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Graduan universiti, ada ijazah, kerja pejabat 9-5, tapi gaji masih bawahRM3,000 sebulan. Inilah realitinya yang sedang dihadapi oleh ramai anak muda di Malaysia terutama yang...