“70 Peratus Nak Berhenti Jadi Penyanyi..” Haqiem Rusli Padam Semua Gambar Lama Di Instagram

Share

 

Penulis masih ingat kata-kata Hero Remaja 2011/2012 iaitu Fattah Amin. Katanya, tak ada apa yang mudah tentang industri seni. Walaupun nampak glamor, hanya yang ‘kentang’ je mampu bertahan lama.

 

Punca kepada kebanyakan isu murung dan rasa ingin berputus asa di kalangan ramai selebriti bukan saja berpunca daripada beban kerja. Tapi banyak lagi faktor lain seperti komen negatif netizen, kecelaruan rutin seharian seseorang itu, rasa tak puas hati dan macam-macam lagi lah.

Terbaru, penyanyi dan pencipta lagu berbakat besar, Haqiem Rusli telah meluahkan yang mungkin, dia tidak akan bertahan lama lagi dalam industri seni. Mungkin sehingga penghujung awal Julai saja.

 

 

Dalam satu posting di Instagram yang sudah lama ‘diperam’, Haqiem berkata banyak perkara yang berlaku semasa dia di dalam industri ini.

“Mereka yang bercakap senang, tapi saya yang rasa sakit dan perit. Buat masa sekarang, saya mahu berehat (dari) social media,”

Peminat Haqiem sememangnya sudah mengetahui mengenai isu depresi yang dihadapinya sejak awal tahun lalu. Dan menurutnya, dia masih belum pulih daripadanya sehinggalah ke hari ini.

 

 

“Saya masih akan jayakan show di Ipoh pada 24 Jun. Mungkin ini adalah show terakhir saya sebagai seorang penyanyi kerana 70% diri saya sudah mengatakan ia ( untuk berhenti ). Tapi apa-apa saja boleh berlaku.

“Tunggu pengumuman saya awal Julai nanti,” terangnya panjang lebar dalam posting tersebut. Gambar di Instagram itu juga kini menjadi gambar tunggal di akaun Haqiem setelah dia memadam ( atau archive ) koleksi gambar lamanya.

 

 

Bagi kami di REMAJA, memanglah keputusan peribadi seperti ini harus dihormati. Haqiem lebih tahu apa yang mengganggu emosinya sepanjang berada dalam industri seni.

Namun kami juga telah melihat banyak kes di mana selebriti semudanya berehat sebentar ( bukan berhenti serta-merta ) dari profesion atas sebab tertekan. Kemudian setelah stabil, mereka akan kembali semula because this is what they do best – creating masterpieces.

 

 

Apa-apa pun, REMAJA harapkan Haqiem Rusli akan berfikir masak-masak. Sayang untuk kamu lepaskan kebolehan pada usia semuda 20 tahun.

 

Published by
FZ