Jika korang masih tak aware mengenai insiden memalukan yang berlaku di hadapan stor adidas Originals KLCC pada Sabtu lepas, well, we have you covered.

Kecoh sebentar di Twitter dan Instagram apabila video ‘hayunan’ tumbukan oleh salah seorang pembeli sneakers kepada seorang lagi pembeli lain tersebar. Ia semua gara-gara perangai samseng yang ditunjukkan oleh pembeli pertama tadi yang ditemani kira-kira 20 orang rakan lain.

So here is the deal.

adidas pada 11 November lalu secara rasminya telah melancarkan model edisi khas adidas NMD Hu Trail Pharell Williams di seluruh dunia. Seperti biasa, pembeli perlu beratur di hadapan stor atau kompleks membeli-belah terpilih yang menjual kasut ini secara terhad. Antara stor terpilih di Malaysia ialah adidas Originals yang terletak di Suria KLCC.

Konsepnya kedengaran hampir sama dengan pelanggan beratur untuk membeli kuih keria di Melaka. Bezanya, penulis tak pernahlah pula terdengar insiden bertumbuk berlaku di mana-mana gerai kuih keria.

I just cannot help but to compare these two instances.

adidas NMD Hu Trail Pharrell Williams dan kuih keria di Melaka.

Secara peribadi, penulis lebih sanggup beratur untuk kuih keria.  Kenyang pun kenyang, rasa sedap pun memang terjamin.

But what are the odds, sneaker heads seluruh dunia mempunyai sebab mengapa mereka anggup beratur untuk membeli sepasang sneakers.

Ini adalah LAPAN sebab mengapa penulis beranggapan beratur untuk membeli kuih keria adalah lebih berbaloi berbanding beratur untuk membeli sneakers.

8. Gerai Kuih Keria (Yang Sedap) Lebih Banyak Daripada Stor adidas Originals

via GIPHY

Salah satu sebab mengapa insiden bertumbuk tempoh hari boleh terjadi adalah kerana sejumlah kecil saja stor adidas Originals yang menjualnya pada hari tersebut.

Selalunya, stor adidas Originals yang terlibat ialah stor Suria KLCC dan Pavilion. Ada juga tempahan jualan yang dibuka oleh stor Sole What tetapi ia hanya terhad kepada member mereka yang bertuah bagi mengelakkan kejadian perlu beratur.

Berlainan pula dengan gerai kuih keria.

Dulu, memang sukar untuk mencari pembuat kuih keria sesedap yang dimasak oleh nenek kita. Namun sejak kuih itu disebut-sebut hasil populariti mencanak Kuih Keria Haji Jalil yang terletak di Pantai Klebang, Melaka, banyak lagi gerai yang mula beroperasi menjual kuih tersebut. Di Melaka banyak, di KL sendiri pun banyak. Antara favourite penulis sendiri adalah di Restoran Santai, TTDI.

Ads

7. Beratur Bila Gerai Sudah Dibuka

via GIPHY

Kalau di gerai Kuih Keria Haji Jalil, masa perniagaannya bermula dari jam 11 pagi sehingga 7 petang. Rata-rata pembeli akan mula beratur beberapa minit selepas ia dibuka.

Dan seperti biasa, barisan itu akan mula memanjang pada waktu tengah hari dan lewat petang ketika pelanggan mereka ingin menikmati masa minum petang. Makan pula bawah pokok, pergh!

Berlainan dengan sneaker heads, mereka terpaksa beratur seawal jam 2 pagi lagi walaupun stor adidas Originals dibuka jam 10 pagi. Itu baru 8 jam beratur, penulis pernah melihat pembeli menaikkan khemah di hadapan stor di Singapura.

Dah macam simposium sneaker heads dah aku tengok.

6. First Come, First Serve

via GIPHY

Well, peraturan ini sebenarnya digunakan untuk kedua-dua jenis perniagaan. Jika korang beratur di hadapan, jadi koranglah yang akan membelinya terlebih dahulu.

Apa yang berbeza adalah pembeli kuih keria rata-rata faham dengan konsep first come first serve tersebut. Penumbuk kes adidas NMD Hu Trail Pharrell Williams, walau bagaimanapun seperti tidak memahami peraturan.

Dia dan gengnya mendakwa terdapat senarai beratur (waiting list) tidak rasmi walaupun konsep waiting list jarang sekali dipraktikkan terutamanya apabila ada kemunculan sneakers edisi terhad seperti ini. Itulah yang cuba disampaikan oleh mangsa Sabtu lepas secara kasual, cool dan penuh berhemah. Tiba-tiba, si samseng ni pula bertukar berang dan terus menumbuk. Kau dah kenapa bro?! Not cool AT ALL.

Nak beli, beraturlah dari awal. Nak beli dua, dua orang yang kena beratur. Bukannya seorang dapat membeli dua pasang.

Ads

Susah nak faham? Beli je kuih keria.

5. Beli Satu Je?

via GIPHY

Which leads me to my next point. Seorang pembeli kuih keria boleh mengaut maksima sehingga 20 biji kuih. Sneaker heads: SATU pasang.

4. Beli Sekarang, Jual Kembali Kemudian

via GIPHY

Basically, terdapat dua jenis sneaker heads di dunia ini. Seorang yang membeli sneakers edisi khas kerana dia merupakan pengumpul sneakers tegar. Seorang lagi membeli kerana dia ingin menjual kembali. Kata orang, re-seller.

Selalunya, seorang re-seller boleh menjual kembali sepasang sneakers sehingga dua kali ganda daripada harga pasaran. Wow, memang nampak menguntungkan!

Namun, kalau difikir balik, penulis memang tak setuju dengan konsep jual kembali dalam tempoh masa yang singkat. That is definitely easy money guys, walaupun si pembeli tadi telah bersusah-payah beratur dan sebagainya.

Beli kuih keria kan lebih jujur dan mudah. Korang beli, korang makan.

3. Bukannya Pembeli Yang Untung

Ads

via GIPHY

Berbalik kepada poin di atas, selalunya ada ‘tauke’ tertentu yang mengupah 10 hingga 20 orang pembeli sneakers untuk beratur bagi pihaknya.

Dengan upah serendah RM200 seorang, ‘tauke’lah yang akan menjual kembali sneakers dua kali ganda lebih mahal daripada harga asal dan dialah akan mengaut keuntungan. Bukannya pembeli yang beratur tadi.

Cuba bayangkan kalau ada dark market seperti itu dengan bisnes kuih keria.

“Hey kau belikan untuk aku. Aku upah kau RM0.20 sebiji.” (“Lepas tu, aku jual balik RM2 sebiji, hehe..”)

Tak boleh bayangkan? Sebab perkara itu tak pernah lagi terjadi.

2. Ada Yang Sanggup Bertumbuk?

via GIPHY

Penulis tak pernah mendengar lagi kes berbalas tumbukan di hadapan gerai kuih keria. Paling teruk pun, pembeli di belakang mengumpat senyap-senyap sebab akak di depan menyuruh 8 orang anaknya membeli 20 biji seorang. Penatlah kena tunggu kuih digoreng balik!

1. Akhirnya, Samseng Dapat Juga Sneakers

8 Sebab Kenapa Beratur Beli Kuih Keria Lebih Berbaloi Daripada Beratur Beli Sneakers

Pertelingkahan yang terjadi di stor adidas Originals KLCC tersebut akhirnya berjaya diselesaikan. Malah, ramai yang mendakwa si penumbuk pun berjaya mendapatkan adidas NMD Hu Trail Pharell Williams yang diinginkan.

TBH, penulis masih tidak memahami mengapa perkara tersebut perlu terjadi.

Jika korang mendakwa diri korang sneaker heads sejati, pastilah sudah mengetahui prosedur pembelian sneakers edisi terhad. Geng ini yang tak faham rasanya, atau mereka hanyalah (expletive) ‘tauke’ yang telah dibayar upah.

============================

Ramai netizen di media sosial yang berang dengan tindakan tersebut yang mereka anggap memalukan dan meletakkan nama buruk kepada komuniti pengumpul sneakers di Malaysia.

Bilalah agaknya kita akan mengundurkan diri daripada mentaliti dunia kelas ketiga ini.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI