8 Pelakon Muda Ini ‘Sekolahkan’ Selebriti Lain Di Karpet Merah Emmy’s

Share

 

Anugerah Emmy’s kembali lagi untuk tahun ini dan pelakon muda Hollywood tak mengecewakan kami.

 

Karpet merah bertukar warna menjadi keemasan untuk anugerah Emmy’s pagi tadi.

Bagaimanapun, ia masih kekal stylish dengan kehadiran selebriti televisyen Hollywood. Ini adalah 8 orang pelakon remaja pilihan kami!

 

 

01

Marsai Martin

Pelakon siri Black-ish berusia 14 tahun ini nampak comel di dalam dress Viktor & Rolf Soir Resort. Trend skirt tutu memang hangat untuk tahun 2018, cubalah!

 

 

02

Millie Bobby Brown

Sekali lagi, bintang Stranger Things ini memilih Calvin Klein (berwarna merah jambu cair) untuk acara karpet merah. Kali terakhir Millie memakai Calvin Klein adalah semasa acara SAGS Awards pada awal tahun ini.

 

03

Gaten News

How bold! Ada di antara korang yang berani memakai blazer kuning seperti sut Dolce and Gabbana kuning ini. Gaten kemudian memadankannya dengan custom made sneakers daripada Converse.

 

04

Madelaine Petsch

Madelaine yang memegang watak Cheryl Blossom di dalam siri Riverdale memilih gaun strapless daripada Prada. Simple tetapi menonjol, mungkin disebabkan warna hijau pada bahagian bustier.

 

05

Letitia Wright

Pelakon Black Panther ini tercalon dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik untuk siri Netflix, Black Mirror. Letitia menyarung dress custom daripada Pamella Roland dan kasut tinggi Nicholas Kirkwood.

06

Noah Schnapp

Trend logo Fendi masih diminati ramai, seperti yang disarung oleh pelakon Stranger Things ini.

 

 

07

Yara Shahidi

Yayy, Gucci did it right this time! Yara kelihatan cantik dan age-appropriate dalam persalinan dress Gucci. Kami juga sukakan dandanan ringkas pada rambut dan solekannya kerana tumpuan terarah kepada bahagian tengah dress. 

 

08

Caleb Mclaughlin

Okay, mungkin selebriti lelaki lain boleh menjadi lebih berani seperti pelakon Stranger Things, Caleb dalam persalinan all white Louis Vuitton.

 

 

Honorary Mention

Tracie Ellis Ross

Okay all hail the queen! Ramai yang boleh belajar daripada stail karpet merah oleh pelakon Black-ish, Tracee Ellis Ross. Dress couture daripada Valentino ini memang mencuri tumpuan semua orang, dan Tracee juga bijak menggayakannya.

 

 

Published by
FZ