8 Kelebihan Kalau Korang Pilih Form 6 Berbanding Masuk Kolej

Share

Kami pasti ada di antara lepasan SPM di luar sana yang tengah terfikir-fikir sama ada ingin melanjutkan pengajian ke peringkat diploma atau terus masuk Form 6.

Sedikit penerangan tentang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia untuk korang yang masih confused tu, ada beberapa perkara boleh dipertimbangkan sebelum memilih untuk meneruskan pelajaran to the next level.

1. Yuran lebih murah

Fyi, STPM sama taraf dengan diploma tetapi yang lebih baiknya adalah yuran pembelajaran tidak sampai RM500 untuk 1 ½ tahun. Kalau korang melanjutkan pelajaran ke universiti atau kolej dan dapat pula institusi pengajian swasta, setakat RM20-30k tu memang tak lari untuk bayaran yuran satu course

yang diambil.

2. Terus sambung degree

Dengan tempoh masa hanya setahun setengah, korang boleh terus sambung pelajaran ke peringkat ijazah dan ini sangat menjimatkan masa. Jika peringkat Diploma atleast dua tahun setengah barulah korang boleh melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah.

3. Ulang subjek gagal

Pelajar dibenarkan mengulang semula peperiksaan untuk subjek yang gagal atau jika korang memang tak berpuas hati dengan keputusan tersebut.

4. Peluang ke IPT

Kebanyakan pointer CGPA minimum 2.8 dah diterima untuk sambung degree ke IPT dan ada juga yang mengatakan peluang untuk diterima lebih tinggi berbanding laluan-laluan lain.

5. Boleh pilih sekolah

Untuk menyambung ke peringkat Form 6, korang boleh pilih sekolah yang terdekat. Jimat masa dan kos. Kebanyakan guru yang mengajar Form 6 ini juga memang berpengalaman kerana sudah lama bertugas.

6. Setaraf A Level

Boleh terus sambung pengajian ijazah di luar negara seperti di Singapura.

7. Biasiswa

Bagi pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam STPM, korang juga lebih mudah untuk ditawarkan biasiswa belajar, termasuklah untuk ke luar negara.

8. Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar

Sama macam sekolah, Form 6 juga menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar dan ia merupakan satu kelebihan bagi pelajar bangsa lain untuk mahir menggunakan bahasa ibunda Malaysia.

Nah, apa-apa pun kami tak katakan yang ambil diploma terus adalah satu tindakan yang salah. Pokok pangkal, terpulang pada pilihan masing-masing kay?

Published by
Noor Ain Norman