Kecoh ‘Teknik’ Cegah Hamil Dengan Coke, Sebenarnya Ia Tak Efektif Dan Boleh Bahayakan Alat Kelamin

Share

Rentetan isu viral tentang budak Wechat yang ditipu hidup-hidup oleh seorang perogol mendapat perhatian meluas daripada netizen yang menyelar tindakan terkutuk itu.

Seorang wanita telah menceritakan kisah remaja yang terlanjur dengan kenakalan budak wechat dan akibat daripada itu, gadis itu telah dirogol dan sempat juga si perogol memberi mangsa tersebut minum air berkarbonat kononnya untuk mematikan sperma.

Nah, tergelak juga kalau dengar statement ni tetapi jangan terkejut jika ada segelintir masyarakat di luar negara juga menganggap bahawa air berkarbonat sangat berkesan untuk mengawal kehamilan.

 

Masyarakat mempercayai bahawa nilai asid dalam minuman ringan tersebut dapat membunuh sperma dan gula dalam kandungan air itu mampu untuk meletupkan sel-sel sperma.

Selepas melakukan seks, seorang gadis akan meletakkan air Coke di dalam vagina. Arrggh tak boleh nak bayangkan kalau ada yang sanggup buat sampai macam tu sekali.

The Truth
Memang benar air coke mempunyai banyak manfaat selain hanya sekadar air minuman. Namun, tiada bukti saintifik yang menerangkan bahawa minuman ini mampu mencegah kehamilan.

Coke boleh digunakan untuk mencuci periuk sebagai alat pengilat dan ada juga yang menggunakannya untuk menghilangkan kesan gam y ang melekat pada rambut.
Paling penting, harus anda tahu bahawa air minuman berkarbonat bukan berfungsi sebagai alat cegah kehamilan.

Sperma yang keluar ketika melakukan hubungan seksual adalah sangat laju berenang ke saluran serviks dan ini bermakna, jika ada yang menggunakan kaedah ini dengan tujuan untuk menghalang kehamilan, ianya sudah terlambat.

 

Cara membilas dengan air coke ini juga mempunyai kesan negatif yang boleh mengancam nyawa. Sekiranya air coke dapat membersihkan kesan karat pada bahan logam, bagaimana ia bertindak kepada tisu sensitif pada vagina?

Coke boleh merosakkan lapisan-lapisan sel dan wanita lebih cenderung untuk dijangkiti penyakit kelamin (STD).

Selain itu, kadar gula y ang tinggi dalam kandungan air tersebut juga boleh menyebabkan yis dan bakteria pada vagina.

Erkk, ngeri!

Oleh itu, fahamkan dengan baik dan jangan mudah terpedaya dengan bualan-bualan daripada orang ramai.

Sumber: stayteen.org

Published by
Shahar Najmi