Tak semua lelaki betul-betul dah bersedia untuk berkahwin muda.
Hati tu memanglah nak kahwin. Tapi korang perlu fikirkan tentang kehidupan selepas berkahwin terlebih dahulu.
Seperti yang ditonjolkan dalam drama hangat masa kini, Lelaki Lingkungan Cinta di saluran TV3, ia membawakan konsep remaja yang mengambil keputusan untuk berkahwin muda.
Guys, kalau korang bersedia untuk menghadapi keenam-enam perkara ini, mungkin korang sudah bersedia untuk merancang acara merisik tak lama lagi.
Dengar macam mudah tetapi nak melaksanakan tu, masyaAllah. Sebab itulah, orang tua-tua selalu nasihatkan agar lelaki dan perempuan yang ingin dijadikan pasangan itu supaya saling mengenali secara ikhlas.
Jangan hanya disebabkan rupa dan harta, segala di-okay-kan saja. Hati yang ikhlas untuk menghabiskan seumur hidup kita bersama pasangan adalah lebih penting. Dari situlah kesetiaan wujud.
*Sekian, Dr Fadzillah Kamsah*. Next.
Ouh, biasa tengok lelaki pegangkan semua beg shopping? Itu belum termasuk lagi handbag, air bubble tea dan makanan tapau. Satu je benda yang isteri pegang, dompet suami!
ARTIKEL BERKAITAN : 9 Hint Lelaki Selalu Beri, Tapi Perempuan Tak Dapat Tangkap!
Perempuan obviously adalah kaum yang lebih sensitif berbanding lelaki. Not being sexist, but generally that is how thing is.
Kalau salah percaturan, perempuan mudah berubah mood pada setiap hari. Kadang-kadang kesian juga dekat suami yang selalu dijadikan bahan amarah apabila isteri mengalami bad day
(or bad hair / tudung day).Kalau masa datang bulan pula, suami kenalah hati-hati okay dengan ayat yang keluar dari mulut.
Suami mana yang tak suka kalau isteri masakkan untuk mereka. Tanda sayang yang wujud dalam perhubungan juga tercetus apabila si isteri berada di dapur. Itulah di antara punca berat badan lelaki mulai terutamanya pada bahagian perut.
That is the weight of love, guys.
Untuk menaikkan rasa kasih sayang, apa kata jika lelaki juga kadangkala masuk ke dapur untuk menolong sebelum dan selepas makan.
Lelaki pula dikenali sebagai kaum yang lebih kuat. Lalu, suami akan memikul tugas baru di rumah sebagai handy man. Tak kisahlah nak set up kerusi baru, almari baru, nak ganti kipas.. semuanya diserahkan kepada suami.
Dan di mana isteri semasa itu? Tengok drama pukul 7 malam.
Rasa seperti tak adil? Tak perlu fikir nak berkahwin dahulu..
Isteri akan selalu pass phone mereka kepada suami. Bukannya sebab suami nak pinjam tetapi sebab isteri nak gambar mereka diambil. Selagi tak cantik di mata mereka, selagi tulah suami akan jadi jurugambar untuk mereka.
Dan bila likes mencanak naik, beratus-ratus comment diterima, tiada satu pun pujian yang diterima oleh ‘Instagram Husband’ ni. At least, boleh kot letak “Foto by hubby”.