Selalu kita tertanya-tanya agaknya betul ke jin ni wujud? Lagi-lagi pada zaman moden yang kononnya ramai bersikap acuh tak acuh dengan makhluk ghaib ni.
Menurut Khalifah Mail Online, secanggih mana pun teknologi dan perubahan zaman, makhluk yang bernama jin akan sentiasa ada walaupun tak semua yang berbuat jahat kepada manusia.
Persoalannya, dekat mana sebenarnya jin ni tinggal?
Dalam hadis-hadis Rasulullah SAW secara jelas ada menyebut bahawa di dunia ini ada tempat-tempat yang memang menjadi ‘port’ kegemaran jin. Nak tau dekat mana? Jom semak.
Antara tempat kotor yang sering dihuni jin adalah seperti tandas dan tempat pembuangan sampah. Oleh kerana itu, sebelum masuk tandas pun ada bacaan doa yang perlu dibaca bagi melindungi daripada jin-jin ini.
Namun begitu, menurut sebuah hadis ada mengatakan bahawa tandas yang kotor didiami oleh jin kafir, manakala jin Muslim pula berada di tandas yang bersih.
Rasulullah SAW melarang umatnya kencing di lubang, sama ada lubang seperti sarang binatang atau yang seakan-akan dengannya kerana boleh mengganggu habitat dan menyakiti binatang tersebut.
Selain itu adalah kerana lubang juga merupakan tempat tinggal jin.
Tempat ini disukai jin kerana persekitarannya sunyi dan jauh daripada umat manusia yang ramai.
Dalam hadis yang diriwayatkan Ibnu Majah dan Imam Ahmad, Rasulullah SAW membolehkan umatnya solat di kandang kambing namun melarang solat di kandang unta.
“Janganlah kalian solat dalam kandang-kandang unta kerana di sana terdapat syaitan, solatlah di kandang biri-biri kerana dia membawa berkat,” (HR Muslim, Abu Dawud dan Ibnu Majah).
Jin juga suka tinggal di pasar sebagaimana hadis sahih Muslim, terutama pasar yang banyak mempraktikkan penipuan dan sikap tidak jujur.
Jin kafir suka tinggal di laut. Malah, tempat iblis juga berada di lautan seperti yang tertulis pada hadis dalam sahih Muslim.
Jin yang tinggal di rumah manusia mungkin kerana tiga sebab ini iaitu yang pertama, manusia tersebut memang memelihara hubungan dengan jin.
Kedua, tidak sengaja mengundang kehadiran jin kerana kelakuan anggota keluarga mengundang jin, misalnya perbuatan syirik dan maksiat.
Ketiga, jin memang sudah ada di dalam rumah tersebut tanpa di undang. Ada jin yang tinggal untuk mengganggu keamanan rumah tangga penghuni rumah, namun ada juga jin yang hanya ‘menetap’ di situ tanpa mencampuri urusan dunia manusia.
Kadang-kadang ada juga kita dengar tentang kisah orang yang tidur di masjid berubah kedudukan kerana dipindahkan oleh jin tanpa sedar.
Maka, ini jelas menunjukkan bahawa mungkin jin memang wujud di dalam masjid, lebih-lebih lagi jin Muslim yang ingin menunaikan solat di masjid.
“Wahai Rasulullah SAW izinkanlah kami (para jin) untuk turut melaksanakan solat dengan cara berjemaah bersama di masjid mu.” Kemudian Allah menurunkan firmanNya, “Dan sesungguhnya masjid-masjid itu milik Allah, dan jangan sampai kalian menyembah seorang pun di dalamnya di samping menyembah Allah,” QS. Jin ayat 18 HR Ibnu Abi Hatim.