Kehidupan mewah dan populariti yang dikecap tidak mampu untuk menjamin kebahagiaan di dunia. Buktinya, lihat saja berapa ramai selebriti popular mati bunuh diri dan rata-ratanya adalah kerana depresi.
Selain itu, masalah kehidupan yang di alami ketika bergelar public figure sedikit sebanyak memberikan tekanan hebat buat mereka dan akhirnya mengambil jalan mudah mengakhiri kehidupan dengan bunuh diri.
Persoalannya, kenapa tindakan bunuh diri di kalangan selebriti ini semakin menjadi-jadi? Berikut kami senaraikan beberapa selebriti yang pernah menggegarkan dunia dengan berita kematian mereka.
Pelakon komedi ini dikenali sebagai seorang yang periang dan tidak nampak seperti mempunyai sebarang masalah. Namun, rupa-rupanya dia menderita masalah psikologi setelah didiagnosis menghidap Parkinson.
Dia tidak dapat menerima keadaannya itu dan berasa sangat tertekan lalu memutuskan untuk membunuh diri.
Penyanyi bersuara unik ini rupanya mengalami gangguan mental kerana berperang dengan ketagihan alkohol. Amy Winehouse juga dilaporkan menderita penyakit bulimia yang mempunyai cara makan berbeza dan akhirnya membawa kepada penyeksaan terhadap diri.
Selebriti Korea juga turut tak terkecuali terbabit dalam kes bunuh diri kerana U;Nee juga ditemui mati gantung diri di rumahnya pada tahun 2007 kerana mengalami depresi akan popularitinya.
Wow, popular sangat pun susah wey.
Aktor dan model ini ditemui bunuh diri di kediamannya setelah dia mengaku secara umum bahawa dirinya seorang gay. Oppss!
Legenda dunia hiburan, Marilyn Monroe meninggal dunia pada tahun 1962 dan kematiannya dianggap misteri kerana masih menjadi pendebatan adakah dia bunuh diri atau sengaja dibunuh oleh beberapa pihak yang tidak mahu rahsia mereka terbongkar.
Pelakon yang melonjak naik daripada siri muzikal Glee juga ditemui mati di Hotel Fairmont Pacific Rim, Kanada. Punca kematiannya terbongkar dan dipercayai kerana isu dadah dan minuman keras.
Antara selebriti cantik yang mati bunuh diri kerana terjun daripada tingkat 19 apartmennya. Difahamkan pada ketika itu, dia baru saja putus cinta bersama bekas kekasihnya yang merupakan seorang pemain bola keranjang, Im Tae Hoon.
Dunia hiburan dikejutkan dengan kisah kematian vokalis Linkin Park, Chester Bennington yang ditemui mati dalam keadaan tergantung di kediamannya di Los Angeles, California.
Penyanyi yang terbabit dengan masalah dadah dan alkohol ini sebelumnya ada memberitahu bahawa dia pernah ingin cuba membunuh diri kerana didera sewaktu dia masih kecil.
Masalah depresi yang dialami menjadikan dia nekad, lebih-lebih lagi selepas dua bulan kehilangan teman rapat, Chris Cornell yang juga dipercayai mati bunuh diri.
Rata-rata punca kematian bunuh diri selebriti terkenal dunia ni kerana masalah depresi. Ya, bahaya kemurungan ni memang tak boleh buat main.
Buat anda semua, kalau betul la tertekan dengan kehidupan janganlah mengambil jalan pintas seperti ini. Dapatkan bantuan daripada teman-teman rapat atau mungkin boleh berjumpa dengan pakar perubatan untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu diri.