8 Cara Mudah Nak Cari Duit Poket Lebih, No 5 Paling Senang

Share

Ramai yang tertekan dengan harga barangan mahal. Kos sara hidup juga tinggi. Graduan yang habis belajar juga gagal mendapat pekerjaan yang sesuai dengan ijazah. Tak hairanlah ramai anak muda yang mengeluh dan banyak bergantung kepada mak ayah untuk survival kehidupan.

Tapi takkan selamanya nak bergantung pada mak ayahkan. Ada kalanya kita mahu ada “life” sendiri demi membuktikan anak muda seperti kita boleh berjaya. Berjaya beli rumah, kereta, ada simpanan, berkahwin dan sebagainya.

Jadi bagi yang nak cari duit poket tu tu, boleh cuba 8 cara ini ya.

1)Sewaan kereta mengikut jam

Korang pernah dengar laman web Moovby tak? Ia menyediakan perkhidmatan sewaan kereta untuk tempoh beberapa jam di kala korang tak menggunakan kereta tu. Kiranya perkhidmatan ini adalah kereta persendirian dijadikan kereta sewa mengikut jam. Aplikasi dan webnya membolehkan orang ramai menempah terus kenderaan secara dalam talian(korang kena daftar dulu dengan syarikat ini) dan buat bayaran. 15 % akan diambil oleh Moovby dan bakinya dibayar terus pada korang sebagai tuan punya kereta dan ketika kereta diambil. Senangkan.

2) Buat Freelance

Banyak syarikat yang nak mahu menggajikan bukan pekerja tetap terutama bagi majlis pelancaran sesuatu produk. Kalau korang ada kemahiran dalam komputer terutama grafik design, SEO, web design, perhubungan awam dan sebagainya, memang sesuailah korang ceburi. Kata orang dapat duit “one off”. Bakat yang korang ada tu show off  ke media sosial. Macam kes mamat yang lukis pada cup Starbucks tu, mula-mula memang Starbucks cakap thanks aje tapi mana tahu rezeki selepas tu. Semuanya Allah dah tuliskan.

3) Guru tuisyen

Dulu ramai orang cakap, dapat masuk U mesti budak bijak. Jadi kebanggaan satu kampung. Kenduri besar-besaran. Tapi sekarang, “title” tu tak berubah pun, still budak bijak lagi kerana bukan semua orang dapat masuk U pun. Tapi bezanya sekarang terlampau banyak budak lepasan universiti sebab ada banyak universiti awam dan swasta beroperasi. Disebabkan bijak, maka korang boleh jadi tenaga pengajar di pusat tuisyen, ajar di rumah, online tuturial (semuanya kan di hujung jari) dan banyak lagi cara mudah terutama dalam bab pendidikan ini. Nak tulis buku pun boleh. Karangkraf sendiri ada buat buku-buku latihan dan akademik. Banyak lagi syarikat lain yang buat. Jadi gunakan skill korang tu ya.

4) Buat survey @ survey online

Pernah dengar tak pasal kerja survey ini? Biasanya sebelum sesuatu produk keluar di pasaran, satu survey akan dilakukan. Bayarannya boleh tahan, ada ketika RM120, RM200 dan beberapa lagi (ikut syarikat tersebut) untuk tempoh beberapa jam saja. Duit akan dibayar terus ketika itu juga selepas selesai. Bagi kerja ini, biasanya kita akan diarahkan pergi ke lokasi ditetapkan. Jawap saja survey dan selepas itu korang boleh balik dengan senang hati.Satu lagi, ada survey online. Dari pusing-pusing, ikut apa survey nak, dah boleh buat duit.

5) Jual lebihan baju @ koleksi yang masih elok tapi dah tak guna

Korang tengok tak bagaimana bisnes Mudah.my. Banyakkan orang masuk ke web ini mencari barangan (ada ketika sampai kena tipu terutama bab beli telefon bimbit. Duit hangus tapi barang tak dapat pun). Tapi kita boleh gunakan medium platform ini untuk cari duit tambahan terutama baju atau barangan yang elok tapi kita dah tak nak guna. Satu je nak nasihat, jangan tipu orang semasa jual beli ini. Haram jadinya.

6) Sewakan ruang bilik kosong @ rumah anda

Ini mungkin dilihat satu keputusan kurang popular tetapi dari anda membayar pada bank sepenuhnya, apa kata sewakan satu bilik pada orang lain. Tapi sebelum itu, pastikan penyewa tahu rang undang-undang yang anda tetapkan dan masa yang sama ruang kepercayaan anda kepada penyewa mesti tinggi. Bukan mudah menerima orang lain dapat kehidupan anda tapi kalau ia satu keputusan baik, kenapa tidak?

7) Jadi personal shopper

Pernah dengar inikan. Untuk menjadi personal shopper bukan terlalu susah kerana minat dan pasaran pelbagai. Tapi korang akan selalu travel untuk membeli barang yang ditempah pengguna. Tengok saja bagaimana personal shopper membuat duit. Selain dapat berjalan, dapat juga keuntungankan.

8) Jual beli emas

Emas tak pernah susut di pasaran. Belilah walau segram pun sebab keuntungannya tetap ada. Beli sedikit-sedikit ketika ada duit lebih. Biasanya segram di bawah RM200 (tengok harga emas ketika beli). simpan dan ketika nak pakai duit, jualkan saja. Mudahkan.

Published by
Almaswa Haji Che Ros