Bukan hanya pelakonnya yang kacak serta cantik, ramai yang gemar menonton filem seram Thailand kerana berjaya membuatkan penonton tidak senang duduk di dalam pawagam mahu pun di hadapan kaca televisyen.
Ada juga yang membuatkan kita hingga takut nak ke toilet dan tidur bersendirian. Babak-babak suspen yang dipaparkan memang menjadi!
Bagi korang yang suka dan tercari-cari filem seram Thailand apa yang nak ditonton, berikut REMAJA senaraikan antara 8 filem seram terbaik dari Thailand ini.
1. Pee Mak
Pee Mak sebenarnya adalah filem seram Thailand yang tak begitu menyeramkan tapi korang wajib tonton. Filem horor Thailand yang dibintangi oleh Mario Maurer ini bernuansa komedi dan sangat menghiburkan. Bahkan Pee Mak merupakan filem terlaris di Thailand sepanjang masa.
2. Inhuman Kiss
Inhuman Kiss adalah salah satu filem seram Thai menakutkan terbaik. Filem ini berkisar tentang Krasue, semangat wanita pada waktu malam adaptasi dari cerita rakyat yang menjalani kehidupan normal, kecuali pada waktu malam.
Ketika malam tiba, kepala Krasue terlepas dari tubuhnya. Ia pun pergi berburu daging dan darah. Macam cerita hantu ‘penangal’yang popular di Malaysia pula ye!
3. Ghost Game
Filem seram Thailand ini mengisahkan sebuah rancangan realiti yang menakutkan untuk membawa pulang hadiah wang tunai. Sebelas peserta dihantar ke penjara tentera yang ditinggalkan di mana perkara buruk berlaku pada masa lalu.
4. Art of The Devil
Filem seram Thai terbaik ini mungkin sukar difahami oleh sebilangan penonton, tetapi sangat menghiburkan dan menakutkan.
Berkisarkan tentang kisah seorang perempuan simpanan yang dicerca yang beralih kepada seni ilmu hitam sebagai alat untuk membalas dendam terhadap lelaki yang meninggalkannya ketika hamil.
5. Meat Grinder
Seperti tajuknya, filem seram Thai yang sadis. Meat Grinder penuh dengan darah. Walaupun baru dilancarkan, filem ini cukup kontroversial.
Meat Grinder menceritakan kisah seorang wanita muda yang sakit mental yang membuka kedai mi dan menggunakan bahagian tubuh manusia sebagai bahan utama. Seolah-olah tidak menjijikkan, banyak pengunjung membeli dan merasa jika makanannya sedap. Aiyooo…dengar pun dah seram kan?
6. Shutter
Shutter adalah filem seram Thailand terbaik yang dikeluarkan pada tahun 2004 dan mencapai kejayaan di box office antarabangsa. Bagaimana ceritanya?
Setelah dipukul, pasangan yang bertanggungjawab atas kematian seorang wanita mula melihat gambarnya di dalam gambar peribadi mereka. Ada barisan pembohongan, kehancuran, dan penampakan yang akan menakutkan penonton.
7. Siam Square
Siam Square adalah filem seram Thailand 2017 yang berkisar tentang legenda bandar di “Shibuya” Thailand, atau pusat bandar Bangkok. Dengan harapan lulus ujian masuk Universiti, pelajar mesti menyembah syaitan dan mengikat tali merah ke kerusi tertentu untuk semoga berjaya.
8. Alone
Alone adalah filem seram Thailand tahun 2007 yang dibintangi oleh penyanyi pop Thailand-Jerman Marsha Vadhanapanich. Filem ini mengisahkan tentang Pim, seorang gadis muda yang baru-baru ini pindah ke Korea untuk melepaskan diri dari rasa bersalah menjadi satu-satunya yang terselamat selepas pembedahan pemisahan dengan kembarnya yang bersambung.
So amacam, ada berani tak nak tonton filem-filem ni?Selamat menonton!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Umum mengetahui, acara Nights of Fright dan Days of Fright pada tahun ini yang selalunya menjadi acara tahunan di Sunway Lagoon terpaksa dibatalkan pada Oktober lalu.
Ia demi mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan dan demi memastikan tiada potensi kes positif merebak semasa jumlah kes mencecah angka yang membimbangkan di seluruh negara.
Walaupun perlu akur dengan keputusan tersebut, ramai juga yang kecewa kerana mereka betul-betul berharap untuk bergembira di sana.
Well guys, guess what? Sunway Lagoon has been opened!
Mulai 19 Disember lalu, taman tema tersebut telahpun membuka pintunya kepada orang ramai dengan memperkenalkan satu lagi tarikan baru kepada pengunjung.
Ia dikenali sebagai Season’s Screaming bersempena musim perayaan Hari Natal, hujung tahun ini. Sementara itu, di taman tema Sunway Lost World Of Tambun di Perak pula, tarikan barunya dikenali sebagai Pirate’s Adventure.
Bagi yang tertanya-tanya sekiranya Sunway Lagoon benar-benar selamat untuk dikunjungi pada waktu, usah risau memandangkan pihak pengurusan bertindak untuk hanya membenarkan 50 peratus daripada kapasiti pengunjung biasa untuk memasuki pada satu-satu masa.
Selain itu, mereka juga memperkenalkan beberapa prosedur baharu yang mematuhi arahan pihak berkuasa demi mengelakkan jangkitan di dalam taman tema.
01
Kesemua pekerja perlu mengisi borang deklarasi untuk memastikan mereka sihat sepenuhnya. Mereka juga perlu melalui beberapa tahap prosedur sebelum dibenarkan bertugas di dalam kawasan taman tema.
Pekerja diwajibkan memakai pelitup muka ataupun penghalang muka sepnjang masa. Bagi yang berada di kawasan yang dipenuhi pengunjung, mereka perlu memakai sarung tangan.
02
Pengunjung digalakkan membeli tiket dengan lebih awal secara online bagi mengelakkan kontak dengan pekerja di kaunter.
03
Setiap kali sebelum memasuki taman tema, suhu badan pengunjung akan diambil terlebih dahulu sepeti di tempat-tempat lain. Selain itu, mereka juga perlu melalui ‘disinfectant chambers’ bagi proses sanitasi.
Sumber Foto: Ihsan Sunway Lagoon Malaysia
04
Sunway Lagoon mengambil serius mengenai penjarakan fizikal di antara staf dan sesama pengunjung. Semua orang juga perlu memakai pelitup muka sepanjang berada di sana.
*
Bagaimanapun, menurut pengumuman yang dibuat oleh Sunway Lagoon menerusi akaun rasmi Facebook mereka, lokasi tarikan yang dijangka menarik tumpuan ramai pengunjung iaiatu pintu masuk Surf Beach akan ditutup sepanjang hari minggu.
Surf Beach hanya akan dibuka pada hujung minggu Hari Natal (24 hingga 27 Disember) serta hujung minggu Tahun Baru 2021 (31 Disember hingga 3 Januari). Ia berikutan kerja-kerja penambah baikan yang sedang dilakukan oleh mereka.
Sumber Foto: Facebook Sunway Lagoon.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Atlet golf muda negara, Muhammad Afham Othman baru-baru ini berjaya menempah slot ke Piala Dunia Remaja 2025 di Florida, Amerika Syarikat yang bakal berlangsung pada 3 hingga 5 Januari tahun hadapan.
Menurut jurulatih beliau, Dinie Zakie berkata ini selepas pemain berusia 13 tahun itu berjaya menduduki tempat kedua pada Kejohanan Golf Remaja Thailand yang berlangsung pada 8 hingga 10 November lepas.
“Saya sendiri tidak menyangka Afham boleh beraksi cemerlang pada kejohanan semalam sebab dia dalam peralihan teknik pukulan bila mana selalunya atlet yang berada di fasa ini sukar untuk menampilkan prestasi terbaik, tapi Afham mampu cipta kejutan”
Kredit: Awani
“Selain itu, kami mahu beri pendedahan kepadanya untuk bermain dengan pemain lain dan dia memberi tentangan sengit kepada pemain Korea dengan perbezaan satu par sahaja (pada pusingan ketiga),” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Muhammad Afham membuat kejutan di kejohanan tersebut dengan menamatkan saingan di tempat kedua, mencatat keseluruhan 6 atas par 114 pukulan di bawah pemain Korea Selatan Taeoh Ryu yang mengungguli saingan dengan catatan keseluruhan 5 atas par 112 pukulan, manakala tempat ketiga menjadi milik atlet Filipina Ralph Rian Woo Batican.
Kredit: Sinar Harian
Susulan itu, Dinie berkata Muhammad Afham masih belum membuat keputusan untuk menyertai Kejohanan Remaja Piala Dunia kerana mempertimbangkan kos perjalanan yang akan ditanggung untuk ke Amerika Syarikat.
Walau bagaimanapun, beliau berharap atlet kelahiran Kelantan itu dapat menyertai kejohanan berprestij itu untuk memperoleh pengalaman selain mengasah potensi Muhammad Afham serta bakal menyediakan beberapa program buat Muhammad Afham sebagai persediaan untuk beraksi di Florida kelak.
Sumber: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kecoh sebentar ruang timeline media sosial tempatan lewat petang tadi apabila ramai memperkatakan mengenai kemunculan penyanyi bervokal lantang, Aina Abdul dalam sebuah program popular di Korea Selatan.
Episod program muzikal berjudul Simply K-pop Con-Tour itu menampilkan Aina pada hari ini apabila dia ditemubual oleh Jacob dan Kevin daripada kumpulan The Boyz. Episod yang telahpun ditayangkan pada jam 6 petang tadi dan kini boleh diulang tonton di laman YouTube, Naver dan Facebook Arirang TV.
Pengacaranya, Jacob dan Kevin dari kumpulan The Boyz.
Bagi korang yang tidak begitu familiar dengan program Simply K-pop, ia selalu menampilkan kumpulan K-pop di samping turut memberi peluang kepada tetamu antarabangsa untuk muncul secara virtual.
Yang penting, tetamu tersebut haruslah merupakan seorang peminat K-pop.
Sebelum ini, terdapat selebriti dari Thailand, Vietnam dan Filipina yang pernah ditemubual dan kali ini, tiba giliran Malaysia pula yang diwakili oleh Aina, Elizabeth Tan, Andrew dan Dior.
Kata Aina kepada sebuah portal sebelum temubual secara langsung tadi, dia terlebih dahulu diberikan soalan beberapa hari sebelum program ditayangkan. Ini bagi memastikan dirinya sudah bersedia dengan dengan jawapan terbaik untuk diberikan.
Menerusi episod hari ini, Aina sempat mempromosikan single terbarunya berjudul Sepi. Ia merupakan single pertama Aina yang dialih bahasa kepada bahasa Korea Selatan.
Selain itu, penyanyi berusia 27 tahun itu juga mengakui dia amat meminati kumpulan BigBang. Lagu nyanyian kumpulan tersebut wajib berada dalam playlist Aina.
“Saya sentiasa akan menjadi seorang VIP (gelaran kepada peminat BigBang). Saya sukakan lagu Blue.”
“Saya juga menggemari artis solo, Heize sejak pertengahan tahun lalu disebabkan caranya menulis lirik berkenaan apa yang berlaku dalam kehidupan peribadinya. Dia menginspirasikan saya untuk menulis lirik lagu saya sendiri,” katanya yang sempat menyanyikan sedikit bait lagu I Will Go To You Like The First Snow nyanyian asal Ailee serta lagunya sendiri, Sepi.
Tambah Aina, dia pernah berkunjung ke Korea Selatan beberapa kali sebelum pandemik Covid-19. Perkara paling diminati Aina mengenai negara indah itu adalah kebudayaan di sana serta pasar membeli-belahnya.
“Saya membeli banyak barangan dari Dongdaemun Market dan masih memakainya hingga ke hari ini. Sebaik saja pandemik berakhir, tentunya saya ingin sekali lagi mengunjungi Korea Selatan dan mana tahu, saya boleh adakan persembahan di Seoul,” pinta Aina.
Terdahulu, Aina Abdul merakamkan lagu SEPI dalam versi bahasa Korea demi peminatnya yang semakin meningkat jumlahnya di Korea.
Untuk menonton episod penuh Simply K-pop Con-Tour pada hari ini, klik pautan di bawah.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, tujuh pelajar dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang didapati terbabit buli fizikal termasuk bersubahat dengan perbuatan itu ditamatkan pengajian berkuat kuasa...