8 Respon Yang Tak Akan Sesekali Keluar Dari Mulut Orang Bijak

Share

Tak susah pun nak jadi orang bijak ni.

Selain daripada kesungguhan diri, kita pun kena pandai jaga mulut. Jaga perkataan yang keluar sebutir-sebutir daripadanya.

Remaja senaraikan beberapa respon yang harus dielakkan oleh kita semua.

 

1   Need vs Want

Kedua-dua perkataan ini mungkin kedengaran sama je. Need (perlu) ataupun Want (hendak). Kesimpulannya, seseorang akan mendapat sesuatu daripada orang lain seperti barang dan bantuan. Betul?

Namun, orang yang bijak akan menggunakan perkataan ‘hendak’ kerana ia menunjukkan dia tegas dengan kemahuannya. Sedangkan perkataan ‘perlu’ membuatkan seseorang kelihatan dependent.

 

2  Wajib vs Harus

Jika seseorang berkata, ‘Saya wajib lakukan ini’, ia menunjukkan dia komited dengan kerja dan tanggungjawabnya. Sedangkan, ‘Saya harus lakukan ini’ menunjukkan dia tahu dia harus lakukan sesuatu namun kadangkala akan melupakan niat tu selepas 5 minit.

Eh, macam familiar je. Hehe..

 

“Tak Boleh”

Orang yang bijak akan sentiasa berfikiran positif dan memikirkan bahawa semua perkara itu possible untuk dilakukan. Jika ada sebarang impian atau perancangan yang belum menjadi kenyataan, orang bijak tak akan sesekali mengatakan “Ah, tak boleh ni.” tetapi dia akan berkata “Masih belum lagi.”

‘Tak boleh’ itu seakan menutup impian.

 

“Cuma”

Satu lagi perkataan yang popular di kalangan orang Malaysia. Penggunaan ‘cuma’ sebenarnya sangatlah subjektif dan tak mewakili perasaan semua orang terhadap sesuatu perkara. Contohnya, seseorang berkata, “Alah, cuma latihan matematik je..itupun susah ke?” sedangkan kawan yang seorang lagi mungkin tak merasakan matematik itu mudah.

Orang yang bijak tak akan mudah judge suatu perkara dengan merujuk kepada kebolehan dia saja tanpa mengambil peduli kebolehan orang lain.

 

“..Mengikut Pendapat Saya..”

Oleh sebab itulah, orang bijak akan lebih berjaga-jaga ketika memberi pendapat. Mereka selalu memulakan ayat dengan, “Mengikut pendapat saya…”. Ia menunjukkan orang bijak sanggup bertanggungjawab terhadap apa yang keluar dari mulutnya.

Sekalipun apa yang keluar dari mulutnya itu salah, setidak-tidaknya mereka cuba mengambil bahagian dalam conversation tersebut dan mengutarakan pendapatnya dengan sopan.

 

“Ini Tak Adil..”

Ini tak bermakna Yuna tidak bijak, okay. Hehe..

Semua orang serba tahu yang hidup ini tak sentiasa adil, that is just how life works. Dengan berkata “It is not fair” jika rancangan tak menjadi, ia membuatkan orang itu kelihatan tak matang.

Contohnya, jika korang tak terpilih untuk sesuatu perkara eventhough you have given your all. Orang yang bijak akan bertanyakan bagaimana keputusan itu telah dibuat dan sekiranya ada perkara yang boleh diperbaiki olehnya, dia akan meminta tip.

 

“Saya Rasa…”

Guys, do not be your worst critic. Jika korang tak yakin dengan diri sendiri, siapa yang akan yakin kepada korang? Sebolehnya, elakkan permulaan ayat dengan “Saya rasa..”.

Jika sememangnya orang bijak tak tahu jawapan terhadap sebarang soalan, lebih baik jika berkata, “Saya tak ada jawapan untuk soalan itu sekarang, saya akan cari dan beritahu secepat mungkin.”

 

“Itu Bukan Kerja Saya..”

Ini yang kita selalu dengar, kan?

Kenyataan seperti ini mengundang persoalan: sama ada korang ini hanya bekerja untuk duit je atau kerana korang betul-betul minat. Sekiranya bos meminta kamu menyiapkan job baru, lakukan saja sebaik mungkin.

Orang yang bijak akan berjumpa semula dengan bos selepas kerjanya tadi siap dan berbincang dengannya tentang job description sebenarnya di tempat kerja. Bukan saja bos tak boleh mengambil kesempatan ke atas korang, korang juga akan kelihatan matang pada pandangan mereka.

 

Honorary Mention

“It Is Not My Fault”

Orang yang bijak tak akan sesekali menunding kesalahan kepada orang lain. Ingat tau!

Published by
FZ