860,000 Dijangka Menganggur Tahun 2020, Ini 7 Cara Senang Buat Duit

Share

Tahun lepas ketika berlaku penurunan harga minyak di pasaran, ramai yang gembira membayarnya pada harga yang murah untuk bahan bakar api tersebut. Walau ada pakar memaklumkan ia petanda tidak baik untuk ekonomi namun ramai menganggapnya hanya seketika berikutan ketika itu COVID-19 belum diumumkan sebagai pandemik lagi.

Namun memasuki bulan demi bulan, jelas kelihatan ekonomi mulai mengalami penyusutan dan semakin lama semakin ramai dibuang kerja, diberi cuti tanpa gaji dan lain lagi sekaligus menyaksikan bagi tahun 2020 ini, hampir sejuta orang akan menganggur.

Laporan Sinar Harian, kadar pengangguran di negara ini dijangka akan meningkat kepada 5.5 peratus atau lebih 860,000 orang penganggur sepanjang tahun 2020.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dengan mengambil kira situasi yang mencabar ini, ekonomi Malaysia dijangka menguncup pada suku kedua tahun ini berikutan usaha pembendungan penularan wabak koronavirus (Covid-19) yang masih dijalankan di peringkat global dan dalam negara.

"Saya ingin mengambil sikap berterus-terang dengan saudara dan saudari semua mengenai kedudukan ekonomi negara kita. Seperti negara-negara lain, Malaysia juga menghadapi cabaran yang agak getir.

"Kadar pengangguran di Malaysia adalah di paras 3.9 peratus atau sekitar 610,000 orang pada bulan Mac 2020," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan Perutusan Khas Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek yang disiarkan secara langsung di beberapa stesen televisyen tempatan dan media sosial di sini hari ini.

Walau kadar ini menakutkan, tapi percayalah rezeki Allah ada di mana-mana. Ini cara korang boleh buat untuk tambah income ya.

Buat Freelance

Bagi graduan yang menganggur, masih ada cara cara dapat duit ya. Kalau korang ada kemahiran dalam komputer terutama grafik design, SEO, web design, perhubungan awam dan sebagainya, memang sesuailah korang ceburi untuk buat part time untuk kerja begini. Kena usaha dan bagi mereka yang buat bisnes, biasanya akan mencari individu ada kemahiran ini. Kata orang dapat duit “one off”. Bakat yang korang ada tu boleh show off ke media sosial.

Jadi Guru tuisyen

Dulu ramai orang cakap, dapat masuk U mesti budak bijak. Jadi kebanggaan satu kampung. Kenduri besar-besaran. Tapi sekarang, “title” tu tak berubah pun, still budak bijak lagi kerana bukan semua orang dapat masuk U pun. Tapi bezanya sekarang terlampau banyak budak lepasan universiti sebab ada banyak universiti awam dan swasta beroperasi. Disebabkan bijak, maka korang boleh jadi tenaga pengajar di pusat tuisyen, ajar di rumah, online tuturial (semuanya kan di hujung jari) dan banyak lagi cara mudah terutama dalam bab pendidikan ini.

Buat survey @ survey online

Pernah dengar tak pasal kerja survey ini? Biasanya sebelum sesuatu produk keluar di pasaran, satu survey akan dilakukan. Bayarannya boleh tahan, ada ketika RM120, RM200 dan beberapa lagi (ikut syarikat tersebut) untuk tempoh beberapa jam saja. Duit akan dibayar terus ketika itu juga selepas selesai. Bagi kerja ini, biasanya kita akan diarahkan pergi ke lokasi ditetapkan. Jawap saja survey dan selepas itu korang boleh balik dengan senang hati.Satu lagi, ada survey online. Dari pusing-pusing, ikut apa survey nak, dah boleh buat duit.

Jual lebihan baju @ koleksi yang masih elok tapi dah tak guna

Korang tengok tak bagaimana bisnes Mudah.my. Banyakkan orang masuk ke web ini mencari barangan (ada ketika sampai kena tipu terutama bab beli telefon bimbit. Duit hangus tapi barang tak dapat pun). Tapi kita boleh gunakan medium platform ini untuk cari duit tambahan terutama baju atau barangan yang elok tapi kita dah tak nak guna. Satu je nak nasihat, jangan tipu orang semasa jual beli ini. Haram jadinya.

Sewakan ruang bilik kosong @ rumah anda

Ini mungkin dilihat satu keputusan kurang popular tetapi dari anda membayar pada bank sepenuhnya, apa kata sewakan satu bilik pada orang lain. Tapi sebelum itu, pastikan penyewa tahu rang undang-undang yang anda tetapkan dan masa yang sama ruang kepercayaan anda kepada penyewa mesti tinggi. Bukan mudah menerima orang lain dapat kehidupan anda tapi kalau ia satu keputusan baik, kenapa tidak?

Jadi personal shopper

Pernah dengar inikan. Untuk menjadi personal shopper bukan terlalu susah kerana minat dan pasaran pelbagai. Tapi korang akan selalu travel untuk membeli barang yang ditempah pengguna. Tengok saja bagaimana personal shopper membuat duit. Selain dapat berjalan, dapat juga keuntungankan.

Berniaga kecil-kecilan

Jangan malu ya untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Tak kisah berniaga air, makanan dan sebagainya. Paling penting rezeki halal ya.

Published by
Almaswa Haji Che Ros