9 Destinasi Terbaik Di Malaysia Untuk Lihat Panorama Keindahan Bintang Ala-Ala Oversea

Share

Melihat keunikan cahaya bintang yang berkedipan di langit dengan mata sendiri merupakan impian bagi individu yang suka kepada kecantikan alam.

ARTIKEL BERKAITAN : Tip & Panduan Untuk Geng Travel Jejak Lokasi Aurora Di Scandinavia

Jika korang masih tercari-cari dimana lokasi untuk melihat keindahan bintang di dalam Malaysia, berikut kami kongsikan menerusi ciapan di laman Twitter akaun @shamihakim13, berikut adalah senarai tempat ‘stargazing’ yang ada di semenanjung Malaysia.

#1 Sekinchan, Selangor


Tidak jauh dari Kuala Lumpur, di kawasan ini juga anda boleh melihat ribuan hamparan bintang yang menyinari ruang langit pada waktu malam.

#2 Pantai Bagan Lalang, Selangor

Pantai Bagan Lalang, Sepang semestinya menjadi pilihan untuk melihat keindahan bintang di waktu malam.

#3 Kuala Kubu Bharu Dam, Hulu Selangor


Terletak hanya 60km di utara Kuala Lumpur, dekat sini juga menarik bagi yang gemar ‘stargazing’ ala-ala di oversea.

#4 Fraser Hill, Pahang

Foto: raymond_dairiam

Bukit Fraser atau Fraser Hill sudah lama menjadi destinasi pilihan buat mereka yang mahukan pengalaman percutian dingin tanpa perlu pergi ke luar negara. Fraser Hill memberikan pelbagai pengalaman terbaik termasuk melihat jutaan bintang berkelip di langit pada waktu malam.

#5 Pulau Gemia Marang, Terengganu

Foto

Pulau Gemia yang terletak di Marang ternyata tidak begitu popular dan dikenali ramai. Namun begitu, pulau yang terletak 800 meter dari Pulau Kapas ini tetap menarik dengan ada ribuan bintang yang kelihatan terang pada waktu malam.

#6 Pantai Teluk Bidara, Terengganu

Foto

Walaupun banyak pantai-pantai menarik di sekitar Dungun, tetapi masih ramai orang yang gemar singgah di Pantai Teluk Bidara. Antara pantai di Malaysia yang memilik air yang jernih dan juga bersih. Bila waktu malam pula, cahaya bintang yang akan menyinari tempat ini memang menarik kan?

#7 Kuala Sepetang, Perak

Foto: hak.imageworks

Kuala Sepetang hanya beberapa kilometer dari bandar Taiping. Bila tiba waktu malam, ribuan bintang yang menyinari langit setia menemani nelayan yang keluar mencari rezeki pada waktu itu.

#8 Mersing, Johor


Foto: zero_honglin

Tempat ini juga dihiasi dengan bintang yang menyinar pada waktu malam, jadi bolehlah ‘stargazing’ dengan tenang dan damai tanpa diganggu orang ramai.

#9 Tasik Pedu, Kedah

Foto: wordpress HCSHI

Untuk info, Tasik Pedu merupakan tasik buatan manusia yang terbesar di Kedah. Kawasan tasik ini dikelilingi dengan keindahan flora dan fauna. Pada waktu malam pula, tempat ini kaya dengan ribuan bintang yang mewarnai langit.

Tapi perkongsian ini hanyalah sebahagian sahaja, kerana masih banyak tempat menarik di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

So guys,  apa korang tunggu lagi dah bolehlah buat perancangan bersama kawan-kawan untuk menikmati keindahan bintang di lokasi-lokasi yang kami kongsikan ini. Paling penting, dalam Malaysia je. Hiks!

Sumber: TWITTER

BACA : 10 Tempat Penginapan Menarik Di Malaysia, Suasananya Seperti Di Luar Negara

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana