Menjadi seorang wanita memang sentiasa inginkan kesempurnaan. Kalau baju berkedut, memang rasa tak nak keluar rumah.
Namun, kadangkala kamu mesti mengalami waktu-waktu tertentu tatkala ingin mendapatkan seterika tetapi tidak ada. Khususnya apabila pergi bercuti sebagai backpackers, dan hotel juga tidak menyediakannya.
Situasi-situasi ini sering dihadapi oleh wanita khasnya, kerana lelaki tidaklah secerewet mereka.
Jangan risau, REMAJA telah menjumpai solusi bagi menyelesaikan masalah-masalah yang sentiasa membuatkan wanita pening kepala.
Jom kita lihat beberapa tip mudah yang boleh dijadikan rujukan buat kamu semasa travel di luar kawasan.
Ha, wanita selalunya memang bawa flat iron ni kemana-mana kerana saiznya yang lebih kecil. Caranya, letakkan flat iron ini pada suhu yang sederhana dan kepit kan pada bahagian baju yang berkedut itu selama beberapa saat.
Pastikan iron tidak mempunyai rambut atau produk rambut yang melekat pada permukaan atasnya. Ini boleh merosakkan pakaian kamu. Cara ini juga tidak sesuai digunakan pada fabrik pakaian yang lembut dan nipis.
Campurkan cuka semula jadi dengan air paip dalam sukatan 1 : 3, tuangkan sukatan tersebut pada bekas penyembur air (spray bottle), dan goncangkan.
Selepas itu, semburkan pada bahagian kedutan pakaian.
Jika kamu tidak mempunyai steamer pakaian, cerek air juga dilihat boleh menjadi alternatif untuk masalah ini.
Panaskan cerek di atas dapur, apabila ia mula mendidih, dan hala kan pakaian pada wap yang keluar pada cerek panas tersebut kira-kira 20 sentimeter daripada muncung cerek.
Alat pengering rambut boleh bertindak menjadi seterika pakaian pada waktu-waktu kecemasan. Set kan pengering rambut pada suhu yang paling tinggi dan arahkan kepada kesan kedutan di pakaian tersebut.
Hidupkan air mandian panas di dalam bilik air dan gantungkan pakaian yang berkedut tadi paling hampir pada arah pancutan air panas tersebut. Pastikan air tidak terpercik pada pakaian.
Tutup semua tingkap dan pintu, tunggu sehingga beberapa minit.
Letakkan pakaian pada permukaan yang rata, seperti di papan seterika atau meja. Tutup kesan kedutan tersebut dengan tuala basah, dan tekankan dengan kuat menggunakan tangan kamu.
Kemudian, biarkan pakaian tersebut sehingga kering.
Didihkan air dalam periuk sehingga menggelegak, kemudian buangkan air panas tersebut. Ambil periuk tersebut dan tekupkan bahagian bawah periuk pada pakaian berkedut.
Lakukan seperti kamu menggunakan seterika kerana fungsinya adalah sama.
Tetapkan mod pengeringan pada mesin basuh dan letakkan pakaian berkedut maksima sebanyak lima helai. Tambah beberapa kiub ais dan on kan mesin basuh.
Biarkan selama 10 minit dan pakaian tadi akan sempurna seperti diseterika. Hal ini terjadi kerana ais yang lebur ketika disejatkan akan mewujudkan wap yang menghilangkan kedutan.