Ingat tak dulu waktu zaman persekolahan, balik rumah je sanggup tak tidur petang sebab excited nak tonton telenovela Sepanyol di kaca tv.

Pendek kata, memang tak pernah missed la setiap episod. Apa yang kami faham, telenovela Amerika Latin ni sarat dengan drama dan konflik keluarga atau percintaan, itu yang membuatkan peminat tegar drama ini ‘melekat’ depan tv.

Jom kita kasi throwback sikit antara telenovela yang pernah popular di Malaysia suatu ketika dulu..

1. Maria Mercedes

Dibintangi oleh pelakon cantik Thalia, telenovela ini mengisahkan tentang gadis miskin Maria Mercedes yang menyara dua adiknya dengan bekerja sebagai penjual tiket loteri dan menjadi badut.

Wanita ini jatuh cinta dengan jejaka kacak yang kaya dan pelbagai dugaan datang menjadi penghalang cinta mereka. Paling best, lagu Maria Mercedes ni memang boleh buat kita terikut-ikut sekali.

2. El Amor No Es Como Lo Pintan

Drama 175 episod ini antara yang paling hit di Mexico. Kisah seorang gadis hodoh, Alicia yang selalu dikeji dan dipulaukan sebab rupa parasnya itu. Namun, keikhlasan hati dan kebijaksaan yang dimilikinya membuatkan jejaka rebutan ramai terpaut hati kepadanya.

Ads

3. Yo Soy Betty La Fea

Pasti ramai yang mengikuti telenovela ini kerana watak utamanya, Betty sangat menghiburkan. Gadis hodoh yang bekerja di sebuah syarikat fesyen terkemuka ini berjaya menyerlahkan kecekapannya semasa bekerja sehingga pengarah syarikat mula jatuh hati padanya.

Betty menempuh hari-harinya dengan kesabaran sehinggalah dia melakukan makeover dan meninggalkan imej hodohnya.

4. Rosalinda

Sekali lagi Thalia membintangi telenovela box office dengan memegang watak hebat sebagai seorang gadis tabah yang perlu menempuh pelbagai dugaan, antaranya dimasukkan ke dalam hospital sakit jiwa, hilang ingatan, kecelaruan identiti dan gagal dalam percintaan.Memang sarat dengan konflik hidup, telenovela ini juga antara yang paling popular di Malaysia suatu ketika dahulu.

Ads

5. La Usurpadora

Lain pula dengan kisah pasangan kembar yang telah terpisah sejak kecil dan apabila besar, mereka terperangkap dalam satu siri penyamaran. Apa yang bestnya drama ini bila si kakak  yang hidup miskin perlu menggantikan tempat adiknnya yang menjadi isteri orang kaya kerana sering berlaku curang bersama lelaki lain.

Watak kembar yang antagonis ni memang boleh bikin kita rasa sakit hati setiap kali menonton telenovela ini.

6. Mis Tres Hermanas

Ini antara telenovela Latin yang paling sweet, berkisarkan tentang kekeluargaan di mana si abang sulung perlu menjaga tiga adik-beradik perempuannya selepas kematian ibu bapa mereka.

Ads

Setiap seorang adik perempuannya itu punya kisah mereka yang tersendiri dan si abang pula dengan kisah isterinya yang boleh tahan jahat. Itu buat penonton lebih geram.

Namun begitu, gandingan Scarlet Ortiz dan Ricardo Alamo menjadikan drama ini lebih romantis dengan kisah percintaan mereka yang penuh dugaan.

7. Marimar

Marimar adalah seorang gadis miskin yang tinggal di tepi pantai bersama datuk dan neneknya. Marimar jatuh cinta pada Sergio, anak orang kaya. Sergio nekad bernikah dengan Marimar tanpa restu ayah dan ibu tirinya, Angelica.

8. Rubi

Rubi yang keluar daripada kehidupan masa kecilnya yang miskin dan menjadi kaya dengan merayu kepada lelaki, merosakkan perkahwinan, dan memanipulasi semua orang. Dia menjadi lebih dramatik apabila terlibat dalam percubaan membunuh.

Sebenarnya ada banyak lagi telenovela menarik yang ditayangkan di negara kita. Ini hanyalah antara beberapa yang kami senaraikan. Nah, mana satu korang layan?

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI