8 Ikon K-Pop Bergelar Cool Daddies! Siapa Paling Muda Bergelar Ayah?

Share

Ramai selebriti lelaki memilih untuk TIDAK bergelar bapa pada usia muda kerana mahu mendaki puncak kerjaya tanpa terikat dengan komitmen atau tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak.

Namun, berbeza dengan 8 selebriti Korea Selatan ini. Terbaru, Bobby iKON yang menyambut kelahiran anak pertamanya.

1. Bobby Ikon

YG Entertainment turut mengesahkan kelahiran anak pertama Bobby iKON. Menurut laporan EDaily semalam (27/9), mereka menyatakan bahawa Bobby iKON dikurniakan seorang anak lelaki diusia 25 tahun.

Nama Bobby segera menjadi trending di Twitter, rata-rata peminat mengucapkan tahniah atas kelahiran anak sulung idola mereka.  20 Ogos tahun lepas, Bobby iKON mengumumkan bahawa dia akan berkahwin dalam masa terdekat dan akan menjadi ayah pada bulan September 2021. Pengumuman yang mengejutkan peminat disampaikan melalui surat tulisan tangan.

2. Chen EXO

Vokalis utama boyband EXO, Chen rasmi menjadi seorang ayah setelah isterinya melahirkan anak perempuan pada April tahun lepas. Memilih pasangan hidup bukan dari selebriti, berita gembira itu telah disahkan oleh agensi yang mengawasi Chen, SM Entertainment.

3. Minhwan FT Island

ANGGOTA kumpulan F T Island, Minhwan dan Yulhee (Laboum) menjadi ayah diusia 25 tahun. Minhwan sendiri tampak begitu bahagia dengan peranan menjadi seorang ayah. Ketika ini, mereka dikurniakan 3 orang anak, dengan anak kedua dan ketiga menjadi anak kembar.

4. Moon Hee Joon ‘HOT’

Moon Hee Joon mengahwini Soyul ‘Crayon Pop’ pada  12 Februari 2017. Perkahwinan mereka juga menjadi gempar kerana diumumkan secara tiba-tiba, dan Soyul sudah hamil dengan anak mereka.

Beberapa tahun kemudian, keluarga Hee Joon dan Soyul serta anak perempuan mereka, Jam-Jam, bergabung sebagai salah seorang pelakon The Return of Superman.

5. Sung Joon

Sung Joon menimbulkan kontroversi apabila mengaku mempunyai anak dan isteri. Pelakon dalam drama “High Society” ini mendedahkan pengakuan ini kepada peminat pada Februari 2020. Lantas, Sung Joon menjadi seorang ayah hot dengan seorang anak.

6. Eli ‘U-Kiss’

Pada tahun 2014 Eli Kim berkahwin secara tiba-tiba dengan seorang wanita bernama Ji Yeon Soo. Bekas ahli kumpulan lelaki U-Kiss berkahwin pada usia yang sangat muda, 24 tahun di Korea.

Eli mempunyai perbezaan umur yang cukup besar dengan Yeon Soo, yang berusia 11 tahun lebih tua daripada isterinya. Tetapi setelah berita berkahwin dan mempunyai anak, pada tahun 2020 Eli bahkan memberitahu orang ramai bahawa perkahwinannya dengan Yeon Soo sudah berakhir.

7. PSY

Jarang ada yang tahu sama ada PSY berkahwin pada usia muda. Berkahwin dengan pujaannya pada tahun 2006, PSY ketika itu berusia 28 tahun. Penyanyi “Gangnam Style” kemudian dikurniakan anak perempuan kembar yang sangat cantik.

8.  Taeyang BIGBANG

Berita gembira juga datang dari Taeyang BIGBANG yang bakal menjadi ayah. Min Hyo Rin dilaporkan hamil pada masa ini. Agensi itu juga telah mengesahkan berita mengenai kehamilan Min Hyo Rin. Taeyang akan ikut jejak Bobby untuk menjadi ayah pada usia 33 tahun.

So, pada pendapat korang siapa paling cool ni?hehe

Published by
Nana