Tak boleh di sangkal lagi kalau Lisa BLACKPINK adalah bintang K-Pop yang paling popular ketika ini.
Selain menjadi idola K-Pop, Lisa juga merupakan model pelbagai produk, dari brand fesyen sampai la ke kereta. Bukan cuma di Korea saja, Lisa juga menjadi bintang iklan di negara asalnya, Thailand.
ARTIKEL BERKAITAN: Jarang ‘Expose’ Di Media Sosial, Ini Wajah Ibu Lisa BLACKPINK Yang Tinggal Di Thailand
Terbaru, Lisa tampil memukau di acara jenama barang kemas Itali, Bulgari juga sebagai duta dan wajah baru “Eden The Garden of Wonders”, persembahan terbaru barang kemas Bulgari.
Lisa lagi sekali memuat mata tertumpu dengannya apabila tampil memukau dan apabila dia secara kebetulannya memakai set pakaian berona kuning yang sama seperti Anne Hathway. Rapper BLACKPINK ini juga duduk di barisan hadapan, selari dengan Anne dan Priyanka Chopra yang juga duta kepada Bulgari.
Untuk majlis tersebut, Lisa telah mengenakan set padanan berona kuning di mana bandeau dan column skirt miliknya itu daripada jenama Korea iaitu Pinkong. Manakala kasut tingginya pula daripada Alexander Vauthier.
Tapi korang perasan tak apa yang berbezanya kali ini? Ya… Lisa hadir tanpa rambut bang seperti sebelum ini.
Dia yang berambut blonde dengan potongan pendek itu telah menyisirkan rambut ke bahagian tepi untuk menunjukkan dahinya. Gayanya itu diperincikan dengan solekan subltle
cat-eye dan bibirnya pula memakai lip gloss berona merah jambu.Stunning betul Lisa dengan gaya sebegini.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.