8 Calon Parlimen Kota Raja ‘Tidak Senang Duduk’ Susulan Banjir Di Taman Sri Muda

Share

Hujan lebat berterusan semalam di negeri Selangor sekali lagi telah mengakibatkan kejadian banjir kilat di beberapa kawasan yang sama seperti yang pernah berlaku pada bulan Disember lalu.

Memetik laporan Astro Awani, sehingga kini Selangor merekodkan seramai 848 mangsa membabitkan 208 keluarga setakat jam 8 pagi ini. Manakala sembila stesen sungai di Selangor dilaporkan menunjukkan bacaan aras air di paras bahaya pada pagi ini.

Beberapa kawasan di sekitar Shah Alam dan Klang mengalami hujan lebat sehingga awal pagi ini dan mengakibatkan kawasan masing-masing terjejas. Salah satu kawasan yang disebut-sebut tentunya ialah kawasan parlimen Kota Raja yang melibatkan beberapa batang sungai termasuklah Sungai Klang, Sungai Rasau dan Sungai Kandis.

Kawasan teruk terjejas sewaktu bencana banjir terdahulu, Taman Sri Muda menyaksikan penduduk terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing dan memindahkan kenderaan meeka ke kawasan yang lebih tinggi selepas paras air naik.

Di platform media sosial pagi ini, rata-rata warganet meluahkan rasa kecewa mereka apabila beberapa calon parlimen Kota Raja yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 Sabtu ini tidak menampilkan diri bagi melihat keadaan penduduk di sana.

Salah satu nama yang disebut-sebut adalah calon Pakatan Harapan (PH), Mohamad Sabu atau Mat Sabu yang juga merupakan Ahli Parlimen Kota Raja pada penggal yang lalu. Rata-rata dilihat tidak berpuas hati apabila kelibat beliau tidak dapat dilihat di Taman Sri Muda bagi memantau keadaan masyarakat.

“Sejujurnya, Mat Sabu ni susah nak nampak dekat area Kota Raja, Klang. Jalan pun banyak berlubang. Aku bukan pro PN/BN/PH. Aku bersuara sebagai pengundi atas pagar,” catat @katonaraf

.

“Yes, hanya nampak muda dia terpapar di banner area Kota Raja je every festive season. Kota Raja banjir dah berkurun tak pernah datang jenguk pun. Saya pun bagitau based on apa yang saya rasa sebagai penduduk Kota Raja,” simpul @hanyzahasri.

“Siapa nampak Mat Sabu waktu banjir teruk dekat Kota Raja… Tarak,” tegas @Fabbieyy.

“Tolak #MatSabu for Kota Raja! Last night at Sri Muda bridge, residents are angry with him didn’t show up as usual,” kata @blazingvj

“Semalam bukan main kempen jelajah dekat Gombak. Ini banjir alang-alang dah dekat Selangor tak turun. Kata jiwa rakyat,” soal @hirzandzR.

Bencana banjir yang melanda hanya dua hari sebelum hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 setidak-tidaknya membenarkan rakyat untuk melihat siapakah calon yang sanggup berjuang untuk kepentingan mereka dan kawasan yang didiami.

Bukanlah tujuan kami untuk memperkotak-katikkan strategi Mat Sabu atau calon Parlimen Kota Raja lain sama ada untuk turun padang ataupun tidak. Namun, bukankah tempoh berkempen perlu dimanfaatkan untuk meraih perhatian penduduk di kawasan yang ditandingi?

Orang ramai dinasihatkan sentiasa peka terhadap petunjuk bacaan aras air dan paras kelebatan hujan di kawasan sekitar dengan melayari laman sesawang Public Info Banjir.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ