Siapa yang tak mahu perhubungan berakhir di jinjang pelamin. Baik lelaki atau pun perempuan, masing-masing mengimpikan ikatan yang diakhiri dengan perkahwinan.
Biasalah mula-mula crush je, lama-kelamaan timbul pula rasa suka dan sayang. Korang pernah ada crush tak?
Mesti pernah kan. Hiks!
Sama ada korang bernasib baik jika crush korang tu pun ada perasaan yang sama, atau pun sebaliknya mereka hanya menganggap korang kawan biasa.
Argh, kena friendzone pula..
Chill la gais. Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum.
Jadi sebelum korang kecewa dengan hubungan yang tidak akan ke mana, korang sebenarnya dah boleh agak jika hubungan itu tak lebih sebagai kawan biasa.
Untuk girls di luar sana, kalau nak tahu sama ada lelaki hanya buat korang seperti kawan biasa saja atau tidak, cuba check tanda-tanda ini seperti yang telah dikongsi dalam page IIUMC.
Kalau nak cakap pasal busy, mana ada manusia yang sibuk 24 jam kan. Jadi, sekirannya mesej korang hanya dapat bluetick, faham-faham saja laa.
Atau paling kurang pun, reply sepatah-sepatah. Dah cukup untuk korang tahu bahawa dia tak beria dengan korang.
Lelaki yang belum bersedia akan cepat rimas bila perempuan bertanyakan soal kahwin. Mungkin mereka masih anggap korang seperti kawan biasa dan tidak terfikir untuk berkahwin.
Sama ada lelaki tu dah berpunya atau dia tak perasaan dengan korang. Dah confess pun tapi tak apa-apa perubahan dan masih kawan macam biasa, jadi move on
je la sis..Lain pula situasi bila kau dah confess tapi layan korang ikut mood. Kalau rasa nak sayang, sayang la. Kalau tak, memang cakap korang just berkawan tak lebih dari tu. Sama ada dia perlukan korang waktu bosan saja tau dia selesa berkawan dengan korang.
Selalu ajak korang keluar, tapi bila cakap pasal perasaan dia rimas. Jadi, dia lebih selesa untuk lepak dan bersembang dengan korang. Mungkin.
Paling jelas bila dia bercakap tentang perempuan lain dengan korang. Memuji kecantikan perempuan lain dan bercerita tentang mereka. Hm, mesti sakit hati kan? Hiks!
Kalau berjumpa dengan kawan-kawannya, korang hanya diperkenalkan sebagai seorang kawan saja. Tidak pula dia bercerita yang lebih-lebih pasal korang.
Paling basic pun atleast mereka kena ingat tarikh lahir korang. Tapi kalau dah tak ingat, jangan kata nak hadiah, wish pun tidak. Kalau pun wish cuma cakap pibeday. Korang rasa? Hehe..
Jadi, kalau dah si dia act macam tu, korang dah boleh faham-faham je la ya. Daripada korang menunggu dan terus buang masa, baik cari je lelaki lain. Ehhh.. haha!
Anggaplah selama perkenalan korang tu sebagai pengalaman hidup. Jangan pernah berdendam sebaliknya doa yang baik-baik untuk dia.
Jangan takut untuk move on sebab pasti Allah akan berikan korang orang yang lebih baik lepas ni. InsyaAllah!