Bukan hanya individu berbadan besar saja yang mengalami masalah double chin, perempuan kurus pun selalu mengeluh bila tengok muka depan cermin.
Menurut, Health Guide HQ, ada beberapa senaman yang sebenarnya boleh korang buat untuk hilangkan masalah double chin ni.
Caranya sangat mudah, murah dan berkesan. Duduk saja-saja dekat rumah pun boleh buat. Kalau korang mengamalkan senaman ini selama 10 minit setiap hari, kesannya akan kelihatan dalam masa sebulan.
Berikut ada 8 chin exercise yang korang boleh buat.
a. Sambil berdiri, dongakkan kepala sambil pandang atas
b. Muncungkan bibir korang selama 5 saat
c. Relaks dan tegakkan semula kepala
d. Buat ulangan sehingga 15 kali
a. Pandang ke depan dan buka mulut luas-luas
b. Jelirkan lidah perlahan-lahan dalam kiraan 5
c. Masukkan semula lidah dalam kiraan 5
d. Ulang sehingga 10 kali
a. Dongakkan kepala sambil pandang atas
b. Tolak rahang bawah ke depan sehingga terasa stretching di bawah dagu
c. Buat kiraan sehingga 10 dan relaks kan semula rahang
d. Ulang sebanyak 10 kali
a. Berdiri dan tundukkan kepala sehingga dagu mencecah ke dada
b. Pusing kepala ke kanan perlahan-lahan dan biarkan sehingga kiraan 5
c. Kembali kepala pada sisi asal
d. Pusing pula kepala ke kiri perlahan-lahan dalam kiraan 5
e. Ulang semula dalam masa 30 saat
a. Berdiri dan buka mulut seluas-luasnya
b. Selitkan hujung lidah di belakang barisan gigi bawah
c. Hirup udara melalui mulut dan keluarkan udara sambil buat bunyi ‘ahhh’
d. Lakukan selama 60 saat
e. Relaks, dan ulang sekali lagi
a. Sambil pandang depan, tampar bawah dagu dengan belakang tangan perlahan-lahan
b. Lakukan sehingga 30 saat
a. Bentukkan tangan korang seperti huruf V dan letak ibu jari pada hujung rahang
b. Pasti kan jari lain berada disebelah pipi
c. Tolakkan muka ke depan dengan perlahan-lahan
d. Biarkan selama 30 saat dan tolak semula ke belakang
e. Relaks, dan ulang sehingga 3 kali
a. Baring dan angkat kepala perlahan-lahan hingga dagu mencecah dada
b. Biarkan selama 10 saat
c. Kembalikan kepala pada sisi asal
d. Ulang sebanyak dua kali
Kalau korang buat dengan konsisten serta amalkan diet seimbang, confirm runcing la lepas ni. Hiks!