Sebelum wujudnya laman media sosial seiring dengan kepesatan platform digital kini, industri penerbitan majalah sangat luas di Malaysia. Boleh dikatakan saban bulan berpuluh judul majalah ditawarkan kepada pembaca seluruh Malaysia. Setiap naskhah yang dihasilkan menjadi satu karya yang dinanti-nantikan oleh pembaca.

Percaya atau tidak, jualan satu-satu majalah boleh menjangkau sehingga berpuluh ribu unit setiap kali keluaran bahkan ada sesetengah edisi boleh dijual sehingga ratusan ribu unit. Namun begitu seiring dengan kebangkitan dunia digital, majalah seolah-olah telah dilupakan mengakibatkan industri ini semakin menguncup dan akhirnya banyak judul berkubur.

Jom kita intai beberapa majalah yang dahulunya pernah wujud dan popular dalam kalangan pembaca Malaysia namun kini sudah tiada di pasaran baik dari bentuk fizikal mahupun digital.

8 Majalah Popular Di Malaysia Yang Kini Hanya Tinggal Sejarah

JELITA

Majalah Jelita merupakan sebuah majalah berbentuk kewanitaan yang memfokuskan kepada wanita berkerjaya dan juga berada di bandar. Diterbitkan pada tahun 1976, majalah ini melalui beberapa perubahan dibawah syarikat penerbitan yang berbeza. Pada tahun 2015 majalah ini telah dihentikan dibawah penerbitan Berita Publishing.  Kemudiannya ia telah ‘dihidupkan’ kembali pada 2016 di bawah penerbitan Syarikat Blu Inc Sdn bhd sehinggalah syarikat tersebut menamatkan operasi pada April 2020.

8 Majalah Popular Di Malaysia Yang Kini Hanya Tinggal Sejarah

FEMALE

Majalah Female antara majalah berbahasa Inggeris yang diterbitkan pada tahun 1974 di Malaysia. Majalah ini dihasilkan di bawah syarikat penerbitan MPH group dan kemudiannya berevolusi dibawah syarikat penerbitan Blu Inc Sdn Bhd. Seiring dengan penutupan syarikat tersebut pada April 2020, penerbitan majalah ini juga turut terhenti.

8 Majalah Popular Di Malaysia Yang Kini Hanya Tinggal Sejarah

Ads

ANJUNG SERI

Majalah Anjung Seri merupakan antara majalah pertama di Malaysia yang memfokuskan kepada seni hiasan dalaman  rumah. Merupakan majalah yang popular suatu ketika dahulu, jenama ini merupakan terbitan Berita Publishing Sdn Bhd sejak 1993. Majalah ini telah menutup bisnesnya dan tidak diterbitkan lagi sejak tahun 2015 seiring dengan penutupan bisnes majalah oleh syarikat tersebut.

8 Majalah Popular Di Malaysia Yang Kini Hanya Tinggal Sejarah

HER WORLD

Majalah herworld merupakan antara majalah berkonsep kewanitaan, gaya hidup yang tertua diterbitkan di Malaysia, iaitu pada tahun 1960. Merupakan majalah pertama yang diterbitkan oleh News Straits Time Press (Malaysia), majalah ini kemudiannya dikendalikan oleh Berita Publishing Sdn Bhd bermula tahun 1973 dan kemudiannya beralih milik ke Syarikat Blu Inc Sdn Bhd. Majalah ini akhirnya menutup operasi dan tidak lagi diterbitkan ekoran penutup syarikat tersebut pada April 2020.

8 Majalah Popular Di Malaysia Yang Kini Hanya Tinggal Sejarah

RIAS

Ads

Majalah Rias merupakan salah satu majalah yang diterbitkan oleh Utusan Karya Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat Kumpulan Utusan. Majalah ini merupakan sebuah majalah yang memfokuskan kepada dunia fesyen dan juga hiburan yang sangat popular suatu ketika dahulu. Diterbitkan sekitar pertengahan 1990-an, antara acara popular yang dianjurkan oleh majalah ini adalah Anugerah Jarum Berlian RIAS yang mengangkat bakat baru dalam dunia fesyen tempatan. Menurut sumber majalah ini dihentikan penerbitannya sekitar tahun 2004.

8 Majalah Popular Di Malaysia Yang Kini Hanya Tinggal Sejarah

WW 

Majalah Wanita & Wawasan atau lebih dikenali dengan akronimnya WW merupakan majalah yang dicetuskan oleh pengarang tersohor di Malaysia, Wirda Adnan. Beliau sebelum itu pernah menjawat gelaran pengarang di Majalah Wanita dan GLAM. Edisi pertama majalah ini diterbitkan pada September 2011. Walaubagaimanapun jangka hayat majalah ini tidak panjang apabila ia menutup operasi pada tahun 2015.

8 Majalah Popular Di Malaysia Yang Kini Hanya Tinggal Sejarah

COSMOPOLITAN

Ads

Majalah Cosmopolitan merupakan majalah antarabangsa pertama yang diterbitkan di dalam bahasa kebangsaan di negara ini. Jenama majalah yang terkenal di seluruh dunia ini melebarkan sayapnya di Malaysia pada tahun 2005 bertujuan untuk menarik minat golongan wanita muda Melayu. Ternyata pilihan itu tepat apabila Cosmopolitan menjadi popular dan mencapai jualan yang memberangsangkan. Diterbitkan oleh ACP Magazine, majalah ini akhirnya bertukar tangan dan diterbitkan pula oleh Syarikat Blu Inc Sdn Bhd. Seiring penutupan syarikat tersebut, Cosmopolitan edisi Malaysia tidak lagi diterbitkan.

8 Majalah Popular Di Malaysia Yang Kini Hanya Tinggal Sejarah

PEREMPUAN

Majalah Perempuan merupakan antara majalah berbentuk kewanitaan yang bersaing bersama rakan seangkatan seperti majalah Wanita, Jelita, Nona dan juga Keluarga. Majalah ini merupakan terbitan syarikat Alaf Semenanjung Sdn Bhd. Kali terakhir majalah ini diterbitkan adalah pada tahun 2012.

Bila dilihat kembali kisah penutupan majalah ini, membuatkan rasa rindu kepada majalah bercetak menjadi semakin tebal. Membaca di skrin tidak akan sama dengan membelek helaian kertas.

Namun tidak semua menutup tirai, masih ada yang bertahan namun sudah bertukar arah kepada dunia digital. Majalah Keluarga misalnya yang diterbitkan pada tahun 1976, berkembang pesat di dunia digital. Sama seperti REMAJA juga, yang telah lebih 37 tahun usianya, kini aktif di pentas digital menerusi laman sesawang dan juga rangkaian media sosial.

Jangan lupa untuk terus menyokong kami. Ikuti perkembangan REMAJA di laman Instagram, Facebook, Twitter dan juga TikTok.

+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI