8 Bulan Lepas Lahirkan Anak, Gigi Hadid Kembali Dengan ‘Badan Model’! Rahsianya..

Share

Isi Kandungan

Toggle

 

Pasangan sama cantik sama padan, Gigi Hadid dan Zayn Malik telahpun menyambut kelahiran anak lelaki sulung mereka, Khai pada bulan September lalu. Pengumuman yang dilakukan mereka menerusi akaun Instagram masing-masing pada waktu itu telah menerima ribuan ucapan tahniah daripada para pengikut, rakan seindustri dan ahli keluarga sendiri.

ARTIKEL BERKAITANZayn & Gigi Timang Bayi Perempuan, 1D Ucapkan Tahniah Tak? – REMAJA

Hanya dalam tempoh lapan bulan saja, Gigi kembali mengegarkan pentas peragaan fesyen di Milan, Itali baru-baru dengan imej baharu.

Sumber Foto: L’Officiel US

Seolah-olah masih anak dara, Gigi tidak kelihatan sedikit pun seperti ibu muda yang baru melahirkan anaknya.

Kemunculan pertama Gigi tersebut telah dilakukan khas dengan menyarungkan dua pasang persalinan daripada koleksi Versace musim luruh/sejuk 2021 dan ia langsung tidak dijangkakan oleh peminat Gigi sendiri.

Sumber Foto: L’Officiel US

Pada ketinggian 178sm, Gigi kelihatan berlainan dengan bentuk badan yang kembali langsing dan paling mencuri tumpuan, rambutnya yang telah berubah warna dari perang kekuningan ke warna kemerahan.

 

Senaman

Tiada apa yang ‘senang’ mengenai cara untuk Gigi kembali mendapatkan bentuk badan asalnya sebagai seorang model.

Gigi ataupun adiknya, Bella terkenal sebagai model yang sentiasa akan mengunjungi gym untuk mengekalkan figura.

Menurut sumber terdekat Gotham Gym di New York, model itu gemar mempraktikkan jenis senaman tinju (boxing) dan senaman ballet untuk tempoh berjam-jam. Senaman jenis ini akan menfokuskan kepada latihan bodyweight tanpa bergantung kepada dumbbell.

Korang sendiri boleh mencubanya dengan melakukan Shadowboxing iaitu menumbuk tanpa mengenai seseorang atau apa-apa objek. Setelah 20 minit, korang akan terasa kedua-dua lengan lenguh dan lebih toned

daripada biasa.

Untuk mendapatkan abs seperti Gigi pula, dia akan melakukan 40 cruches untuk tiga pusingan dan percayalah, senaman ini akan meletihkan para beginner. Namun jika inginkan perubahan pada bentuk badan, kita perlu bermula dengan sesuatu latihan dan ini adalah permulaan yang tepat.

Selepas melengkapkan crunches biasa, korang boleh melakikan 3 lagi pusingan bicycle crunches pula, 40 kakli bagi setiap pusingan.

Akhiri senaman tersebut dengan melakukan plank selama 60 saat.

Pada hari-hari biasa, Gigi lebih gemar melakukan senaman skipping dengan teknik 30 saat melompat dan 15 saat berehat. Lengkapkan sebanyak 6 pusingan.

Bersedia untuk senaman jenis ballet pula? Haa, korang tak perlu untuk berlatih ibarat hendak menjadi penari ballet pun. Menurut jurulatih peribadi Gigi, Piela, dia akan melakukannya selama 30 minit dan korang pun boleh melakukannya seperti dalam video tutorial di bawah.

ARTIKEL BERKAITANGigi Hadid Pun Guna Jenama Drugstore! Korang Mungkin Ada 5 Produk Ini – REMAJA

 

Diet

Seperti yang korang selalu dengar, senaman hanyalah 30 peratus daripada rahsia seseorang untuk mendapatkan tubuh badan yang ideal. Selebihnya, korang perlu lebih berdisplin dari segi pemakanan.

Seperti Gigi sendiri, dia akan mengekal diet yang ‘clean’ dengan mengambil lebih banyak protein dan merendahkan jumlah karbohidrat. Gigi masih gemarkan burger namun hanya akan mengambillnya aoabila ‘teringin’ saja.

“Eat clean to stay fit, have a burger to stay sane.”

Gigi Hadid

Dari segi suplemen untuk mendapatkan tenaga sebagai ibu muda pula, Gigi lebih gemarkan multivitamin dan protein shake.

Haa, mampu tak nak jadi seperti Gigi Hadid? Hehe, bukan senang tau nak cantik dan sihat ni.

Sumber: (1)

Published by
FZ