Masih ramai remaja yang degil dan ingkar kepada arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan mereka sewenang-wenangnya menjalankan aktiviti seperti biasa dalam situasi pandemik seperti sekarang.
Menurut Astro Awani, seramai lapan orang remaja terpaksa membayar kompaun keseluruhan berjumlah RM8,000 selepas perbuatan mereka dikesan oleh polis kerana degil bermain futsal ketika tempoh PKPB.
Kejadian yang berlaku di Hulu Terengganu ini melibatkan remaja yang berusia 15 hingga 20 tahun dan dilihat bermain futsal ketika sepasukan anggota polis membuat rondaan di Kampung Binjai Kertas, Kuala Berang pada jam 10 malam.
Ads
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, kumpulan itu bagaimanapun bertempiaran melarikan diri sebaik dihampiri pasukannya dengan meninggalkan beberapa buah motosikal serta barang-barang peribadi termasuk telefon bimbit.
Polis kemudian membawa semua barangan itu ke Balai Polis Kuala Berang untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Ads
Walau bagaimanapun, kira-kira jam 1 pagi, kesemua mereka hadir ke balai polis dan seterusnya ditahan untuk siasatan mengikut Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.
Ads
Mereka juga turut dikompaun sebanyak RM1,000 setiap seorang.
Ha, jangan ingat pasukan PDRM kita tidak mengambil serius tentang hal ini ya. Kan dah tak pasal-pasal kena keluar RM1,000 untuk bayar kompaun.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekitar jam 9.50 malam semalam, seluruh rakyat Malaysia terpaku di kaca tv masing-masing tatkala Tun Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 dihadapan DYMM YDP Agung, Sultan Muhammad V di Istana Negara.
Bersaksikan sumpah, Waallahi, Wabillahi dan Watallahi untuk memegang kerahsiaan negara, Tun Mahathir tenang dalam pengalaman dirinya. Namun sudah pasti, jika ada yang perasan, ketika Sahibus Samahah, Mufti Wilayah Dr Zulkifli membacakan doa, tangan tua Tun Mahathir yang berusia 93 tahun itu agak “terketar-ketar”.
Mungkin ramai yang membuat tafsiran kerana Tun M menunggu terlalu lama, terlalu letih namun seperti mana rakyat Malaysia tahu, Tun M tidak pernah akan berundur demi menyelamatkan Malaysia yang “sedikit rosak” dengan pelbagai isu sehingga rakyat bangkit menukar kerajaan baru melalui Pakatan Harapan.
Tentu ramai yang ingin tahukan apa perkara pertama Tun M lakukan sebaik memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia selepas sidang akhbarnya?.
Sebagaimana keinginan rakyat yang ingin melihat adanya perubahan terutama terlalu banyak “kesilapan” dilakukan oleh pemimpin terdahulu seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa, pembaziran ekonomi, kebergantungan kepada projek-projek China, isu pengangguran orang muda dan banyak lagi. Ternyata, sebaik diangkat sebagai PM, Tun M telah lakukan perubahan ini demi rakyat. Jom baca.
PH tunai janji akan hapuskan GST – Dalam satu sidang akhbar, Tun M berjanji kerajaan pimpinannya akan menghapuskan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) seperti dijanjikan. Menurutnya, GST terlalu membebankan rakyat dengan kenaikan harga barangan harian dan negara akan kembali kepada sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) seperti sebelum ini.
Kaji semula perjanjian projek ECRL bernilai RM55 bilion – Tun M turut mengesahkan akan mengkaji semula perniagaan dibuat dengan China termasuk perjanjian berkaitan projek Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion itu.
“Jika perlu ada rundingan semula kerana apa yang dirisaukan ialah untuk projek ECRL sahaja, kerajaan sudah dibebani hutang RM55 bilion belum termasuk perjanjian lain yang menjadi bebanan besar buat negara. Sebuah negara yang bertanggungjawab harus cuba untuk mengurangkan pinjaman atau jika tidak, negara akan menjadi kambing hitam.
Siasat DS Najib jika ada bukti kesalahan – Menegaskan dirinya bukan seorang yang pendendam, beliau sedia untuk membawa DS Najib ke muka pengadilan seandainya Najib didapati ada melakukan kesalahan.
“Kami tak akan hukum orang jika mereka tak sependapat dengan kami (Pakatan Harapan) tetapi undang-undang akan dikuatkuasakan sepenuhnya di negara ini jika seseorang itu ada melakukan kesalahan,”katanya dalam satu sidang media.
Sifatkan kenyataan Jabatan Peguam Negara badan bebas sebagai mengarut – Jika korang baca akhbar sehari dua ini, korang tentu terbaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam Negara iaitu Tan Sri Mohamed Apandi Ali bahawa Jabatan Peguam Negara yang diketuainya itu bukanlah sebuah badan politik sebaliknya penasihat kepada kerajaan pemerintah.
Tun M menyifatkan pandangan Jabatan Peguam Negara berperanan sebagai penasihat undang-undang tanpa berpihak adalah mengarut. “Saya fikir apa yang pendakwa awam atau peguam negara katakan berkaitan menasihat kerajaan sebagai bullshit (mengarut),” katanya tanpa menyebut nama penyandang jawatan itu. Sebelum itu, Mohamed Apandi menerusi kenyataannya berkata, selain penasihat undang-undang kerajaan, jabatan itu juga kekal sebagai pendakwa terhadap kesalahan jenayah yang sudah ditentukan oleh undang-undang.
Gugurkan beberapa orang “big boss” agensi kerajaan – Dalam pada itu, Tun M turut memberi amaran akan menukar beberapa ketua agensi kerajaan kerajaan yang didakwa membantu dan bersuhabat dengan bekas Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak.
“Beberapa ketua agensi akan digugurkan kerana kita dapati individu-individu ini membantu dan bersubahat dengan bekas perdana menteri yang dikecam di seluruh dunia sebagai kleptokrat,” katanya dalam sidang media pertamanya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7, hari ini.
Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan akan membuat perubahan di dalam agensi yang sebelum ini didakwa melindungi bekas perdana menteri berkenaan.
Yes! Sebagai rakyat yang mahukan satu perubahan dan memilih Pakatan Harapan, itu jugalah yang kita mahukan
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sepasang kekasih daripada United Kingdom dilaporkan menjadi pasangan gay Muslim pertama yang berkahwin sejak perkahwinan sama jantina diluluskan oleh Parlimen UK pada 2013.
Menurut portal Mashable, Jahed Choudhury, 24, dan Sean Rogan, 19, telah menjalin hubungan sejak tahun 2015 dan berkahwin dalam persalinan tradisional di Walsall, Midlands Barat 22 Jun lalu. Mereka berharap pasangan gay yang lain melihat perkahwinan ini sebagai satu jalan untuk bersama yang tersayang, selain menunjukkan kepada dunia tidak salah untuk menjadi gay walaupun beragama Islam.
“Saya berharap gay Muslim yang lain melihat perkahwinan ini dan sedar bahawa mereka tetap mendapat sokongan daripada individu gay yang lain,” jelas Rogan.
Choudhury turut memberitahu Express and Star yang dia berasa seperti ‘kambing hitam’ di kalangan keluarganya yang berketurunan Bangladesh beragama Islam. Dia juga sering dibuli di sekolah dan diharamkan untuk memasuki masjid oleh komunitinya.
“Saya tidak pernah suka kepada bola sepak, namun saya lebih gemar menonton rancangan fesyen di televisyen. Di sekolah pula, mereka sering meludah dan memanggil saya babi lalu menjerit ‘haram’ yang merupakan satu penghinaan dalam bahasa ibunda saya,”
“Perkahwinan ini menjadi bukti bahawa saya tidak peduli walau masyarakat dan keluarga tidak menerimanya kerana bagi mereka ia adalah sesuatu yang memalukan,”
“Saya ingin memberitahu kepada semua yang mungkin mengalami nasib yang sama, tidak mengapa kerana kami sudah buktikan kepada seluruh dunia bahawa anda boleh menjadi seorang gay walaupun bergelar Muslim,” jelasnya panjang lebar.
Thoughts?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Korang mesti pernah dengar dengan cabaran samyang atau #SamyangChallenge yang baru-baru ini menjadi aktiviti viral di kalangan orang muda. Cabaran yang di mana mereka memakan mee segera pedas Korea dan memuat naik reaksi mereka. Cabaran ini bukan sahaja popular di kalangan netizen biasa tetapi turut dilakukan oleh artis, selebriti dan instafamous di Malaysia dan seluruh dunia.
Tapi yang Remaja ingin ketengahkan kali ini berbeza sekali. Dan seriously memang inilah Samyang Challenge terbaik pernah kami saksikan.
Menerusi Facebook Pusat Tahfiz Integrasi An Nur, mereka telah memuat naik sebuah video di mana dua pelajarnya melakukan cabaran ini dengan cara yang cukup unik.
Menerusi posting tersebut, dua pelajar iaitu Abdul Hannan Haznan dan Hazman Johari telah mengajak ustaz mereka, Ustaz Dr Wan Ahmad Afiq, Mudir Pusat Tahfiz Integrasi An Nur untuk berbuka puasa ke sebuah restoran piza terkenal. Dan menu pilihan mereka tidak lain tidak bukan piza samyang, menu terbaru daripada restoran tersebut.
Pelajar ini juga dikatakan telah khatam hafalan 30 juz yang dilakukan dalam masa 3 bulan sahaja. Hebatnya!
Dan di dalam video tersebut mereka berdua diberi cabaran istimewa daripada Ustaz Dr Wan Ahmad Afiq. Apa cabarannya? Mereka berdua dikehendaki menyambung bacaan Al-Quran yang dibaca olehnya.
Dalam keadaan menahan pedas mereka berdua melakukan menyambung bacaan yang dihafal dengan cukup baik sekali. Reaksi mereka yang menahan pedas tapi mampu membaca hafazan dengan baik mencuit hati ramai netizen. Komen-komen di posting video tersebut rata-rata sangat positif dan baik.
Video inilah yang sepatutnya menjadi viral. Keakraban antara ustaz dan pelajarnya serta bagaimana mereka sentiasa dekat dengan Al-Quran membuatkan ramai yang tersentuh. Semoga mereka menjadi contoh yang baik buat golongan muda dan remaja di luar sana. Amin.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal, telah selamat melahirkan bayi lelaki.
Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri oleh Syasya melalui akaun Instagram miliknya.
ARTIKEL BERKAITAN: Syasya Rizal...