Sebentar tadi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan pengumuman Perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah ditukar ke Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) telah mengumumkan beberapa berita gembira buat rakyat Malaysia yang sudah tiga bulan mematuhi PKPB.
Mulai 10 Jun 2020 sehingga 31 Ogos 2020, rakyat Malaysia sudah boleh merentas negeri dan perlu mengikut segala SOP yang telah ditetapkan seperti menggunakan hand sanitizer, memakai penutup mulut, menjauhi tempat sesak dan lain lagi.
Malah mulai 10 Jun itu lagi, sudah banyak aktiviti dibenarkan termasuk perkhidmatan gunting rambut, perniagaan pasar malam, pasar pagi, bazaria, medan selera, food truck dan gerai makan juga sudah dibenarkan dibuka.
Ads
Selain itu aktiviti komersial yang melibatkan urus niaga juaan dan pemasaran bukan dalam premis perniagaan juga dibenarkan . Ini termasuklah lawatan ke Muzium, indoor busking, dobi layan diri, aktiviti perikanan reaksi termasuk kolam pancing komersial dan penggambaran filem. Mesyuarat dan bengkel juga dibenarkan dengan syarat mematuhi sepenuhnya protokol kesihatan dan mengoptimumkan ruang.
Dalam aktiviti sukan dan reakrasi, semuanya sudah dibenarkan dilakukan kecuali pertandingan sukan atau permainan yang melibatkan perhimpunan penyokong atau penonton yang ramai seperti di dalam stadium, sukan renang, kolam renang awam dan sukan bersentuhan seperti gusti, rugby, tinju, bola sepak, bola keranjang dan hoki.
Ads
Begitu juga sambutan aidilfitri dibenarkan di mana orang ramai boleh meraikannya di kampung halaman masing-masing.
Menurut Perdana Menteri dalam perutusan tadi juga, walaupun beliau memberikan banyak kelonggaran, ini tidak bermakna tiada apa-apa lagi sekatan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengawal penularan COVID-19.
Ads
Beberapa aktiviti atau sektor masih dilarang. Ini termasuk pub, kelab malam, pusat hiburan, pusat refleksologi, pusat karaoke, taman tema, perarakan keagamaan dalam jumlah yang ramai, kenduri kendara, rumah terbuka dan apa-apa aktiviti yang melibatkan kehadiran orang ramai yang bersesak di suatu tempat sehingga menyukarkan amalan penjarakan sosial dan pematuhan kepada SOP.
So ingat ya, ada beberapa hal masih dilarang dan tidak dibuka sepenuhnya kerana kita kena ingat penawar COVID-19 masih belum ditemui.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kes positif baharu pandemik Covid-19 di Malaysia setakat semalam dilihat amat membimbangkan. Jumlah 260 dengan 259 kes tempatan membuatkan rakyat negara ini mulai panik dengan keadaan semasa.
Kewujudan kluster-kluster baru terutamanya di Sabah menambahkan kerisauan kerana ramai yang pulang ke negeri tersebut berikutan Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.
Dan semalam juga seramai 600 murid Sekolah Kebangsaan Permatang Janggus, Penaga, Pulau Pinang terdiri dari tahun 1 hingga 6 diarah menjalani ujian saringan COVID-19 atau swab test gara-gara seorang guru di sekolah itu dilaporkan positif COVID-19.
Sekolah Kebangsaan Permatang Janggus, Penaga, Pulau Pinang turut diarah ditutup sehingga 8 Oktober ini. Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang (JPN) negeri Abdul Rashid Abdul Samad memaklumkan arahan penutupan tersebut dibuat bagi membendung penularan wabak COVID-19 dikawasan berkenan.
Abdul Rashid berkata ketika ini pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang melakukan ujian saringan COVID-19 (swab test) untuk semua murid guru dan juga kakitangan sekolah berkenaan.
Sebab Politik Pelajar Jadi Mangsa
Namun, gambar-gambar pelajar sekolah yang menahan sakit ketika di swab test mengundang kemarahan para netizen. Rata-ratanya menyalahkan ahli politik sehingga trending di laman Twitter dengan #PoliticiansPuncaVirus
Pihak sekolah juga memaklumkan semua murid menjalani ujian dan mereka perlu dikuarantinkan dirumah.
Terus jaga SOP
Sehubungan dengan itu, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah menasihati orang ramai supaya kekal berada di rumah jika tiada urusan penting.
Pihak KKM juga berpesan agar semua pihak tidak ambil mudah dengan wabak ini kerana virus tersebut masih berlegar dalam komuniti kita.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ketika dunia bergelut dengan penularan pandemik Covid-19, mungkin terdapat hikmah tersembunyi untuk alam sekitar.
Sejak kegiatan manusia banyak terhenti, terdapat pelbagai berita yang menunjukkan peningkatan kualiti alam sekitar.Kebanyakan negara di seluruh dunia melaporkan perairan atau sungai mulai kelihatan bersih manakala hidupan di dalamnya mula kelihatan.
Malaysia tidak terkecuali apabila viral di media sosial apabila ramai pengguna Twitter yang berkongsi gambar Sungai Melaka yang semakin jernih hingga jelas kelihatan ikan berenang-renangan dari dasarnya setelah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama lebih sebulan sejak 18 Mac lepas.
Sungai Melaka yang sememangnya terkenal dengan aktiviti pelancongan seperti Melaka River Cruise sebelum ini pernah berdepan dengan tahap pencemaran yang teruk hingga menyebabkan air sungai berwarna gelap, busuk dan terdapat banyak bangkai ikan ditemui terapung.
Sungai Melaka dah kembali jernih. Tahniah orang Melaka. Teruskan duduk rumah sampai bila-bila. pic.twitter.com/YXk8pzoxqN
Namun kini sejak penularan pandemik COVID-19 hingga memaksa aktiviti pelancongan dihentikan dan rakyat duduk di rumah — nampaknya memberikan satu perubahan positif terhadap Sungai Melaka yang dilihat semakin ‘sihat’, meskipun ada juga yang mendakwa situasi air jernih itu sudah bermula sejak sebelum PKP lagi.
Diharap semoga kejernihan Sungai Melaka ini akan berkekalan meskipun selepas tamatnya tempoh PKP nanti. Jangan buang sampah merata-rata dan marilah kita jaga kebersihan sungai bersama-sama!
Ya, mungkin bumi memerlukan masa ‘rehat’ dan sekurang-kurangnya ini adalah berita positif yang kita terima.
Klip video yang menunjukkan salji turun di kawasan dalam Masjidil Haram di tanah suci Mekah telahpun tular pada awal tahun baru lantas mengejutkan ramai warganet.
Biarpun kejadian salji dan cuaca sejuk bukanlah satu perkara yang pelik di Arab Saudi, ia selalunya berlaku di kawasan pergunungan di bahagian tengah dan utara Arab Saudi semasa musim sejuk.
Ramai yang tidak mengetahui akan fenomena ini memandangkan ia tidak selalu dilaporkan oleh media antarabangsa.
Namun, kejadian salji di tengah-tengah kota Mekah dan di dalam kawasan Masjidil Haram jarang sekali disaksikan. Justeru tidak hairanlah apabila warganet pantas merasa terkejut dan berkongsi semula klip berdurasi 55 saat di YouTube itu di platform media sosial lain.
Dalam video klip tular itu, sebahagian jemaah dilihat sedang menikmati cuaca salji dengan merakamkan ‘momen salji’ tersebut menggunakan telefon pintar masing-masing. Turut kelihatan, pegawai masjid yang memegang payung seolah-olah bagi melindungi diri daripada ‘salji’ yang sedang turun.
Sorry to disappoint you guys tetapi klip tular itu hakikatnya adalah palsu!
Menurut jabatan kaji cuaca Arabia Weather (Sinan Khalaf), video itu telahpun disunting menggunakan teknik ‘filter’ dan tiada fenomena salji dilaporkan di masjid berkenaan.
Ia juga telah disahkan palsu oleh Jabatan Meteorologi Kebangsaan (NMC) Arab Saudi.
Ini kerana suhu di Mekah pada minggi ini mencecah 30 darjah Celcius dan mustahil untuk salji turut.
Malah katanya, rantau ini (kawasan Masjidil Haram) juga tidak bersedia dari aspek iklim untuk salji; berlainan dengan kejadian hujan di Mekah yang dilaporkan normal.
Terdahulu, REMAJA pernah melaporkan tentang fenomena salji di Gunung Kinabalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...