Sewaktu bercuti, makanan halal adalah perkara paling utama yang selalu kita fikirkan, terutamanya kalau ke luar negara.
Jadi, sebelum memulakan perjalanan biasanya kita dah bersiap sedia membawa bekalan makanan bersama sepanjang berada di tempat orang. Bukan saja untuk jaminan status halal, malah ia juga sedikit sebanyak dapat menjimatkan wang.
Iye la, makanan dekat negara orang tu boleh tahan juga harganya. So, daripada membazir ada baiknya jika kita berjimat cermat kan. Tak gitu?
Untuk berkongsi pengalaman dan info yang boleh anda ikuti, berikut kami kongsi kan lapan makanan popular yang ringkas dan mudah untuk dibawa sewaktu travel
.Rasanya makanan ni memang wajib untuk dibawa kerana selain harganya yang murah, taste mi segera tu pun memang kena dengan tekak orang Malaysia, nak-nak time sejuk kan?
Mudah dan berbaloi kerana ia tidak perlu dimasak. Sumbat la sikit cili api, bawang dan limau nipis dalam luggage tu dan sampai je destinasi, potong cili serta bawang, kemudian perahkan dengan limau. Tak bau hanyir pun, jangan risau.
Tak ada gula pun ok je bro. Cuma perlu tuang air panas dan gunakan la minuman 3 in
1 ni. Senang je kan? Jimat duit beli kopi dekat sana. Nak lagi jimat, boleh guna kod promo ni untuk booking hotel. Hiks!Kalau dah nama tekak Melayu makanan-makanan ni memang WAJIB ada!
Dan…. yang ni pun WAJIB okay? Dah banyak pengusaha yang menghasilkan sambal ikan bilis kering yang mudah untuk dibawa.
Ada pes makanan yang hanya perlu panaskan atau tuang saja air panas dalam bekas, masukkan pes dan gaul hingga sebati. Ada pula yang jenis boleh terus dimakan.
Walaupun nampak remeh dan roti juga ada dijual di mana-mana, tapi tak semua halal tau. So lebih baik bawa sendiri kan?
Makanan kudapan yang senang nak dibawa. Letak dalam handbag pun boleh. Malam-malam dalam hotel terasa nak mengunyah, makan je coklat yang ada tu..
Nah, sebenarnya makanan-makanan ni bukan hanya popular dibawa bersama ketika travel ke negara-negara yang susah nak dapatkan makanan halal, tapi kalau travel ke negara yang majoritinya Islam sekali pun, ini antara makanan yang boleh dibawa untuk menyelamatkan poket daripada cepat kering. Hehe..