8 Jajan Yang Korang Rindu Nak Makan Semula Sebab #KitakanMalaysia

Share

Isi Kandungan

Toggle

 

Apa yang paling kita rindukan daripada zaman kanak-kanak?

 

Waktu Pendidikan Jasmani, tiada komitmen relationship, tak perlu memikirkan cukai pendapatan atau bayaran semula pinjaman PTP….

Eh, terlebih info pula!

Salah satu yang paling dirindui ramai juga pastinya makanan ringan atau jajan yang selalu dibeli selepas waktu sekolah. Sama ada pemandu bus sekolah yang menjualnya, babu roti yang mengelilingi kejiranan ataupun beli di tepi pintu pagar sekolah.

Kami pasti salah satu daripada 8 jajan ini pernah kamu minati dahulu sebab #KitakanMalaysia.

 

01

Snek Durian

 

Walaupun paketnya kelihatan besar daripada jajan lain seperti Mamee Monster, sebenarnya lebih angin daripada isi je. Tapi, kita masih akan membelinya kerana teringin sangat nak rasa durian. Lebih-lebih lagi bila dah habis musim macam sekarang.

 

 

02

Nano Nano

Nano Nano

Bukan snek ini saja yang popular disebabkan rasa manis- masam-masin  dalam satu biji gula-gula. Tetapi juga disebabkan lagu iklannya yang popular. Cer nyanyi Nano, nano-nano, Nano..

 

 

03

Sugus

Need we say more? Sugus adalah antara gula-gula paling affordable pada zaman 90-an. 50 sen boleh dapat 5, cukuplah untuk 1 trip menaiki bus sekolah. Perasa kegemaran kami adalah ungu (anggur), korang pula?

 

 

04

Aiskrim Malaysia

Salah satu aiskrim yang paling digemari rakyat marhaen sekalian. Dulu sekadar 20 sen sebatang, sekarang ada yang berani mengecaj sehingga RM1.00 sebatang. Melampau betul.

Lebih-lebih lagi kalau yang berperisa asam boi, milo dan jagung tu.

 

 

05

Nyam Nyam

Tak tahulah apa yang membuatkan kita ketagih dengan coklat yang ada di dalam packaging Nyam Nyam. Bukannya coklat mahal pun. Tapi sekali cicah dengan biji-biji bertih tu, sedap sehingga menjilat plastik!

 

 

06

Gula-Gula Arnab

Kami masih tak dapat selesaikan misteri mengapa plastik yang membaluti bahagian dalam gula-gula ini boleh dimakan juga.

 

 

07

Gula-Gula – Hhm – Bulat Dalam Packaging Plastik?

Okay kami tak tahu apakah nama sebenar gula-gula coklat serba warna-warni ini. Tetapi kami masih ingat perisanya and it was and still is everything. Nikmat dunia weh.

 

 

08

Choki-Choki

Sorry Apollo, Mamee Monster, Super Ring, coklat bendera dan semua jajan yang sama waktu dengannya. Tapi kami tak boleh ketepikan penangan Choki-Choki. Sehingga ke hari ini, masih ada di kalangan kita yang lebih sukakan rasa coklatnya berbanding coklat premium seperti Nutella. Jangan pandang rendah dengan saiznya yang kecil okay.

 

Jadi, adakah korang setuju dengan pemilihan 8 jajan terbaik REMAJA?

Atau ada jajan yang korang rasakan wajib tersenarai sama? Beritahu kami di ruang komen ya.

Published by
FZ