Menjadi seorang wanita memang sentiasa inginkan kesempurnaan. Kalau baju berkedut, memang rasa tak nak keluar rumah.
Namun, kadangkala kamu mesti mengalami waktu-waktu tertentu tatkala ingin mendapatkan seterika tetapi tidak ada. Khususnya apabila pergi bercuti sebagai backpackers, dan hotel juga tidak menyediakannya.
Situasi-situasi ini sering dihadapi oleh wanita khasnya, kerana lelaki tidaklah secerewet mereka.
Jangan risau, REMAJA telah menjumpai solusi bagi menyelesaikan masalah-masalah yang sentiasa membuatkan wanita pening kepala.
Jom kita lihat beberapa tip mudah yang boleh dijadikan rujukan buat kamu semasa travel di luar kawasan.
1. Flat iron
Ha, wanita selalunya memang bawa flat iron ni kemana-mana kerana saiznya yang lebih kecil. Caranya, letakkan flat iron ini pada suhu yang sederhana dan kepit kan pada bahagian baju yang berkedut itu selama beberapa saat.
Pastikan iron tidak mempunyai rambut atau produk rambut yang melekat pada permukaan atasnya. Ini boleh merosakkan pakaian kamu. Cara ini juga tidak sesuai digunakan pada fabrik pakaian yang lembut dan nipis.
Ads
2. Air + Cuka
Campurkan cuka semula jadi dengan air paip dalam sukatan 1 : 3, tuangkan sukatan tersebut pada bekas penyembur air (spray bottle), dan goncangkan.
Selepas itu, semburkan pada bahagian kedutan pakaian.
3. Wap dari cerek panas
Jika kamu tidak mempunyai steamer pakaian, cerek air juga dilihat boleh menjadi alternatif untuk masalah ini.
Panaskan cerek di atas dapur, apabila ia mula mendidih, dan hala kan pakaian pada wap yang keluar pada cerek panas tersebut kira-kira 20 sentimeter daripada muncung cerek.
4. Hair dryer
Alat pengering rambut boleh bertindak menjadi seterika pakaian pada waktu-waktu kecemasan. Set kan pengering rambut pada suhu yang paling tinggi dan arahkan kepada kesan kedutan di pakaian tersebut.
5. Shower steam
Hidupkan air mandian panas di dalam bilik air dan gantungkan pakaian yang berkedut tadi paling hampir pada arah pancutan air panas tersebut. Pastikan air tidak terpercik pada pakaian.
Tutup semua tingkap dan pintu, tunggu sehingga beberapa minit.
Ads
6. Tuala basah
Letakkan pakaian pada permukaan yang rata, seperti di papan seterika atau meja. Tutup kesan kedutan tersebut dengan tuala basah, dan tekankan dengan kuat menggunakan tangan kamu.
Kemudian, biarkan pakaian tersebut sehingga kering.
7. Periuk panas
Didihkan air dalam periuk sehingga menggelegak, kemudian buangkan air panas tersebut. Ambil periuk tersebut dan tekupkan bahagian bawah periuk pada pakaian berkedut.
Lakukan seperti kamu menggunakan seterika kerana fungsinya adalah sama.
8. Kiub ais
Tetapkan mod pengeringan pada mesin basuh dan letakkan pakaian berkedut maksima sebanyak lima helai. Tambah beberapa kiub ais dan on kan mesin basuh.
Biarkan selama 10 minit dan pakaian tadi akan sempurna seperti diseterika. Hal ini terjadi kerana ais yang lebur ketika disejatkan akan mewujudkan wap yang menghilangkan kedutan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tular baru-baru ini apabila pelakon cantik popular, Nora Danish mengajak para peminat dan pengikutnya di media sosial untuk sama-sama menghafal salah satu surah di dalam Al-Quran iaitu surah Al-Mulk.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik semula oleh peminat, tindakan Nora Danish atau nama sebenar Nora Mohd Danish Hanif (42) yang mengajak peminat untuk menghafal surah yang boleh menjadi pelindung dari azab kubur bagi umat Islam itu mendapat pujian.
Mengakui masih dalam proses pembelajaran, Nora berkata setakat ini dia baru sahaja menghafal ayat satu sehingga ayat lima.
Kredit: Nora Danish
“Saya sekarang sebenarnya dalam percubaan untuk menghafal surah al-Mulk. Saya harap dengan perkongsian video saya ini akan membuka ramai hati orang di luar sana untuk sama-sama menghafal surah ini dengan saya”
Ujarnya menerusi video yang sama, “Saya baru sahaja hafal ayat 1 hingga 5, jom kita lumba nak sama-sama? Jom dengar saya baca, korang tolong semakkan.”
Kredit: Nora Danish
Dalam pada itu, ramai yang memuji usaha pelakon yang terkenal melalui drama bersiri Puteri dan filem Aku Terima Nikahnya dalam menghafal surah berkenaan dan ada juga yang berkongsi tip cara menghafal dan mengingati surah Al-Mulk dengan cara lebih mudah.
Sementara itu, menerusi akaun Instagram Nora, beliau berharap agar perkongsian yang dibuat akan menjadi manfaat kepada orang yang menonton video tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Program realiti yang menampilkan peserta muda berbakat iaitu Big Stage 5 kini kembali mendominasi pentas bermula 7 Mei depan, setiap Ahad bersiaran langsung selama 10 minggu di Auditorium MBSA, Shah Alam.
Rancangan pertandingan nyanyian yang menampilkan bakat-bakat generasi muda ini bakal diriuhkan dengan kekuatan vokal dan saingan yang kompetitif oleh barisan pesertanya yang hebat.
Namun edisi kelima kali ini bukan sahaja membawa peserta-peserta yang berbakat dalam bidang nyanyian tetapi turut membawa variasi dari segi karier seni mereka lantas menjadikan mereka saingan yang kuat dalam pertandingan ini dengan elemen dan genre yang baharu.
Nama-nama yang dipilih untuk beraksi di pentas Big Stage 5 ini merupakan antara bakat muda yang kian meningkat serta telah mendapat perhatian ramai dengan kebolehan dan pencapaian yang diperoleh.
Ada di antara mereka yang memenangi anugerah prestij, calon-calon kepada anugerah yang hebat, popular di peringkat antarabangsa, memenangi pertandingan nyanyian popular, versatil dalam bidang muzik serta penyanyi runut bunyi yang terkenal.
Seramai sepuluh daripada mereka telah dipilih daripada Malaysia manakala empat bintang lain yang turut tersenarai adalah peserta daripada Brunei Darussalam, Indonesia, Singapura dan Korea Selatan yang akan diperkenalkan pada konsert minggu pertama kelak.
Buat julung kalinya, rancangan ‘Big Stage’ menampilkan peserta berkumpulan dan duo sebagai bintang yang akan bersaing bersama di atas pentas untuk memberi lebih ruang kreativiti dan versatiliti dalam setiap persembahan bagi merebut gelaran sebagai ‘Juara’ buat edisi terbaharu ini.
Barisan Big Stage 2023
Isaac Voo
Firdaus Rahmat
Meer Nash
Naufal Azrin
Aufahanie
Puteri Khareeza
Putera Muhammad
Nadeera Zaini
Dem Lepak Boyz
COEX
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setelah mendengar cadangan daripaa pelanggan setia mereka, Tealive sedang berusaha untuk menjadi jenama yang lebih green friendly.
Lalu tak lama lagi, minuman Tealive tidak lagi akan didatangkan dengan straw kertas (yang TBH agak mudah lunyai sebelum minuman dihabiskan).
Kesemua minuman akan dihidangkan dalam tumbler bubble tea Tealive x OneCup yang diperbuat daripada material ‘eco glass’.
Secara tak langsung, Tealive menjadi jenama bubble tea pertama di Malaysia yang berbuat sedemikian. 2 tumbler baharu ini adalah sebahagian daripada siri Tealive Eco dan boleh didapati bermula bulan Jun tahun ini.
Ramai warganet yang menyambut baik usaha yang dilakukan ini. Namun mereka juga gusar sekiranya harga minuman di Tealive akan meningkat sejajar dengan kos penghasilan tumbler ini.
Satu lagi pertanyaan popular yang hadir daripada mereka adalah sekiranya Tealive akan memperkenalkan sistem diskaun bagi pelanggan yang membawa tumbler sendiri dalam usaha untuk menyelamatkan alam sekitar.
Hhm, bagus juga kan cadangan yang diberikan. Bukan saja pelanggan boleh berjimat, REMAJA juga pasti jualan minuman mereka akan meningkat.
Jika minuman bubble tea bukan minuman kegemaran korang, apa kata cuba aiskrim Black Hojicha terbaru ni. Rasanya agak…
Bahasa dan budaya tempatan adalah identiti yang perlu dipelihara, namun tidak dapat dinafikan, ada sesetengah dialek negeri seperti loghat Kelantan agak sukar difahami, terutama...