8 Cara Jimatkan Bil Elektrik Bila WFH , Tak Perlu Bayar Beratus Pada TNB

Share

Sejak penularan pandemik mula menyerang negara kerajaan terpaksa mengeluarkan arahan dan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bagi mengurangkan kes jangkitan Covid-19 dan dari situ rakyat terpaksa melakukan kerja dari rumah atau work from home (WFH).

Ya, bekerja dari rumah mungkin memberi keselesaan kepada individu itu kerana ia lebih fleksibel dan tidak terikat dengan mana-mana individu di luar. Semuanya boleh dilakukan melalui virtual meeting sahaja.

Namun begitu, seperti apa yang berlaku tahun lalu, ramai yang mengeluh kerana bil elekrtik naik mendadak ekoran semua ahli keluarga berada di rumah.

Pernah tular sebelum ini,  seorang pekerja Tenaga Nasional Berhad, Fawwaz Johari berkongsi 9 cara untuk menjimatkan elektrik seperti yang keluarganya amalkan. Mungkin kita boleh praktikkan untuk PKP dan WFH kali ini?

Sebelum itu, lelaki ini kongsikan dahulu mengenai latar belakang kediamannya yang terletak di Melaka dan empat bilik mempunyai penghawa dingin tapi bilnya sekitar RM40-RM70 sahaja

Rumah ini telah dipasang dengan ‘Smart Meter TNB’ pada bulan Februari 2019 yang lalu. Di sini saya sertakan gambar bil elektrik terkini rumah saya pada bulan lepas, iaitu HANYA SEBANYAK RM 62.30.

Di bawah ini saya kongsikan tips dan gambar-gambar tentang bagaimana cara ia dapat dilakukan.

  1. Gunakan teknologi inverter

Pertama sekali, bagi yang menggunakan alat penghawa dingin, pastikan anda menggunakan penghawa dingin yang mempunyai teknologi inverter. Kesemua penghawa dingin dan peti ais yang ada di rumah kami ini telah dilengkapi dengan teknologi inverter ini.Harganya mungkin mahal sedikit berbanding dengan peralatan yang biasa, namun anda hanya perlu membayar harga tersebut sekali sewaktu pembelian, dan kemudian anda boleh dapat menikmati penjimatan elektrik yang berterusan dalam jangka masa yang panjang.

2. Peralatan elektrik berstatus “5 bintang”

Belilah barangan yang mempunyai 5 bintang. Bintang itu adalah Standard yang telah dikeluarkan oleh pihak Sirim untuk menyatakan “Energy Efficiency” peralatan tersebut. Peralatan yang efisien akan dapat lebih menjimatkan penggunaan elektrik di rumah anda.

3. Masak air guna kattle saja


Tidak menggunakan alat-alat pemanas elektrik – Di antara peralatan yang tidak digunakan di rumah kami di Melaka ini termasuklah,  pemasak nasi elektrik, cerek air elektrik dan water dispenser.

Bagi tujuan memasak, kami menggunakan gas api. Kami menanak nasi di dalam periuk dan menggunakan cerek api untuk memanaskan air. Pemanas elektrik yang digunakan di rumah kami ini hanyalah seterika dan ‘water heater’ untuk mandi.

4. Menggunakan lampu LED

Kesemua lampu yang dipasang di rumah kami ini diperbuat dari LED. Penggunaan lampu LED ini dikatakan dapat mengurangkan 75% penggunaan elektrik berbanding dengan lampu-lampu biasa.

5. Mencabut plug selepas menggunakan alat elektrik

Selepas menonton TV, mengecas telefon bimbit, menggunakan seterika, atau menggunakan mesin basuh, tutup suis dan cabut sekali plug yang digunakan. Sekiranya extension wire digunakan, cabut sekali plug extension wire tersebut apabila ianya tidak digunakan.

Melalui pengalaman di rumah-rumah yang pernah melakukan cara ini, kadar elektrik adakalanya dapat dikurangkan sebanyak RM15-RM50. Kadar penjimatan bergantung kepada jenis rumah dan jenis peralatan elektrik yang digunapakai.
Untuk mendapatkan penjimatan yang lebih banyak, korang boleh juga mencabut plug ‘wifi’ di rumah pada waktu malam apabila tidak menggunakannya.

6. Menggunakan ‘Turbine Ventilator’ di bumbung

Untuk memastikan rumah berada di dalam keadaan sejuk, Turbine Ventilator telah dipasang di atap rumah ini. Turbine ventilator ini berfungsi untuk membenarkan udara-udara panas yang terperangkap di dalam bumbung untuk keluar. Kekosongan udara di bahagian bumbung itu pula akan menyebabkan udara panas lain yang ada di dalam rumah ditarik pergi ke bahagian atas bumbung tersebut. Dengan menggunakan Turbine Ventilator ini, suhu rumah dapat diturunkan. Banyak tanaman hijau ditanam sekaligus menghasilkan karbon monoksida sendiri Di laluan tangga turut ada pokok-pokok hijau

7. Memanam pokok di dalam dan luar rumah

Pokok diketahui dapat mengurangkan suhu udara. Dengan adanya pokok-pokok ini, udara di rumah kami biasanya berada pada suhu yang rendah. Oleh itu, kami jarang perlu membuka penghawa dingin di waktu tengahhari, melainkan pada hari yang benar-benar panas ataupun ketika tetamu datang ke rumah.
Di samping itu, pokok juga berfungsi untuk mengeluarkan oksigen dan menyerap karbon dioksida. Dengan mempunyai pelbagai jenis pokok di sekeliling rumah kami, kami sekeluarga dapat menikmati udara yang segar dan pemandangan yang indah pada setiap hari.

8. Penggunaan elektrik penghawa dingin dapat dikurangkan dengan suhu sekeliling yang rendah

Apabila sekeliling rumah bersuhu rendah, penghawa dingin tidak perlu menggunakan tenaga yang lebih untuk menurunkan suhu kepada suhu yang dikehendaki.
Sebagai contoh, jika suhu sekeliling adalah 30°C, manakala suhu yang dikehendaki pula adalah 23°C. Maka perbezaan suhu adalah sebanyak 7°C, ini menyebabkan penghawa dingin perlu bekerja keras untuk menurunkan 7°C tersebut.
Bayangkan jika suhu sekeliling rumah hanya 25°C, penghawa dingin cuma perlu menurunkan suhu sebanyak 2°C untuk mendapatkan suhu yang dikehendaki. Maka dengan adanya pohon-pohon tanaman berserta dengan Turbine Ventilator, tenaga elektrik dapat dijimatkan dengan lebih banyak.

[Nota tambahan: perkongsian ini mungkin tidak relevan bagi mereka yang tidak menggunakan alat penghawa dingin di rumah mereka]

Diharapkan perkongsian ini bermanfaat kepada anda semua untuk menjimatkan bil elektrik di rumah anda. Kongsikan kaedah-kaedah ini kepada rakan lain yang mempunyai masalah bil elektrik yang tinggi, dan selamat mencuba.

Sumber : FB FAWWAZ JOHARI

Published by
Nana