80 % Penonton Tak Solat Maghrib Kerana Menonton Bola? Ini Cadangan Brainy Bunch Kepada Penganjur

Share

Semalam telah berlangsung perlawanan akhir antara Malaysia menentang Vietnam dalam Piala AFF Suzuki 2018 di mana berkesudahan seri 2-2.

Selain isu ulat tiket yang menyakitkan hati di mana puluhan ribu yang beratur di stadium tapi yang dapatnya lebih sikit kerana wujud kroni atau ulat tiket yang mampu mendidihkan darah peminat bola tapi kalau sebut isu tentang semangat cintakan negara, peminat bola boleh diletakkan nombor satu di depan.

Tapi di sebalik perlawanan bola semalam, ada beberapa isu yang patut diberi perhatian serius khususnya oleh umat Islam sendiri kerana ini soal kita di akhirat dan apa yang perlu dijawap di hadapan Allah kelak.

Tidak dinafikan ada yang bersolat Maghrib namun dikatakan lebih 80 peratus dari 95 peratus umat Islam yang berada di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam dikatakan tidak solat (kalau musafir dan dari negeri luar dari KL boleh dimaafkan sebab boleh jamak ke Isyak tapi kalau sengaja) seperti pemerhatian dari CEO/ Founder Tadika Brainy Bunch yang turut hadir satu bas ke stadium semalam.

Suasana sekitar solat Maghrib di Stadium Bukit Jalil malam tadi yang diimamkan oleh Ustaz Muhammad Saidul bin Marjuni, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Unit Falak, Pejabat Mufti WP.
Lebih 80 ribu penonton semalam tapi jumlah yang solat boleh dikira. Moga teguran ini menjadikan kita lebih baik. Tahniah pada yang tak tinggalkan tiang agama ini.

Walau pun ini isu”kubur kau kubur aku” dan kerana kubur masing-masing tapi cadangan ini memang patut diberi perhatian serius oleh pihak penganjur.

Kalau tengok di Makkah pun, kurang 10 minit azan berbunyi semua urusan perniagaan di hentikan. Kalau kata Makkah tu jauh sangat, contohi pengurusan dibuat oleh Kelantan dan Terengganu yang meminta peniaga menghentikan perniagaan mereka saat azan berkumandang.

Bukan lama sangat pun cuma 10 minit dan kalau solat Jumaat lebih panjang sebab nak beri peluang lelaki bersolat Jumaat. Kan baik begitu.

Keputusan berakhir dengan seri semalam dan diharap Malaysia mendapat kelebihan gol ketika perlawanan di Vietnam pada 15 hb nanti.
Perlawanan akhir semalam turut dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Hasmah yang hadir memberi sokongan buat pasukan negara
Perlawanan semalam memang mendebarkan kerana Vietnam mendahului 2-0 sebelum Harimau Malaya bangkit menyamakan kedudukan

Jom baca apa pandangan dari CEO/ Founder Tadika Brainy Bunch, Fadzil Hashim ini tentang cadangannya untuk penganjur seperti ditulisnya di fb miliknya. Yang baik better kita ikutkan, sebab solat ini wajib dan tiang agama.

Satu nasihat REMAJA, jangan sentap pulak. Tapi ini teguran yang baik khususnya untuk beragama Islam. Semangat pun semangat jugak tapi team REMAJA sendiri pergi masa separuh akhir perlawanan bola Piala AFF Suzuki Cup 2018 dan  kenyataan ramai tak solat adalah TEPAT & BENAR. Ini pemerhatian  sendiri ya, depan-depan mata.

Pelbagai ragam dan aksi penonton yang hadir semalam di Stadium Nasional Bukit Jalil. Gambar fb Mohd Fadzil

Cerita bolasepak Malaysia lwn Vietnam dan hubung kait dengan Tadika Brainy Bunch

Alhamdulillah! semalam kami pergi satu bas dari Brainy Bunch untuk memberi sokongan kepada pasukan Harimau Malaya kita. InShaAllah sedang berusaha untuk mendapatkan tiket untuk ke Vietnam pulak.

Saya tak mahu komen pasal permainan sebab dah banyak kupasan menarik dibuat oleh pelbagai media.

Saya hanya ingin membawa beberapa pemerhatiaan umum penyokong-penyokong Harimau Malaya dan ada hubung kait dengan perjuangan Tadika Brainy Bunch.

Boleh dikatakan hampir 95% ekor yang hadir terdiri daripada bangsa Melayu yang pastinya Islam. Tetapi melihat kepada jumlah yang menunaikan solat Maghrib, saya merasakan kita semua harus berbuat sesuatu. Semangat cintakan negara adalah bagus tetapi ianya harus didasari dengan iman dan taqwa.

Saya tidak mempunyai data khusus berapa ramai yang tidak solat, tetapi melalui pemerhatian kasar mungkin lebih dari 80%.

Lebih 80 ribu penonton hadir semalam memberikan sokongan buat Harimau Malaya. Gambar dari FB Mohd Fadzil

Tulisan ini bukan mahu memperkecilkan sesiapa tetapi lebih kepada ingin menyarankan apa yang sewajarnya kita lakukan untuk mengurangkan peratusan ini.

Antara matlamat utama penubuhan Brainy Bunch adalah untuk melahirkan anak-anak yang tidak tingal solat 5 waktu.

Cadangan saya kepada pengajur mana-mana program yang dikuasai oleh orang Islam silalah berusaha seperti berikut:

  1. 5 minit sebelum masuk waktu, pengumuman persediaan untuk bersolat harus di lakukan. (khusus untuk waktu Maghrib sebab masa yang pendek)
    2. Azan apabila masuk waktu
    3. Alangkah indah kalau semua player dan petugas padang solat berjemaah di atas padang atau tepi bagi mempromosi solat.
    4. Penyediaan wudhu spray dan sejadah/plastic yg secukupnya.

Negara kita majoritinya adalah ummat Islam dan solat merupakan tiang agama. Kalau solat terjaga, inshaAllah hidup kita dan negara kita akan lebih diberkati.

Semoga bermanfaat.

Sila like dan share!

Fadzil Hashim
CEO & Founder of Brainy Bunch
#iambrainybunch #iamfadzilhashim #harimaumalaya#jangantinggalsolat5waktu

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros