9 Aksi Gambar Orang Suka Post Tapi Gaya Ini Dibenci Pengguna Media Sosial, Kenapa Selfie No 1…

Share

Sudah menjadi lumrah, ramai orang gemar memuat naik foto percutian mereka sebagai tanda kenangan. Ada berbagai gaya dan cara bergambar bagi menggambarkan keseronokan yang sedang dialami ketika percutian itu.

Sesetengahnya beranggapan, itulah gaya gambar terbaik dan memberikan kenangan manis apabila pulang semula ke rumah. Biasanya gambar-gambar ini akan di “post” ke facebook, Instagram, twitter untuk mendapat tanda suka dan komen dari rakan-rakan yang mengenali.

Tapi di sebalik keghairahan memuat naik gambar ke ruang peribadi, ada sesetengah gaya gambar sebenarnya sangat tidak mendapat tempat di hati pengguna media sosial lain. Satu penelitian yang dilakukan oleh agensi kapal persiaran mewah di London, Bolsover Cruise Club telah menjalankan kaji selidik gaya gambar paling tidak disukai netizen dan boleh mendatangkan kritikan buat mereka.

Jom tengok gaya gambar bagaimana paling tidak disukai oleh netizen media sosial?

Selfie – Berita buruk untuk mereka yang suka selfie, kalau selama ini korang rasakan inilah aksi paling best sebab tangakap gambar sendiri, tetapi gaya  inilah dianggap paling buruk oleh netizen kerana aksi-aksi  dan anglenya. 34 peratus dari mereka yang ditemubual mengatakan tidak suka melihat foto selfie orang yang sedang berlibur. Gaya ini dianggap sebagai tidak kena dan tidak sesuai tetapi gaya inilah paling selalu di muat naik di media sosialkan. Hurmm, apa pandangan korang mengenainya?

Gaya kaki – Selalu ada aksi gaya kaki sajakan. Sama ada tengah berjemur di tepi pantai dan lokasi-lokasi lain. Tapi inilah aksi gambar paling tidak disukai juga.

Pasangan pamer kemesraan – Ok, inilah aksi ketiga yang tidak suka dilihat di kalangan netizen terutama bagi pasangan yang sering mempamerkan kemesraan dengan aksi melampau. 17 peratus netizen mengakui merasa “intimasi” dengan pose ciuman bersama pasangan. Ok, tak tahulah apa pandangan korang tentang ini pula!

Pura-pura candid – Haha, ini antara aksi yang selalu adakan. Pose depan cermin dan kemudian refleks diri sendiri. Seolah-olah itulah tanda paling macho dan cun habis. Biasa buat bila ke gym dan selepas bersenam. Konon nak tengok apa perubahan pada bentuk badan atau yang suka nak tunjuk cantik. Kata netizen, mereka tidak kisah jika gambar itu betul-betul candid tetapi yang mereka tak suka dan benci ialah sikap berpura-pura itu.

 

Gambar tunjuk @ pegang bangunan – Ini juga antara aksi selalu dibuat oleh kebanyakan mereka yang bercuti. Gambar pegang matahari, pegang bangunan dengan hujung jari telunjuk, seolah-olah bangunan atau objek itu ada berdekatan dengan gambar.  Sebanyak 14 peratus netizen merasakan mereka terasa terganggu dengan jari telunjuk itu yang mana ia menutup kecantikan sebenar gambar yang ingin dirakamkan. Wow, kita ingatkan dah amazing dapat peluk atau tunjuk bangunan tapi rupanya orang tak suka aksi tu.

Gaya melompat ke udara – Saat matahari nak terbenam, kita akan buat aksi lompat khususnya di tepi pantai. Buat pula ramai-ramai, ada yang boleh lompat tinggi tak kurang juga separuh darinya.  Tapi rupanya gaya ini dianggap sudah konvensional kerana 11 peratus netizen tidak menyukai aksi ini semasa percutian.

Gaya 7 -9 – Gaya lain tidak disukai ialah aksi pose pura-pura menjauhi kamera, menulis nama atau sesuatu di atas pasir dan terakhir ialah bergambar di ikon tempat perlancongan seperti bangunan dan patung.

Cool je kan bila tengok view begini…Ini gambar di Grand Canyon

Tapi ada gambar paling disukai oleh netizen. Foto pemandangan adalah foto paling suka dilihat oleh pengguna media sosial kerana ia mengundang pelbagai perasaan. Sama ada mengkagumi, menghargai dan berbagai perasaan lagi.

Tak kisahlah apa aksi dan gaya gambar yang korang nak muat naik di media sosialkan, asalkan dengan niat bukan untuk mendapat banyak like sebaliknya adalah untuk kepuasan diri sendiri.

 

 

 

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros