![Labinaagu ko innaaka (6)](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2021/01/Labinaagu-ko-innaaka-6-696x374.jpg)
Walaupun kita masih dalam mood tahun baru, tapi kami pasti setiap tahun dan bulan peminat K-Drama pasti menantikan senarai drama-drama terbaru yang akan ditayangkan.
Berikut merupakan 9 senarai drama menarik korang kena tonton.
1. River Where The Moon Rises
![9 Drama Korea Paling Best Tahun 2021, Wajib Ada Dalam List Korang!](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2021/01/River_Where_the_Moon_Rises-SM1.jpg)
Ditayangkan: Februari 2021 Episode: 16
Genre: Sejarah, romantik, politik
Berkisahkan tentang cerita cinta antara Pyong Gang (Kim So-Hyun) dan On Dal (Ji Soo) iaitu watak dalam cerita rakyat Goguryeo. Pyong Gang adalah seorang puteri Goguryeo yang dibesarkan sebagai seorang askar sebaik sahaja dilahirkan. Akibat daripada itu, dia mempunyai cita-cita tinggi untuk menjadi Raja Goguryeo dan secara tidak langsung bertemu dengan seorang lelaki bernama On Dal.
2. Sisyphus: The Myth
Ditayangkan: Feb 2021 Episodes: 16
Drama korea ini dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat korea selatan antaranya Cho Seung Woo dan Park Shin Hye. Drama Sisyphus: The Myth ini merupakan serial yang istimewa kerana ia merupakan drama untuk memperingati 10 tahun anniversary JTBC.
Sisyphus: The Myth adalah drama fantasi misteri yang memberi fokus kepada jurutera genius, Han Tae Sool (Cho Seung Woo) yang berusaha untuk membongkar kebenaran di sebalik kematian abangnya, dan seorang pahlawan elit bernama Kang Seo Hae (Park Shin Hye), yang mengembara masa untuk menolongnya.
3. Money Heist (Korean Remake)
Ditayangkan: TBC Episodes: 12
![9 Drama Korea Paling Best Tahun 2021, Wajib Ada Dalam List Korang!](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2021/01/d1.jpg)
Money Heist (Korean Remake) ini diadaptasikan daripada siri drama Sepanyol yang sangat popular iaitu La Casa De Papel (Money Heist). Melalui The Professor, watak ini akan mengaturkan sebuah rancangan dalam mencetuskan kejadian pencurian yang terbesar dalam sejarah.
Genre: Action, Thriller, Misteri, Jenayah
4. Sunbae, Don’t Put On That Lipstick
Ditayangkan: 18 Januari 2021
![9 Drama Korea Paling Best Tahun 2021, Wajib Ada Dalam List Korang!](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2021/01/Sunbae-Dont-Put-on-That-Lipstick-cast-e1605230255224.jpg)
Yoon Song-Ah (Won Jin-Ah) bekerja sebagai seorang pemasar barangan kosmetik untuk sebuah jenama. Dia mempunyai impian untuk memulakan jenama kosmetiknya sendiri. Sementara itu Chae Hyun-Seung (Ro Woon) iaitu rakan kerja Yoon Song-Ah tertarik kepadanya dan cuba untuk menjalinkan hubungan romantis dengannya. Tetapi hubungan itu ditolak kerana Yoon Song-Ah tidak mahukan lelaki yang muda.
Genre: Komedi dan romantik
5. “Joseon Exorcist”
Ditayangkan: Mac 2021
![9 Drama Korea Paling Best Tahun 2021, Wajib Ada Dalam List Korang!](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2021/01/4fd396c091824952b6b3f1d0679fd708.jpeg)
SBS telah melancarkan teaser trailer drama fantasi aksi akan datang berjudul Joseon Exorcist, memaparkan pandangan pertama yang menakutkan. Anda boleh saksikan teaser dipemain video dibawah.
Joseon Exorcist ditetapkan setelah penubuhan dinasti Joseon, dan ia mengisahkan tentang mayat yang kembali hidup setelah dibunuh oleh keluarga diraja.
Genre: Fantasi Aksi
6. Mouse
Ditayangkan: Februari 2021
Drama ini mengisahkan tentang pembunuhan bersiri yang menjadi ancaman kepada negara. Jung Ba-Reum (Lee Seung-Gi) adalah serang pegawai polis yang berusaha dalam mencapai keadilan. Semasa dia berhadapan dengan psikopat dan juga pembunuh bersiri itu, Jung Ba-Reum mula mendapati hidupnya berubah dan mendekati pelaku dengan pertanyaan “Bagaimana jika kita mengenali psikopat tersebut terlebih dahulu?”
Genre: Aksi, thriller, misteri dan jenayah
7. Vincenzo
Ditayangkan: 20 Februari 2021
Setelah diambil dan dijaga oleh keluarga angkat pada usia 8 tahun, Park Joo-Hyeong (Song Joong-Ki) telah dibawa ke Itali dan menukar nama ke Vincenzo Casano.Dia yang merupakan seorang peguam yang bekerja untuk mafia sebagai consigliere dan disebabkan oleh salah faham di antara kumpulan mafia, Vicenzo Casano melarikan diri ke Korea Selatan.
Di Korea Selatan, dia telah bertemu dengan Hong Cha-Young (Jeon Yeo-Bin) iaitu seorang peguam yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memenangi kes. Dalam pada masa yang sama, Vicenzo Casano mula jatuh cinta pada Hong Cha-Young.
Genre: Komedi, romantik dan jenayah
8. Oh! Master
Drama ini mengisahkan tentang Han Bi-Soo (Lee Min-Ki) yang tidak berminat dalam menjalinkan hubungan romantis dan merupakan penulis skrip drama thriller yang terbaik di Korea Selatan. Manakala Oh Joo-In (Nana) adalah seorang pelakon yang popular dan sering muncul dalam komedi romantik walapun realitinya dia tidak berapa bagus dalam hubungannya sendiri. Mereka berdua mula berhubungan apabila tinggal bersama untuk satu kejadian.
Genre: Komedi dan romantik
Ditayangkan: 3 Mac 2021
9. Deluxe Taxi
Ditayangkan: April 2021
Kim Do-Ki (Lee Je-Hoon) adalah lulusan daripada Akademi Tentera Laut dan menjadi Pegawai UDT (Underwater Demolition Team). Pada suatu hari, ibunya dibunuh oleh pembunuh bersiri dan kejadian itu mengubah hidupnya.
Kini, Kim Do-Ki telah menjadi pemandu teksi mewah di syarikat Rainbow Taxi. Bukan sekadar syarikat teksi biasa, syarikat tersebut juga menawarkan perkhidmatan khas iaitu balas dendam. Sekiranya pelanggan meminta servis khas tersebut, Kim Do-Ki dan rakannya akan melakukannya.
Genre: Aksi, Seram, Jenayah