Malam ini, satu lagi sejarah akan direkodkan di Malaysia apabila kita semua berpeluang untuk menyaksikan fenomena ‘Super Blue Blood Moon’ atau gerhana bulan penuh berlaku.
Fenomena ini berlaku apabila matahari, bumi dan bulan berada pada kedudukan sebaris dan keseluruhan bulan merentasi bayangan umbra bumi.
Ada yang tertanya-tanya, mengapa sesetengah pihak menamakannya Bluemoon, Bloodmoon dan Supermoon.
Menurut pihak Planetarium Negara, bulan pada malam ini dipanggil Bluemoon kerana ia merupakan bulan penuh kali kedua yang berlaku dalam tempoh satu bulan (Januari 2018).
Supermoon pula merujuk kepada kedudukan bulan yang berada paling hampir dengan planet Bumi.
Manakala, Bloodmoon pula adalah gelaran kepada warna gerhana yang dijangka menjadi kemerahan.
Korang pun boleh menonton secara LIVE di YouTube!
Jadi, apabila ketiga-tiga fenomena ini berlaku secara serentak pada malam ini, ia dikenali sebagai ‘Super Blue Blood Moon’. Macam tajuk buku Twilight pulak kan. Atau tajuk episod Sailormoon. Hehe..
Apa yang membuatkan ramai masyarakat Malaysia teruja untuk menyaksikan fenomena malam ini adalah kerana ia hanya berlaku setiap 152 tahun sekali. Kali terakhir ia terjadi adalah pada tahu 1866.
Malaysia bakal menjadi antara negara terawal yang akan melalui fenomena ini. Ini kerana kedudukan Malaysia sebagai negara hemisfera Timur mempunyai zon waktu yang lebih awal berbanding zon-zon lain di dunia.
Apa yang korang akan saksikan adalah saiz bulan yang akan kelihatan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih terang daripada kebiasaan.
“Super Blue Blood Moon” boleh mula disaksikan pada jam 6.51 petang dan berlanjutan sehingga 12.08 tengah malam ini. Dalam tempoh lima jam 17 minit itu, bulan akan bertukar secara perlahan-lahan dari warna putih kepada warna kemerahan dan kembali semula kepada warna asal putihnya.
Take note, fasa gerhana penuh maksima pula akan berlaKu pada jam 9.29 malam.
Menurut Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), sesiapa saja boleh melihatnya pada malam ini secara selamat tanpa perlu memakai kaca mata. Tiada juga perlatan khas yang diperlukan untuk melihat.
Namun, disebabkan faktor cuaca hujan yang tak menentu di sesetangah lokasi seperti Selangor dan Kuala Lumpur, terdapat 7 lokasi yang disyorkan oleh ANGKASA untuk melihat menggunakan teleskop dan binocular.
Planetarium Negara, Kuala Lumpur.
Balai Cerap Teluk Kemang Port Dickson, Negeri Sembilan.
Balai Cerap Selangor, Sungai Lang Parit Baru, Sungai Ayer Tawar Selangor.
Balai Cerap Al-Khawarizimi, Tanjung Bidara Melaka.
Pantai Tok Jembal Terengganu (anjuran Balai Cerap Kusza)
Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu Sabah (anjuran Sabah Stargazers Observertory).
Balai Cerap Kota Bharu, Kampung Kubang Rawa, Salor, Kelantan.
Observatori Negara Langkawi ANGKASA, Pulau Langkawi, Kedah.