8 Petanda Besar Hubungan Cinta Korang Bakal Berakhir

Share

Adat dalam bercinta kadangkala okay dan begitu juga sebaliknya. Itulah resam orang bercinta bak pasang surutnya air. Namun yang terus memanjangkan hayat hubungan ialah tolenransi dan bagaimana pasangan itu berfikiran matang dalam membuat keputusan.

Tapi bagaimana jika pergaduhan atau pertelingkahan itu sangat kerap berlaku? Walaupun jauh di sudut hati ingin terus bertahan tapi adakah ia merupakan satu pilihan yang baik untuk kamu berdua?

Jika kamu dalam dilema, perhatikan petanda-petanda yang Remaja kongsikan kali ini. Jika terdapat banyak petanda di bawah itu bermakna hubungan kamu sebenarnya hanya menunggu hari untuk berkubur.

1. Bila nak jumpa ada sahaja alasannya

Jauh berbeza ketika mula bercinta. Boleh dikatakan kamu ke hulu ke hilir bagaikan belangkas. Tapi akhir-akhir ini kamu raakan si dia ada je alasan tak nak jumpa.

2. Lebih banyak luangkan masa dengan kawan-kawan

Bukanlah bermaksud kamu menghalangnya daripada berkawan tetapi kali ini agak berbeza. Si dia seolah-olah sengaja meluangkan masa dengan kawan-kawannya dan rela ikut ke mana sahaja mereka pergi. Seolah itu alasan untuk tidak mahu berjumpa kamu.

3. Masing-masing tidak meletakkan pasangan sebagai keutamaan

Dulu dialah orang pertama yang kamu akan kongsikan segala. Namun sekarang bukan sahaja dia malah kamu juga agak jarang berkongsi rasa, luahan atau rahsia bersamanya. Kegagalan komunikasi adalah antara petanda utama keretakan hubungan.

Artikel Berkaitan: 7 Jenis Lelaki Paling Disukai Gadis Pemalu

4. Kamu mudah berasa annoying dengan perangainya

“I love the way he laugh”. Itu kata kamu semasa mula-mula jatuh cinta. Tapi kini kamu sudah berasa agak annoyed dengan apa sahaja yang dilakukannya. Ada saja yang tidak kena. Cara dia makan, bercakap hatta senyum sekalipun tidak kena di mata kamu.

5. Selalu memikirkan adakah hubungan ini layak dipertahankan

Jika kamu selalu berfikiran begini, memang hubungan itu tidak lama. Agak normallah jika kamu memikirkan option yang ada dalam hubungan. Tetapi jika hari-hari duk fikir perkara ini, ia sebenarnya kebenaran yang kamu sendiri pada mulanya tidak mahu terima.

6. Tak happy dan mula merasakan hubungan ini membosankan

Percintaan supposed to be fun, caring & loving. Tapi jika lihat wajahnya sahaja sudah membuatkan kamu berasa bosan apatah lagi. sampai bila kamu boleh tipu diri sendiri?

7. Komunikasi antara kamu berdua semakin berkurang

Kalau bercakap menerusi telefon pun tidak lebih dua minit. Hanya bertanyakan perkara biasa sahaja; tidaklah bertanya bagaimana hari kamu atau lebih mengambil berat. Ia lebih parah jika kamu berdua juga bersikap begini.

8. Setiap kali bertemu pasti bertengkar

Ada sahaja yang tidak kena. Kamu cakap ‘A’ si dia akan berkeras cakap ‘B’. Tidak salah untuk berbeza pandangan atau pendapat tetpai janganlah sehingga ke peringkat berlakunya pertengkaran. Sehinggalah hal kecil pun kamu berdua terus-menerus bertengkar.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim