9 Bulan Menderita Angin Ahmar. Pengarah Filem & Pensyarah UiTM, Azhari Zain Meninggal Dunia

Share

Pengarah filem terkenal, Azhari Zain, 50, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas 9 bulan terlantar sakit akibat serangan angin ahmar. Allahyarham disahkan meninggal kira-kira jam 12 tengah malam tadi di kediamannya yang terletak di Sunway Suria, Shah Alam.

Pemergian Azhari disahkan sendiri oleh isterinya, Wahizatul Nureen Azmi yang lebih mesra dipanggil Nureen.

Mengimbau kembali ketika allahyarham mula-mula terlantar sakit , dia mengalami pendarahan kepala kritikal pada Februari lalu sehingga sukar menggerakkan kedua-dua belah tangannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Hebat, Nad Zainal Sedang Kritikal. Ditempatkan Di Unit Rawatan Rapi

Dua bulan kemudian setelah menunjukkan perkembangan positif dia dibenarkan pulang. Sepanjang tempoh itu allahyarham ada menerima rawatan alternatif seperti akupuntur dan urutan untuk memulihkan dirinya.

Azhari merupakan seorang pensyarah kanan di Fakulti Filem, Teater dan Animasi, Universiti Teknologi Mara Puncak Perdana telah mengerah puluhan dilem dan drama. Antara filem arahannya yang popular seperti Tangkai Jering, Potret Mistik dan Nana Tanjung.

Selain bergelar pengarah allahyarham juga merupakan seorang pelakon dan penulis. Beliau pernah berlakon dalam filem Situ & Tongga, Cicakman: Planet Hitam dan Magika.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fiezreen