8 Tip Jumpa Keluarga Si Dia Buat Kali Pertama, Apa Yang Perlu Korang Buat?

Share

 

Perkara yang paling mendebarkan pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga adalah apabila perlu berjumpa dengan bakal keluarga mertua. Mana tidaknya, satu hari nanti mereka juga akan menjadi sebahagian daripada keluarga korang.

Untuk mengelakkan rasa gugup atau janggal, berikut merupakan beberapa tip yang korang boleh buat sekiranya mahu berjumpa dengan keluarga bakal mertua nanti.

 

1. Plan

Perkara paling penting tetapi ramai yang lupa. Faktor masa ini adalah perkara paling penting kerana ini akan menentukan keadaan dan suasana pertemuan itu.

Elakkan pertemuan secara mengejut. Pilihlah waktu seperti hari raya, kenduri kahwin saudara atau sewaktu dengannya. Kalau nervous, jumpa waktu petang untuk sesi hi-tea adalah yang terbaik.

2. Pakaian sopan

Bagi perempuan, jangan pakai ketat-ketak ya. Pilih pakaian yang sopan dan ikut keselesaan masing-masing. Baju kurung antara pilihan yang terbaik. Bagi lelaki pula, jangan lupa potong rambut dan kemaskan misai serta janggut. Jangan pakai baju gambar tengkorak pula, pilih yang senonoh sikit. Hiks!

3. Bawa buah tangan

Cukup sekadar bawa buah-buahan atau kuih-muih seperti kek untuk membuatkan mereka rasa dihargai. Tak perlu nak beri set tudung mahal atau telekung Siti Khadijah, bukan masanya sekarang sebab nanti mereka fikir korang nak ‘beli’ mereka pula.

4. Pandai bersembang dan mesra

Bila dah sampai rumah mereka, janganlah senyum sahaja dari awal sampai balik. Gurau-gurau la sikit dan buat aktiviti dengan keluarganya. Ini juga antara tip untuk hilang gugup.

Elakkan berbual perkara-perkara sensitive seperti politik dan jangan bercerita tentang kehebatan diri korang. Sentiasa menjadi pendengar terbaik ketika berbual dengan mereka.

5. Selitkan pujian

Waktu berbual tu selitkan sedikit pujian, contohnya memuji masakan bakal mak mertua. Confirm mak mertua happy dan ajak korang datang lagi ke rumahnya. Hiks!

Kalau korang tak biasa dengan makanan yang dimasak oleh bakal mak mertua, nak tak nak korang kena belajar juga makan makanan tersebut kerana nanti bila dah kahwin, kalau korang dapat masak macam mak mertua, mesti suami pun happy.

6. Ringan tulang

Bagi perempuan, lepas makan janganlah berat tulang nak bersihkan pinggan mangkuk. Tak salah sekiranya korang masuk dapur dan tolong cuci apa yang patut. Waktu inilah masa yang tepat untuk korang kenal bakal mak mertua dengan lebih rapat.

7. Ada pengetahuan agama

Terutamanya yang lelaki, jangan sampai bakal mertua suruh doa makan, korang ternganga pula. Kalau nasib tak berapa baik, disuruh ke depan untuk jadi imam dalam solat. So, bersedia ya!

8. Berkenalan dengan bakal adik beradik ipar

Jangan buat muka sombong dan ambil peluang untuk kenal adik-beradik pasangan dengan lebih rapat kerana bila kita dah kahwin, bukan hanya kahwin dengan pasangan tetapi seluruh keluarganya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk membantu segala kekusutan dan kegusaran korang. Hiks!

Sumber: Twt Wedding

Published by
Noor Ain Norman