Sebentar tadi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan pengumuman Perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah ditukar ke Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) telah mengumumkan beberapa berita gembira buat rakyat Malaysia yang sudah tiga bulan mematuhi PKPB.
Mulai 10 Jun 2020 sehingga 31 Ogos 2020, rakyat Malaysia sudah boleh merentas negeri dan perlu mengikut segala SOP yang telah ditetapkan seperti menggunakan hand sanitizer, memakai penutup mulut, menjauhi tempat sesak dan lain lagi.
Malah mulai 10 Jun itu lagi, sudah banyak aktiviti dibenarkan termasuk perkhidmatan gunting rambut, perniagaan pasar malam, pasar pagi, bazaria, medan selera, food truck dan gerai makan juga sudah dibenarkan dibuka.
Selain itu aktiviti komersial yang melibatkan urus niaga juaan dan pemasaran bukan dalam premis perniagaan juga dibenarkan . Ini termasuklah lawatan ke Muzium, indoor busking, dobi layan diri, aktiviti perikanan reaksi termasuk kolam pancing komersial dan penggambaran filem. Mesyuarat dan bengkel juga dibenarkan dengan syarat mematuhi sepenuhnya protokol kesihatan dan mengoptimumkan ruang.
Dalam aktiviti sukan dan reakrasi, semuanya sudah dibenarkan dilakukan kecuali pertandingan sukan atau permainan yang melibatkan perhimpunan penyokong atau penonton yang ramai seperti di dalam stadium, sukan renang, kolam renang awam dan sukan bersentuhan seperti gusti, rugby, tinju, bola sepak, bola keranjang dan hoki.
Begitu juga sambutan aidilfitri dibenarkan di mana orang ramai boleh meraikannya di kampung halaman masing-masing.
Menurut Perdana Menteri dalam perutusan tadi juga, walaupun beliau memberikan banyak kelonggaran, ini tidak bermakna tiada apa-apa lagi sekatan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengawal penularan COVID-19.
Beberapa aktiviti atau sektor masih dilarang. Ini termasuk pub, kelab malam, pusat hiburan, pusat refleksologi, pusat karaoke, taman tema, perarakan keagamaan dalam jumlah yang ramai, kenduri kendara, rumah terbuka dan apa-apa aktiviti yang melibatkan kehadiran orang ramai yang bersesak di suatu tempat sehingga menyukarkan amalan penjarakan sosial dan pematuhan kepada SOP.
So ingat ya, ada beberapa hal masih dilarang dan tidak dibuka sepenuhnya kerana kita kena ingat penawar COVID-19 masih belum ditemui.