Korang tau tak, 2019 merupakan ulangtahun ke 30 untuk filem animasi asal The Little Mermaid?!
Wow, dah dewasa Ariel rupanya. Hehe..
Impak daripada filem tersebut kepada fesyen, barangan harian, warna pelangi di merata-rata tempat malah persembahan air secara live oleh ‘mermaid’ masih dapat dirasakan pada hari ini.
Jadi, REMAJA nak cadangkan 8 barangan dan pengalaman menarik untuk korang cuba serta miliki.
Untuk korang yang selalu complain sejuk bila sibuk melayan Netflix di sofa atau katil tu, ni adalah barangan paling perfect untuk korang dapati. Comel sangat warna yang ada, macam paddle-pop!
TYPO RM55 . Dimensi: 160sm
Boleh tak jangan nak cantik sangat beg tu! Jealous tengok bila ada kawan menggunakan beg plastik metalik ini. Saiz pun just nice iaitu sekitar 2 x 28 x 32sm.
H&M RM64.95
Seriuslah ada long skirt mermaid macam ni, untuk DEWASA?
Skirt high waist berfabrik jersi ini lengkap dengan getah elastik pada pinggang dan kain chiffon di bawah. Apa salahnya jika korang nak mencuba sesuatu yang comel. Padankannya dengan Hi Cut Converse okay.
H&M RM157.95
Semua orang nak tampil berbeza ketika mereka menghadiri majlis, event dan konsert. Selain daripada pakaian, korang pun boleh cuba menambah sedikit sparkle dengan aksesori wajah daripada Tarte ini.
Lekatkan saja pada kulit (ia tak bergerak, REMAJA dah cuba!) untuk membuat statement
pada wajah.Sephora RM51
Rantai jenis charm adalah sesuatu yang biasa. But look at how cute this is! Setiap charm yang disediakan boleh dibuka sekiranya korang ingin mengubah posisinya.
Lovisa RM65
Buku nota adalah item yang wajib korang ada jika menyukai konsep mermaid. Terutamanya jika ia hadir dengan cushion cover yang bertukar warna seperti ini.
Bagi yang sukakan corak grafik melucukan, buku nota Cat-Maid ni mungkin akan korang sukakan. Betul tak Ariel?
Sassy RM24.80 . Dimensi: A5
Tak berapa nak sukakan perhiasan mermaid besar dan on-your-face? Cuba barangan bercorak subtle seperti stokin dan kotak pensil ini.
Topshop RM20 & RM98 (setiap satu)
Dah ada semua barangan mermaid, sekarang tiba masa untuk korang ambil peluang cuti sekolah akan datang dan ‘beraksi’ bersama mermaid
!Bermula dari 23 Mac hingga 31 Mac, kawasan Surf Beach Sunway Lagoon akan bertukar wajah dengan adanya karakter ikan duyung, Mermaid Makeover, berenang bersama mereka dan mendapatkan barangan seperti pool floats, makanan, minuman dan aksesori – kesemuanya bertemakan mermaid.
Jadi jangan lepaskan peluang okay.