8 Selebriti Di MET GALA Cuba Sampaikan Mesej Penting Melalui Fesyen

Share

 

Jika penulis perlu berikan anugerah kepada mana-mana acara fesyen paling berprestij dan tular pada setiap tahun, tentunya ia menjadi milik MET Gala yang dibawakan oleh Muzium Met New York dan majalah VOGUE.

Acara MET Gala setiap tahun akan dianjurkan pada hari Isnin minggu pertama dalam bulan Mei. Namun ia terpaksa ditunda selama dua tahun empat bulan disebabkan pandemik COVID-19. Hari ini, ia melakukan comeback dengan kod pakaian ‘American Independence’, bersesuaian dengan negara Amerika Syarikat yang telah mengalami pelbagai perubahan kebelakangan ini.

Negara Uncle Sam itu berjaya menempuhi musim pandemik yang hampir ‘meruntuhkan’ sektor ekonominya pada tahun lalu akibat kelewatan mengambil tindakan oleh kerajaan terdahulu. Amerika juga masih dalam mood meraikann kehadiran Presiden ke-46-nya, Joe Biden dan naib presiden, Kamala Harris menggantikan parti yang diwakili presiden Donald Trump.

Disebabkan tema ini dan kod pakaian yang ditetapkan oleh Met Gala, REMAJA lebih tertarik untuk mengetahui nilai mesej dan makna yang tersirat dalam setiap busana yang dipakai selebriti pada tahun ini; lebih daripada sekadar nilai estetik.

ARTIKEL BERKAITAN : Wajah Asia : Rosé & CL Catat Sejarah Hadir Ke MET Gala 2021 – REMAJA

Ini merupakan 8 selebriti yang telah menggunakan platform Met Gala 2021 untuk menyebarkan sesuatu kepada remaja dan masyarakat di luar sana. Ada yang menyentuh isu politik, ketidaksamaan hak dan peluang jantina, hak binatang, keyakinan diri, budaya di Amerika Syarikat itu sendiri dan sebagainya.

 

Cara Delevigne

Pelakon dan bekas model ini tidak cuba menyembunyikan mesej di sebalik pakaia rekaan Dior-nya. Terang-terangan pada bahagian vest putih Cara tercatat, “Peg the patriarchy” ataupun “Hapuskan sistem patriarki”.

Patriarki bermaksud sistem di mana lelaki selalu memegang tampuk kekuasaan dalam pentadbiran atau sesebuah institusi dan wanita dianggap sebagai orang bawahan, tidak berkepentingan serta hanya disuruh duduk di rumah untuk membesarkan keluarga.

Nothing wrong with being mothers, girls. But girls deserve to dream big as well.

“Busana ini adalah mengenai pemerkasaan wanita dan hak saksana,” kata Cara.

 

Alexandria Ocasio-Cortez

Seorang lagi selebriti yang tidak gentar menjadikan Met Gala 2021 sebagai platform meluahkan pendiriannya ialah ahli politik dan aktivis Amerika berusia 31 tahun, Alexandria Ocasio-Cortez atau lebih popular dikenali sebagai AOC.

Menerusi busana berpotongan duyung rekaan Brother Vellies’ Aurora James ini, AOC ingin membangkitkan isu mengenakan cukai kepada mereka yang berpendapatan tinggi menerusi kenyataan ‘Tax the rich’ di bahagian belakang gaunnya.

Hhm, di mana lagi tempat paling sesuai untuk memberikan kenyataan tersebut melainkan di Met Gala yang dipenuhi tetamu jemputan dalam kalangan orang ‘have have’.

 

Chloe x Halle

Biarpun penampilan duo penyanyi, Chloe dan Halle tidaklah segah rekaan busana beberapa selebriti lain, ada sesuatu yang istimewa mengenai kolaborasi adik-beradik ini dengan  pereka fesyen adik-beradik, Rodarte.

Rodarte yang diasaskan oleh Kate Mulleavy dan Laura Mulleavy merupakan pereka fesyen terkenal pertama yang bekerjasama dengan penyanyi duo tersebut semasa mereka mula-mula menceburi bidang nyanyian secara profesional. Lalu, kehadiran Chloe x Halle di acara Met Gala pertama mereka dan disarungkan pula dengan busana Rodarte iaitu pereka fesyen pertama mereka adalah ibarat ‘full circle’ yang harus direalisasikan. American sisterhood? Yes!

 

Ciara

Suami Ciara, Russell Wilson merupakan atlet pasukan football Seattle Seahawks yang pernah bertarung di acara Super Bowl. Walaupun dia tidak menemani isterinya di acara Met Gala 2021, Ciara masih ‘membawa’ suaminya dalam bentuk busana yang diinspirasi daripada jersi bernombor 3 yang diwakili Russell semasa beraksi di padang.

Tiada sukan yang lebih ‘American’ melainkan sukan football dan Ciara benar-benar memahami tema pada malam ini iaitu In America : A Lexicon of Fashion. Gaun sekuin hijau ini direka khas oleh Peter Dundas dengan bahagian bahu dramatik ala uniform seorang pemain football

. Ciara turut memakai cincin Super Bowl milik Russell dan beg clutch kristal berbentuk bola football.

Talk. About. Committing. To. The. Concept.

 

Lili Reinhart

Sekilas pandang, busana bertemakan bunga-bungaan oleh Cristian Siriano ini nampak seperti gaun flora biasa saja. Tapi apabila pelakon Riverdale, Lili Reinhart mendedahkan bahawa gaunnya ini mempunyai kesemua 50 bunga rasmi daripada 50 negeri di Amerika Syarikat, kami terus wow! Cantik, manis dan patriotik.

 

Karlie Kloss

Bercakap tentang bunga, model Karlie Kloss dan Wes Gordon yang mewakili jenama Carolina Herrera telah memilih bunga kebangsaan Amerika Syarikat iaitu mawar merah sebagai tema busananya pada hari ini.

‘Mawar’ yang segar dari bahagian bahu Karlie terus ke bahagian lengannya telah mencipta statement di karpet merah Met Gala 2021. Wes juga menggambarkan personaliti Karlie yang riang, mesra dan feminin persis ‘American Rose’ itu sendiri.

BACA LAGI : Zendaya Bertukar Menjadi Cinderella Di Met Gala, Konsepnya Lebih ‘Deep’ Daripada Kita Sangkakan – REMAJA

 

Billie Eilish

Okay, jika korang merasakan ball gown yang disarungkan oleh penyanyi, Billie Eilish di Met Gala 2021 ini kelihatan terlalu mirip seperti warna kulitnya, korang tidak bersendirian. REMAJA juga merasakan perkara yang sama. Rupa-rupanya, itulah sebenarnya tujuan sebenar Billie memilih warna nude dan beige ini.

Katanya, busana ini membuatkannya “comfortable in her own skin“. Get it? Get it? Kita perlu sentiasa yakin dengan apa yang kita pakai dan mesej tersebut penting bagi remaja sebaya dan lebih muda dari Billie yang baru berusia 19.

Selama ini, Billie selalu memilih stail yang baggy, edgy atau serius. Untuk Met Gala 2021, dia tidak lagi gentar untuk mencuba sesuatu yang feminin dan glamor seperti yang selalu diimpikannya. Lalu, jenama couture Amerika Syarikat, Oscar de la Renta merealisasikan impiannya itu.

Bukan itu saja guys.

Billie hanya bersetuju untuk memakai busana Oscar de la Renta ini sekiranya jenama fesyen itu menghentikan semua penghasilan dan jualan produk pakaian berasaskan bulu haiwan. Sebagai seorang aktivis hak haiwan dan vegan

, Billie pernah berkata kepada Vogue bahawa dia terkejut apabila mendapat tahu masih tiada undang-undang yang menegah penggunaan bulu haiwan atau fur.

Oleh itu, pengaruh dan kenyataan Billie itu telah membuatkan Oscar de la Renta membuat keputusan drastik untuk menghentikan penghasilan dan penggunaan produk berasaskan bulu haiwan. What a strong message!

 

JLO atau Kacey Musgraves

Okay.. ada dua orang diva yang memilih tema sukan kuda atau ekuestrian pada kali ini. Mereka ialah Jennifer Lopez dan penyanyi country, Kacey Musgraves. Masing-masing merupakan penyanyi yang hebat dan berjaya. DAN masing-masing digayakan oleh pereka fesyen ikonik Amerika Syarikat, Ralph Lauren.

Tetapi jika kami perlu memilih salah seorang daripada mereka – err – kami harus memilih Kacey. {We are so going to regret this}

Maaf JLO! Dari segi fesyen, JLo kelihatan cukup menawan apabila mengenakan busana coklat gelap siap dengan topi koboi, aksesori rantai besi dan tas tangan yang mempunyai motif bulu pelepah. Very cowgirl.

Namun, konsep ekuestrian ini kami rasakan lebih dekat dengan jiwa Kasey yang berasal dari Texas, merupakan seorang penyanyi country DAN mempunyai hobi menunggang kuda! Stail Kacey mungkin tidaklah sedramatik JLO, namun maksud di sebalik konsep ini adalah milik Kacey.

ARTIKEL BERKAITAN : Tanpa MET Gala 2020, #MetGalaChallenge Tunjuk Kreativiti Netizen Tiru Fesyen Selebriti – REMAJA

Published by
FZ