Jika korang masih tercari-cari dimana lokasi untuk melihat keindahan bintang di dalam Malaysia, berikut kami kongsikan menerusi ciapan di laman Twitter akaun @shamihakim13, berikut adalah senarai tempat ‘stargazing’ yang ada di semenanjung Malaysia.
#1 Sekinchan, Selangor
Tidak jauh dari Kuala Lumpur, di kawasan ini juga anda boleh melihat ribuan hamparan bintang yang menyinari ruang langit pada waktu malam.
#2 Pantai Bagan Lalang, Selangor
Pantai Bagan Lalang, Sepang semestinya menjadi pilihan untuk melihat keindahan bintang di waktu malam.
#3 Kuala Kubu Bharu Dam, Hulu Selangor
Ads
Terletak hanya 60km di utara Kuala Lumpur, dekat sini juga menarik bagi yang gemar ‘stargazing’ ala-ala di oversea.
#4 Fraser Hill, Pahang
Bukit Fraser atau Fraser Hill sudah lama menjadi destinasi pilihan buat mereka yang mahukan pengalaman percutian dingin tanpa perlu pergi ke luar negara. Fraser Hill memberikan pelbagai pengalaman terbaik termasuk melihat jutaan bintang berkelip di langit pada waktu malam.
#5 Pulau Gemia Marang, Terengganu
Pulau Gemia yang terletak di Marang ternyata tidak begitu popular dan dikenali ramai. Namun begitu, pulau yang terletak 800 meter dari Pulau Kapas ini tetap menarik dengan ada ribuan bintang yang kelihatan terang pada waktu malam.
#6 Pantai Teluk Bidara, Terengganu
Ads
Walaupun banyak pantai-pantai menarik di sekitar Dungun, tetapi masih ramai orang yang gemar singgah di Pantai Teluk Bidara. Antara pantai di Malaysia yang memilik air yang jernih dan juga bersih. Bila waktu malam pula, cahaya bintang yang akan menyinari tempat ini memang menarik kan?
#7 Kuala Sepetang, Perak
Kuala Sepetang hanya beberapa kilometer dari bandar Taiping. Bila tiba waktu malam, ribuan bintang yang menyinari langit setia menemani nelayan yang keluar mencari rezeki pada waktu itu.
#8 Mersing, Johor
Tempat ini juga dihiasi dengan bintang yang menyinar pada waktu malam, jadi bolehlah ‘stargazing’ dengan tenang dan damai tanpa diganggu orang ramai.
Ads
#9 Tasik Pedu, Kedah
Untuk info, Tasik Pedu merupakan tasik buatan manusia yang terbesar di Kedah. Kawasan tasik ini dikelilingi dengan keindahan flora dan fauna. Pada waktu malam pula, tempat ini kaya dengan ribuan bintang yang mewarnai langit.
Tapi perkongsian ini hanyalah sebahagian sahaja, kerana masih banyak tempat menarik di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
So guys, apa korang tunggu lagi dah bolehlah buat perancangan bersama kawan-kawan untuk menikmati keindahan bintang di lokasi-lokasi yang kami kongsikan ini. Paling penting, dalam Malaysia je. Hiks!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tinggal lagi beberapa hari je kita nak menyambut hari raya Aidilfitri. Bagi yang baru saja bekerja, takkan la tak hulur duit raya untuk anak-anak buah dan sepupu yang masih bersekolah.
Maklum saja, tentu ramai yang nak merasa gaji pertama kan? Hiks!
Kalau ada yang last minute nak tukar duit raya, jangn risau. Korang tak boleh tukar sendiri di mesin ATM terpilih dengan mudah.
Ikuti cara yang dikongsi oleh Mohd Shukur di laman Facebooknya.
1. Cari Maybank yang terpilih. Contoh gambar adalah di Maybank Setia Alam ada dua mesin ATM yang boleh dapat duit raya baru
2. Pilih ATM yang ada signage gambar tiga orang pakai baju Melayu pegang duit (seperti dalam gambar)
3. Semua duit dalam mesin ATM terebut adalah note RM 10 duit raya baru. Tekan withdraw dan pilih amount
4. Jumlah maksimum bagi setiap pengeluaran ialah RM300. So, kalau korang nak 60 keping note RM10 yang baru, kena buat dua kali
5. Dah settle. Sampul raya boleh minta daripada orang yang jaga kaunter. Kalau masih ada stok, rezeki korang la.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi membantu misi merawat pesakit COVID-19, Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia (PPPM) telah memanjangkan pesanan khidmat sukarelawan kepada Pembantu/Penolong Pegawai Perubatan serta anggota kesihatan yang lain, yang ingin membantu KKM dalam menangani wabak COVID-19.
Tumpuan khidmat sukarelawan ini adalah di Lembah Klang dan kemudiannya di negeri-negeri lain. Perkhidmatan korang diperlukan mulai 23 Mac 2020 sepanjang hari Isnin hingga Sabtu mengikut option waktu kerja seperti berikut:
Option 1: Kerja 6 hari seminggu (Isnin hingga Sabtu & pulang pada hari Ahad)
Option 2: Kerja syif selama 2 minggu (Isnin hingga Isnin minggu berikutnya & balik pada hari Selasa)
Namun begitu diingatkan, tiada sebarang bayaran atau upah dan imbuhan pendahuluan diri (perjalanan, makan dan minum). Segala perbelanjaan adalah ditanggung sendiri oleh anggota sukarelawan, namun tempat tinggal disediakan di National Health Institute (NIH), Setia Alam bagi sukarelawan yang memerlukan.
Syarat-syarat menyertai khidmat sukarelawan ini adalah seperti berikut:
1. Berdaftar dengan badan profesional yang mengawal selia amalan pemohon;
2. Sihat tubuh badan & tidak mempunyai masalah kesihatan yang tidak terkawal.
3. Sanggup bertugas di mana-mana lokasi seperti yang diarahkan.
Sekiranya korang mempunyai rakan-rakan atau keluarga yang bekerja dalam sektor perubatan untuk menjadi sukarelawan ini, bolehlah lengkapkan Google form yang telah disediakan oleh Bahagian Kawalan Penyakit KKM di https://docs.google.com/…/1FAIpQLSdnO5pPnHNCFlQ9Q…/viewform… dan hadir ke taklimat di NIH, Setia Alam pada masa yang ditetapkan mengikut surat panggilan sebelum mula bertugas.
Individu yang sedang berkhidmat sama ada di sektor awam mahupun swasta, kebenaran Ketua Jabatan atau majikan hendaklah diperolehi terlebih dahulu. Keizinan Ketua Jabatan adalah perlu bagi mendapatkan pelepasan & melancarkan urusan perkhidmatan sukarelawan.
Sebagai rakyat Malaysia, dah jadi tanggungjawab bersama untuk kita membantu mengurangkan beban individu lain. Mana yang boleh membantu, jom sama-sama menyalurkan tenaga dalam misi sukarelawan ini.
Semoga segala urusan yang dibuat oleh PPPM dan KKM dipermudahkan dan sama-sama kita mengatasi gejala wabak COVID-19 dari terus menular.
Isu denda RM1000 kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pernah menjadi “perdebatan” pendapat di kalangan rakyat. Ada melihat ia terlalu tinggi namun sebahagian melihat jumlah itu masih sedikit dalam mendisiplinkan masyarakat ingkar.
Kita mungkin masih mengingati seorang pelajar menangis hanya kerana menanggalkan seketika topeng pelitup mukanya di sebuah stesen komuter di Rawang dan dia kemudian dikenakan denda RM1000 oleh pihak berkuasa. Kes itu mendapat liputan meluas kerana viral gambarnya sedang menangis dan kemudian MP Kepong mahu membayarkan denda berkenaan kerana tahu kesusahan remaja berkenaan. Ya kerana merasakan empati melihat keadaannya ketika itu.
Tapi kita pasti tidak boleh melupakan kontroversi melibatkan cucu Tun Dr Mahathir iaitu Meera Alyanna yang juga anak sulung bekas Menteri Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang didapati mabuk dan melanggar perintah PKPP kerana berada di kelab malam bersama suaminya. Dia antara yang ditahan malah Meera sudah pun membayar denda tersebut. Malangnya sindirin netizen menyebut ia jumlah “ciput” bagi orang kaya seperti status disandangnya sebagai anak VIP.
Tapi tahukah kita, dalam masa terdekat ini Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengkaji semula Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) di mana ia dalam proses untuk menaikkan kadar kompaun daripada RM1,000 kepada RM10,000.
Ya, dari RM1000 kepada RM10,000!
Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Peguam Negara dalam masa terdekat bagi tujuan berkenaan.
"Akta ini (Akta 342) telah didrafkan pada tahun 1988. Selama 32 tahun kita tidak mengkaji atau buat penambahbaikan akta tersebut.
"Jadi sekarang ini masa yang sesuai untuk penambahbaikan. Kita akan beri cadangan dan berbincang dengan Peguam Negara mengenai kadar yang sepatutnya," katanya dalam sidang media pada semalam.
Ujarnya, kajian secara terperinci akan dijalankan sebelum sebarang cadangan dikemukakan kepada mesyuarat Kabinet dan seterusnya dibentangkan di Dewan Rakyat.
Sebelum ini, Dr Noor Hisham antara lain dilaporkan berkata, akta berkenaan akan dipinda bagi membolehkan kadar kompaun RM1,000 dinaikkan kepada RM10,000 terhadap pihak yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) (sumber Astro Awani).
Persoalan kami, mampukah jumlah denda tinggi itu mendisiplinkan rakyat untuk mematuhi PKPP? Atau kalau kita tidak mampu membayarnya terutama di kalangan golongan susah dan sederhana, di manakah lokasi kita seterusnya? (adakah kita akan memenuhkan penjara pula? Mohon dijauhkan dari kehidupan kita).
Apa pun disiplin sebenarnya sangat bagus untuk membentuk keperibadian tetapi semua ini terpulang kepada diri sendiri. Mahu ingkar dan melawan undang-undang atau bersedia mematuhi undang-undang apabila jumlah denda itu dilaksanakan sepenuhnya nanti.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...