8 Stail Baju Raya Pilihan Remaja Di Astro Screening, Siapa Paling Letop!

Share

 

Tinggal 17 hari saja lagi sebelum umat Islam akan menyambut kedatangan Syawal.

 

Sudah tentu, persiapan baju Raya masih on-the-way untuk kebanyakan remaja yang menantikan momen harga turun menjunam. Ke ada di antara korang yang dah settle beli semua baju Raya untuk tahun ini?

Iyalah, kebanyakan daripada koleksi baju Raya paling laku keras adalah koleksi yang dijual secara online seawal 2 bulan lepas. Dengan kempen dan promosi hebat oleh pengeluar koleksi baju Raya besar, tak hairanlah ramai orang termasuklah selebriti Malaysia sudahpun mendapatkan baju Raya masing-masing.

Jom tengok baju yang dipakai mereka semalam untuk acara berbuka puasa dan screening

program Raya Astro.

 

01

Awal Ashaari & Scha Alyahya

To kick off, kita mulakan dengan pasangan pengacara semalam iaitu Awal Ashaari bersama Scha Alyahya. Awal tampil segak dalam persalinan baju Melayu biru gelap yang juga merupakan antara warna popular semalam.

Jika tahun lalu Scha menghentikan trafik dengan stail rambut pendeknya. Tahun ini, Scha melakukan kelainan, tinggalkan baju kurung moden di rumah dan menyarungkan padanan top dan seluar daripada Adila Long ini.

 

02

Lisa Surihani & Yusri Abdul Halim

Hold up…

Kalaulah hidup berpasangan membuatkan seseorang kelihatan secantik Scha & Lisa, penulis pun nak tamatkan zaman bujang! Cantik sangat Lisa dalam persalinan Aere yang memodenkan baju Kebaya dengan ikatan pada pinggang. Abang Yusri pula melengkapkan foto ini dengan memilih baju Melayu berwarna Champagne.

 

03

Wany Hasrita

Comel sungguh Wany apabila menyarungkan salah satu rekaan daripada koleksi pakaiannya bersama Starvilion. Dengan perincian bell sleeves

dan pleats, korang tak memerlukan aksesori berlebihan dengan baju ini.

 

04

Farah Nabilah

Sama seperti Wany, Farah Nabilah juga memilih baju kurung moden ini daripada Starvilion. Bagi korang yang inginkan baju berfabrikkan brocade tetapi tak ingin lemas kepanasan, ini adalah antara pilihan yang baik.

 

05

Ain Edruce

Campaklah apa saja pada tubuh tinggi lampai Ain Edruce, dia tetap akan kelihatan cantik terutamanya dalam persalinan sopan daripada Wanpa ini. Ia mempunyai potongan ala geometri dan perincian kain pleats mengingatkan penulis kepada gaya origami.

 

06

Aiman Hakim & Zahirah Macwilson

Susah benar nak berenggang semalam (hehe), jadi kami pun samakanlah reviu mereka berdua. How sweet of them to co-ordinate, Zahirah memilih salah satu rekaan daripada koleksinya bersama Starvilion manakala Aiman menyarungkan baju Melayunya daripada koleksi kolaborasi Qierahman.

 

07

Nora Danish

Okay, ini merupakan satu lagi rekaan daripada selebriti itu sendiri. Okay apa, jika bukan kita yang memakai siapa lagi kan? Nora cantik dalam persalinan Own by ND yang bagi penulis amat mudah untuk digayakan oleh sesiapa saja.

 

08

Azira Shafinaz

Jika Azira boleh kelihatan secantik ini dalam persalinan koleksi raya Alia Bastamam, tak tahulah baju apa yang akan disarungnya pada hari pertama Aidilfitri nanti..

 

Special Treat

Fauziah Latif

OMG – THAT IS THAT.

 

Jadi, siapa yang menjadi favourite korang?

 

Published by
FZ