Sebelum meraikan Hari Natal yang merupakan salah satu keraian paling utama dalam keluarga diraja Britain, pasangan Prince & Princess of Wales telah sempat berangkat ke Boston, Amerika Syarikat awal bulan ini.
Kehadiran Putera William dan isteri, Kate Middleton di sana amat dinanti-nantikan oleh rakyat Boston memandangkan ia adalah jelajah Amerika Syarikat pertama mereka sejak tahun 2014 sewaktu mereka melawat bandaraya New York. Ini juga merupakan jelajah ke luar negara mereka sejak kemangkatan Ratu Elizabeth II pada September lalu.
Banyak aktiviti yang telah mereka jalankan di Boston namun tumpuan tentunya terarah kepada acara pemberian anugerah Earthshot Prize yang merupakan inisiatif Putera William pada tahun 2019.
Kate tidak melepaskan momen bermakna ini untuk sekali lagi tampil elegan setelah sekian lama tidak berbuat sedemikian dalam gaun elegan.
Kate jelas tidak mengecewakan apabila dia memilih gaun ‘off the shoulder’ rekaan Solace London berwarna hijau neon. Beliau kemudian menggayakannya dengan rantai choker serta anting-anting dalam rona sama yang pernah dipakai oleh mendiang Puteri Diana, satu masa dahulu.
Menariknya, gaun Kate ini bukanlah gaun baharu sebaliknya disewa daripada HURR iaitu platform menyewa pakaian di United Kingdom. Keputusan untuk menyewa ini adalah selari dengan kod pemakaian acara Earthshot Prize yang meminta jemputannya tidak memberi gaun serta sut baharu demi mewar-warkan ‘sustainable fashion’ ataupun kelestarian fesyen.
Jom lihat 7 gaun elegan lain yang pernah disarungkan oleh Kate Middleton dan menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan fesyenista sedunia.
01
Ads
Pada Acara Santap Negara pertama di Great Britain selepas Putera Charles dinobatkan sebagai Raja Charles ke-3, ia juga merupakan acara penting dalam kalendar Kate memandangkan ini adalah kemunculan pertamanya sebagai Princess of Wales.
Kate tampil dalam gaun bermantel serba putih rekaan Jenny Packham. Ia cukup elegan dengan taburan manik pada bahagian bahu; ditambah pula dengan aksesori tiara ‘Lover’s Knot’ yang pernah disarungkannya beberapa kali sebelum ini.
02
Biarpun berbadan dua, Kate masih mampu menawan orang ramai di muzium seni Metropoolitan di New York bagi acara santapan ulang tahun ke-600 St. Andrews. Sekali lagi, Kate mempercayai rekaan Jenny Packham.
03
Kate dan Putera William merupakan di antara ahli diraja yang menyokong industri pembikinan seni filem dan berkenan berangkat ke acara tayangan perdanan filem terbitan Great Britain seperti francais filem popular, James Bond.
Kali pertama Kate tampil di tayangan perdana James Bond adalah bagi filem Spectre pada tahun 2015 dalam gaun rekaan Jenny Packham. Biarpun sederhana dalam rekaannya dan lebih tertutup, Kate tampak ‘mahal’ dan berlainan daripada jemputan selebriti lain.
Ads
04
Kate memberikan penghargaan kepada francais filem James Bond dengan menyarungkan gaun keemasan; simbolik kepada filem ketiganya, Goldfinger dari tahun 1964.
Gaun rekaan Jenny Packham ini masih menjadi bualan fesyenista seluruh dunia; bukan sahaja disebabkan rekaan eksklusifnya tetapi disebabkan momen malam itu yang memperlihatkan betapa elegannya Kate Middleton sebagai bakal Ratu Great Britain, satu hari nanti.
Tampil berseri seperti biasa, warna hijau sememangnya adalah warna bersesuaian dengan Kate. Dalam persalinan gaun ‘off the shoulder’ hasil ciptaan pereka fesyen kegemarannya, Jenny Packham (you should know that by now); Kate menghadiri acara santapan yang dihoskan oleh Gabenor Jeneral Jamaica di Kingston, awal tahun ini. Ia adalah antara momen istimewa yang menyaksikan Kate memilih gaun dengan perincian ruffle pada bahagian bahu.
04
Bagi kemunculan pertama Kate selepas disatukan dengan Putera William, Kate menyarungkan salah satu gaun kegemaran beliaun rekaan Jenny Packham. Setelah memperagakannya sewaktu acara gala bagi menyambut ulang tahun ke-10 ARK (Absolute Return for Kids), Kate kembali memakai gaun yang sama lima tahun kemudian bagi sebuah lagi acara gala.
07
Kate sememangnya memahami konsep pemakaian yang bertepatan dengan acara, negara dan konsep menghormati sensitiviti masyarakat serta agama. Sewaktu lawatan rasmi ke Pakistan yang merupakan sebuah negara majoriti Muslim, Kate tidak janggal menggayakan kurta dan Shalwar Kameez. Untuk acara puncaknya pula, Kate memilih gaun Jenny Packham berona hijau dengan anting-anting yang dicarinya di Pakistan.
Korang tahu tak, Kate juga pernah menyarungkan selendang sewaktu melawat Kuala Lumpur pada tahun 2012?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Frenerietta Sobitun telah dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Kaamatan 2022. Wakil daerah Sandakan itu telah mengalahkan 43 peserta lain untuk bergelar juara pertandingan berprestij yang telah memasuki penganjuran kali ke-61 itu.
Dia yang berketurunan Dusun Liwan merupakan seorang guru sekolah rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai-Sungai, Beluran. Menerusi kemenangannya, gadis berusia 25 tahun ini mencipta sejarah kerana kali terakhir wakil daerah Sandakan memenangi gelaran tersebut adalah pada tahun 1996
Dalam acara gilang-gemilang yang diadakan secara fizikal di Dewan Hongkod Kooisan, Kadazandusun Cultural Association (KDCA), pertandingan dimulakan meriah dengan pengenalan kesemua peserta.
Kemudiannya, jumlah peserta dikecilkan menjadi top 15 sebelum dikecilkan lagi kepada hanya tujuh peserta akhir. Setelah melalui sesi soal-jawab bersama juri, barulah juara ditentukan.
Selaku juara dan juga Unduk Ngadau Kaamatan yang baharu, Frenerietta Sobitun telah membawa hadiah keselurhan bernilai lebih RM120 ribu termasuk wang tunai bernilai RM12 ribu. Tempat kedua telah jatuh kepada Esther Marius yang mewakili daerah Papar manakala tempat ketiga menjadi milik Deedee Cassandra Dallius yang mewakili daerah Ranau.
Selain itu terdapat anugerah khas yang diberikan. Anugerah Tati Topiodo atau Miss Natural Beauty jatuh kepada Sylvernie Belinda dan anugerah Tati Tosuau atau Miss Friendly telah diberikan kepada Anya Kimberly.
Untuk pengetahuan pembaca, pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan merupakan sebuah pertandingan ratu cantik yang telah diadakan sejak turun temurun di negeri Sabah dan menjadi sebuah acara yang penting dalam kalendar masyarakat di sana.
Unduk Ngadau berasal dari perkataan “tunduk tadau” atau “runduk tadau”yang memberi makna “gadis yang dimahkotakan sinaran cahaya matahari” yang merujuk kepada semangat Huminodun.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Akhir Jun lalu menjadi saksi kepada hari-hari bahagaia Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Ghaffar setelah disatukan bersama Dayang Syafiqah Niqmatullah Binti Amraan.
Kira-kira lima majlis berasingan telahpun dilangsungkan bagi meraikan pasangan merpati sejoli ini termasuklah majlis berbedak, majlis akad nikah, majlis bersanding, majlis ambil ambilan dan majlis resepsi.
Sewaktu majlis bersanding, ia telah dimeriahkan lagi dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha ke Baitun Na’aim, Jerudong di Brunei.
Berangkat sama tentulah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen yang terus menjadi perhatian ramai remaja di Brunei dan tidak kurang juga di Malaysia.
Selain majlis yang dilangsungkan mengikut adat secara gemilang, tentunya apa yang menarik perhatian rakyat jelata adalah kejelitaan wajah Dayang Syafiqah Niqmatullah yang cukup menyerlah pada setiap majlis yang diadakan.
Seri wajah pengantinnya jelas dapat dilihat dari segenap sudut hasil riasan jurusolek terkenal dari Malaysia, Syed Faizal Syed Noh manakala dandanan rambut mendapat sentuhan jurudandan popular dari Malaysia juga iaitu Ckay Liow.
Menerusi hantaran di Instagram, Syed Faizal yang menjadi di antara jurusolek kegemaran selebriti dan figura elit di Malaysia telah berkongsi beberapa jenama kecantikan yang telah digunakannya khas untuk Dayang Syafiqah Niqmatullah pada majlis akad nikah dan majlis bersanding.
Bagi korang yang juga terpesona dengan hasil solekan Syed Faizal ini, korang boleh mencuba menggunakan produk-produk daripada jenama solekan yang disenaraikan di bawah.
Majlis Akad Nikah
Persediaan Wajah : Laneige & Charlotte Tilbury
Bedak asas : Tom Ford Beauty
Solekan Mata : Valentino Beauty
Solekan Pipi : Makeup Forever & Charlotte Tilbury
Solekan Bibir: Syed Faizal Beauty & Glossier
Kanta Mata : Lavue
Majlis Bersanding
Persediaan Wajah : ADC Beauty & Charlotte Tilbury
Bedak Asas : Valentino Beauty
Solekan Mata : Valentino Beauty
Solekan Pipi : Makeup Forever & Charlotte Tilbury
Solekan Bibir : Syed Faizal Beauty & Makeup By Mario
*
Selain daripada dua ‘looks’ ini, Syed Faizal juga sempat berkongsi tiga lagi solekan yang disiapkannya untuk tiga majlis yang perlu ditandang oleh Dayang Syafiqah Niqmatullah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon ternama Indonesia, Pevita Pearce rasmi bernikah semalam, Ahad (20/10/2024) dengan Mirzan Meer iaitu anak kepada Pengerusi Eksekutif Habib Group, Datuk Seri Meer Habib dan Datin Seri Zarida Noordin.
Pada hari bahagianya, bintang ‘Sri Asih’ itu tampil sederhana dan manis dengan busana pengantin Melayu.
Pelakon Indonesia, Pevita Pearce bergelar menantu bos Habib Jewels
Turut meraikan pasangan pengantin ialah penyanyi terkenal Indonesia, Afgan.
Difahamkan Mirzan Meer merupakan Pengarah di Time Zone Group yang juga anak syarikat Kumpulan Habib
Majlis yang diadakan dalam suasana sederhana dengan dihadiri keluarga dan sahabat terdekat pasangan itu.
Perjalanan yang penuh ujian, peluh dan air mata akhirnya membuahkan hasil apabila pelakon Amar Baharin dan sahabatnya, penjelajah Grand Slam negara, Datuk Muhamad Muqharabbin...