9 Baju Raya Pilihan REMAJA Untuk Pemakai Yang Bersaiz Comel

Share

 

Selalunya, masalah yang dihadapi oleh kebanyakan pemakai bersaiz sedikit gempal atau comel ini adalah berkenaan potongan pakaian yang kurang menarik untuk saiz badan mereka.

 

Bukan tidak ada baju Raya bersaiz XL atau XXL di luar sana yang dijual siap sedia pada rak pakaian. Namun kebanyakan daripadanya tidak menunjukkan sisi badan mereka secara terletak.

At the end of the day, terpaksalah membeli kain dan menghantar tempahan pada si tukang jahit saja.

Itu dulu. Untuk tahun ini, penulis melihat ada kelainan yang ditunjukkan oleh pereka fesyen pada pertunjukan koleksi Zaloraya 2019.

Iya, ada imej baju yang bakal korang lihat ini dipakaikan pada tubuh model yang ramping. Namun, dengan potongan baju tersebut, ia boleh menonjolkan lagi sisi glamor korang semasa Raya kelak.

Kebaya Lace

Potongan kebaya moden ini mempunyai zip mudah pasang yang menyenangkan ‘kerja’ korang untuk menyarungnya. Lengan seakan bell sleeves mengimbangi bahagian kebaya di bawah dada, manakala kain sarungnya juga cantik dilipat. RM289 LUBNA

Kebaya Tied Knot

Kebaya zaman sekarang tak semestinya mempunyai perincian butang pada bahagian tengah. Konsep tie front dengan potongan lengan tiga suku ini sebenarnya membuatkan kebaya korang lebih ‘terletak’ pada tubuh. RM189 LUBNA

 

Kurung Moden Manuela

Juga seakan potongan tie front tetapi ia adalah dalam bentuk kurung moden. Apa yang penulis sukakan mengenai kurung ini adalah ia diinspirasikan daripada bahagian cekak baju Melayu dan mempunyai bahagian lengan menarik. Sarung duyungnya juga memberi impak lebih tinggi pada pemakai.  RM560 Syomirizwa Gupta

 

Kurung Moden BLANCA

Ini khas bagi korang yang menyukai warna monokrom tetapi masih mempunyai rekaan menarik. Sleeve flute panjangnya menjamin keselesaan si pemakai, dan penulis cukup gemarkan perincian butang pada bahagian hadapannya. Siapa kata simple
itu boring? RM490 Syomirizwa Gupta

Aisha Kaftan

Bagi penggemar jubah tetapi inginkan sesuatu yang lebih glamor, cuba potongan kaftan maxi dress ini. The best thing about it adalah ia boleh digayakan ke majlis-majlis lain pada masa akan datang. RM325 Tom Abang Saufi

Aisha Kimono Kurung

Ini pula adalah definisi remaja moden yang excited untuk beraya tetapi pada masa yang sama, tidak suka memakai baju kurung konvensional. Get it, get it? Pilihan 3 warna pada kurung satin ini menjadikannya lebih menarik perhatian. RM350 Tom Abang Saufi

Harlow Pocket Kurung

OMG, poket! Kurung labuh lace ini mempunyai neckline tinggi bagi memberikan ilusi bahu yang lebih lebar. Ia mempunyai butang dan zip pada bahagian belakang. Cantikkan! RM599 Syaiful Baharim

Kebaya Kaarina

Okay, jangan tertipu dengan gambar model ini! Koleksi debut Kylez for Syafiq Kyle sempena musim Raya ini mempunyai beberapa rekaan menarik untuk remaja hipster macam korang. Tetapi kebaya dengan corak Jacquard ini penulis rasakan bersesuaian dengan pemakai berbadan comel. RM199 Kylez for Syafiq Kyle

 

Kurung Crop

Lengan trumpet pada kurung moden ini adalah bahagian yang paling menonjol. But just look at the color! Ini adalah kurung paling tepat untuk korang yang akan ‘ligat’ di dapur nanti. RM265 Lubna
So mana satu favourite korang?

 

Published by
FZ