Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi membuktikan dirinya seorang pengibur yang berada dalam kelas tersendiri menerusi penganjuran konsert Siti Nurhaliza: Cinta Di Awan.
Konsert yang berlangsung selama dua hari berturut-turut pada hujung minggu lalu menyaksikan beliau meyampaikan lebih daripada 30 lagu setiap sesi dengan pelbagai rendisi menarik.
Ini corat-coret momen menarik yang REMAJA sendiri saksikan pada malam pertama konsert yang dianjurkan oleh Resort World Genting itu.
FULL HOUSE!
Konsert malam pertama menyaksikan jualan tiket sold out! Kira-kira 5’100 peminat memenuhi ruang auditorium mega itu sejak jam 7.00 petang bagi menonton konsert yang bermula pada jam 8.30 malam itu.
AWAN MENYELIPUTI PENTAS
Nama pun Cinta Di Awan, semestinya dekor yang dibawakan mengambarkan konsep konsert kali ini. Pentas Arena of Stars dipenuhi dengan ‘awan putih’ yang menampakkan keseluruhan pentas tampil dreamy dan meenawan. Penanda pembukaan konsert juga diserlahkan dengan bunyi kilat sabung menyabung.
LAUTAN MERAH, PUTIH DAN PINK
Peminat-peminat Siti Nurhaliza atau lebih mesra digelar Sitizoners sememangnya sporting. Mereka tampil menarik dalam helaian berona merah, putih dan pink seperti yang ditetapkan. Bermacam stail yang digayakan!
Ads
PENAMPILAN SULUNG SITI AAFIYAH
Siti Aafiyah Khalid membuat kemunculan di atas pentas dengan bermain piano mengiringi ibunya yang mendendangkan lagu baru bertajuk Nadi. Lagu tersebut berkisarkan kasih sayang Siti Nurhaliza kepada dua anaknya. Ketika persembahan itu, anak kedua Siti, Muhammad Afwa turut berada di atas pentas.
SUARA UMAI MAKIN MATANG
Anak saudara Siti Nurhaliza, Umai turut menjadi tetamu jemputan pada malam itu. Gadis berusia 13 tahun itu tampil setinggi ibu saudaranya. Mereka sama-sama mendendangkan lagu berbahasa asing iaitu Zheng Fu dan You Are The Reason. Apa yang jelas, seiring pendewasaan, suara Umai semakin lunak dan merdu tanpa terikut gaya nyanyian ibu saudaranya.
PERSEMBAH LEBIH 30 LAGU CINTA
Malam itu, Siti Nurhaliza membawakan 37 lagu bertemakan cinta untuk dihayati oleh penonton. Beliau membuka pentas dengan medley lagu ‘berhantunya’ seperti Jerat Percintaan, Wajah Kekasih dan Dialah Dihati.
Ads
LAGU ROCK 90-AN
Siti Nurhaliza membuat kejutan dengan mendendangkan beberapa lagu popular 90-an seperti Tak Mungkin Berpaling (Slam), Tiara (Kris) dan Hakikat Sebuah Cinta (Iklim). Seluruh Arena of Stars gamat apabila beliau membawakan lagu ini dengan penuh bertenaga.
CHAAN GANTI AUBREY SUWITO
Seperti yang kita tahu, kebiasaannya Aubrey Suwito menjadi maestro muzik pilihan Siti Nurhaliza untuk konsertnya. Namun kali ini Siti memilih Chaan untuk menggantikan Aubrey yang dikhabarkan sudah memiliki komitmen lain. Chaan bersama Leman Band mengiringi konsert tersebut dengan susunan muzik yang cukup bertenaga.
KONSERT SOLO PENUTUP 2024
Ads
Dalam perkongsiannya kepada media, konsert Cinta Di Awan menjadi konsert solo terakhir untuk tahun ini. Manakala untuk tahun hadapan pula masih belum dalam perancangan. Ujarnya, jika ada perancangan beliau akan berkongsi kepada umum.
Tuntasnya, Konsert Cinta Di Awan ini menjadi kenangan terindah buat peminat Siti Nurhaliza. Biarpun sudah hampir 30 tahun bergelar anak seni, aura anak jati Pahang ini masih unggul.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi meningkat naik, Nadeera Zaini memiliki bakat nyanyian yang luar biasa yang dikurniakan Ilahi buatnya.
Pernah menyertai beberapa program realiti televisyen dan bergelar juara, bagaimanapun nama baiknya bagaikan tidak ‘didendang’ dalam industri seni tanah air.
Terbaharu, Nadeera mencuba nasib sebagai peserta Big Stage musim ke-5 bagi merebut kedudukan juara, yang bersiaran langsung pada setiap Ahad.
Menerusi persembahan di minggu keempat, penyanyi dan pensyarah, Datuk Syafinaz Selamat yang bertindak sebagai juri jemputan tampil memberikan komen terhadap nyanyian Nadeera.
Syafinaz berpendapat bahawa Nadeera tidak sepatutnya menyertai pertandingan nyanyian yang mencari penyanyi baharu seperti Big Stage. Tambahnya lagi, orang ramai sewajarnya memberikan sokongan kepada Nadeera yang mempunyai vokal serta bakat yang sangat bagus.
Komen yang diberikan pelantun lagu Ingin Bersamamu itu turut dipersetujui penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Menerusi hantaran dimuat naik di Instagram Story, penyanyi lagu hit Jerat Percintaan itu mendedahkan dia sangat bersetuju dengan setiap komen diberikan Syafinaz kepada Nadeera yang disifatkan sebagai seorang penyanyi yang mempunyai kemahiran menyanyi sangat bagus.
“Setuju sangat dengan kakak saya Syafinaz. Nadeera mempunyai skill dan suara yang sangat bagus, seangkatan Aina Abdul tetapi rezekinya belum betul menyerlah,” coretnya ringkas.
Ibu kepada dua cahaya mata itu turut menambah bahawa apa yang kurang dalam perjalanan karier Nadeera ialah kurangnya perhatian dan sokongan daripada para pencinta muzik tanah air.
“Nadeera perlukan sokongan peminat muzik tanah air,” katanya lagi.
Sekadar info, Nadeera yang mendendangkan lagu Bunga-Bunga Cinta nyanyian asal Misha Omar berjaya meraih tempat keempat keseluruhan bagi minggu keempat dengan markah 82%.
Manakala, peserta yang menerima markah tertinggi sekali gus menduduki kedudukan pertama bagi minggu keempat ialah Waode, yang mendendangkan lagu Tak Ingin Usai nyanyian asal oleh Keisya Levronka dengan memperoleh markah sebanyak 91.67%.
10 peserta yang bertanding untuk minggu seterusnya ialah Hoondoo, COEX, Waode, Aufahanie, Putera Muhammad, Nadeera Zaini, Dem Lepak Boyz, Firdaus Rahmat, Puteri Khareeza, dan Farhan Shah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Personaliti media sosial, Ameera Khan telah didakwa bercuti bersama aktor, Meerqeen di Bali, Indonesia oleh netizen hanya kerana berada di lokasi sama.
Tidak mahu membiarkan dakwaan itu berpanjangan, adik kepada usahawan dan hos terkenal, Neelofa memaklumkan dia berada di Bali bersama sepupunya, Aisha selain mengakui suda mempunyai kekasih yang kini menetap di London.
“Saya di Bali bersama sepupu, Aisha, pengawal peribadi dan pemandu. Hanya kami berempat.
“Saya ada teman lelaki dan dia berada di London,” katanya di InstaStory.
Kata gadis berusia 23 itu lagi, dia sepatutnya tidak mempunyai keperluan untuk menjelaskan tentang hal tersebut kepada umum namun melakukannya disebabkan dakwaan tidak berasas oleh netizen.
“Saya tak perlu jelaskan tetapi sesetengah daripada anda sudah melebih-lebih.
“Tutup mulut anda dan berambus,” ujarnya lagi.
Sebelum itu, dakwaan tersebut tercetus apabila dia dan Meerqeen serentak berkongsi foto berada di Bali. Rentetan daripada itu, Ameera menerima komen daripada beberapa individu yang menyatakan dia bercuti di Bali bersama aktor popular berkenaan.
Terdahulu, Ameera pernah dikatakan bercinta dengan Meerqeen apabila mereka pernah saling berbalas komen dalam Instagram namun menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan hubungan mereka hanya sekadar kawan.
SUMBER: Instagram Ameer khan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selalu kita dengar dalam dunia ini katanya ada tujuh orang yang mukanya seiras, tetapi tidak pula dapat dipastikan sama ada ia benar atau tidak. Namun, hal ini juga tidak dinafikan kerana memang ada individu yang wajahnya seiras dengan orang lain.
Betul tak?
Golongan selebriti juga tidak kecuali, kerana ada diantara selebriti yang seiras dengan selebriti lain. Tak percaya? Jom kita lihat antara selebriti Korea yang wajahnya hampir sama.
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...