8 Trik Hilangkan Kedutan Pakaian, Baru La ‘On’ Nak OOTD Masa Travel

Share

Salah satu benda yang sangat penting bila travel dan tak travel ialah baju atau pakaian. Especially korang yang suka sangat ambik gambar dan OOTD.

Tapi tak semua hotel atau guest house ada disediakan iron tau! Especially kalau travel ke Jepun. Kalau ada, itu dikira bonus…

Jangan risau, REMAJA telah menjumpai solusi bagi menyelesaikan masalah-masalah yang sentiasa membuatkan wanita terutamanya pening kepala.

Jom kita lihat beberapa tip  mudah yang boleh dijadikan rujukan buat kamu semasa travel di luar kawasan.

1. Flat iron

Ha, wanita selalunya memang bawa flat iron ni kemana-mana kerana saiznya yang lebih kecil. Caranya, letakkan flat iron ini pada suhu yang sederhana dan kepit kan pada bahagian baju yang berkedut itu selama beberapa saat.

Pastikan iron tidak mempunyai rambut atau produk rambut yang melekat pada permukaan atasnya. Ini boleh merosakkan pakaian kamu. Cara ini juga tidak sesuai digunakan pada fabrik pakaian yang lembut dan nipis.

2. Air + Cuka

Campurkan cuka semula jadi dengan air paip dalam sukatan 1 : 3, tuangkan sukatan tersebut pada bekas penyembur air (spray bottle), dan goncangkan.

Selepas itu, semburkan pada bahagian kedutan pakaian.

3. Wap dari cerek panas

Jika kamu tidak mempunyai steamer pakaian, cerek air juga dilihat boleh menjadi alternatif untuk masalah ini.

Panaskan cerek di atas dapur, apabila ia mula mendidih, dan hala kan pakaian pada wap yang keluar pada cerek panas tersebut kira-kira 20 sentimeter daripada muncung cerek.

4. Hair dryer

Alat pengering rambut boleh bertindak menjadi seterika pakaian pada waktu-waktu kecemasan. Set kan pengering rambut pada suhu yang paling tinggi dan arahkan kepada kesan kedutan di pakaian tersebut.

5. Shower steam

Hidupkan air mandian panas di dalam bilik air dan gantungkan pakaian yang berkedut tadi paling hampir pada arah pancutan air panas tersebut.  Pastikan air tidak terpercik pada pakaian.

Tutup semua tingkap dan pintu, tunggu sehingga beberapa minit.

6. Tuala basah

Letakkan pakaian pada permukaan yang rata, seperti di papan seterika atau meja. Tutup kesan kedutan tersebut dengan tuala basah, dan tekankan dengan kuat menggunakan tangan kamu.

Kemudian, biarkan pakaian tersebut sehingga kering.

7. Periuk panas

Didihkan air dalam periuk sehingga menggelegak, kemudian buangkan air panas tersebut. Ambil periuk tersebut dan tekupkan bahagian bawah periuk pada pakaian berkedut.

Lakukan seperti kamu menggunakan seterika kerana fungsinya adalah sama.

8. Kiub ais


Tetapkan mod pengeringan pada mesin basuh dan letakkan pakaian berkedut maksima sebanyak lima helai. Tambah beberapa kiub ais dan on kan mesin basuh.

Biarkan selama 10 minit dan pakaian tadi akan sempurna seperti diseterika. Hal ini terjadi kerana ais yang lebur ketika disejatkan akan mewujudkan wap yang menghilangkan kedutan.

So lepas ni tak perlu la risau baju berkedut nak OOTD kalau travel ke luar negara. Selamat mencuba!

 

Published by
Nana