Seperti biasa, setiap bulan ramai yang menantikan drama-drama Korea terbaru untuk ditonton. Berikut kami senaraikan antara 9 drama yang bakal ditayangkan Oktober ini.
Mengisahkan tentang kisah penipu yang menemukan satu rahsia dan cuba untuk mengungkap rahsia tersebut. Mereka harus menentang syarikat besar dengan menggunakan kemahiran tipu daya. Drama ini akan mula ditayangkan pada 7 Oktober 2020 di saluran JTBC dan Netflix.
Menceritakan tentang Yi Yeon (Lee Dong Wook) yang merupakan gumiho (rubah jantan berekor Sembilan) yang menetap di sebuah bandar. Karakternya digambarkan pernah menjadi dewa gunung, tetapi kini dia hanya seekor gumiho yang menyamar sebagai manusia dan seorang atlet hebat yang sentiasa kehilangan tenaga kerana menggunakan kuasanya ketika melakukan tugasannya.
Memulakan tayangannya pada 17 Oktober 2020, drama ini mengisahkan tentang pasukan tentera yang dianggotai oleh Koo Dong Jin (Jang Dong Yoon) dan Son Ye Rim (Krystal) yang cuba untuk melawan makhluk misteri.
Berlatarbelakangkan Bandar Silikon fiksyen Korea Selatan yang disebut sebagai Sandboz, Start-Up menceritakan tentang kisah pekerja-pekerja di syarikat yang baru dibangunkan. Dibintangi oleh Seo Dal Mi (Bae Suzy), Nam Do San (Nam Joo Hyuk), Han Ji Pyung (Kim Seon Ho), dan Won In Jae (Kang Han Na), drama ini dijadualkan ditayangkan pada 17 Oktober 2020.
Mengisahkan tentang Sim Soo-Ryeon (Lee Ji Ah), seorang wanita yang berasal daripada keluarga kaya dan menjadi ratu apartmen di penthouse tingkat 100. Suaminya bernama Joo Dan Tae (Uhm Ki Joon), iaitu merupakan pengusaha real estate yang berjaya.
Drama ini mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang kelihatan bahagia pada luarannya tetapi hakikatnya, si suami sudah bosan dengan isterinya. Namun begitu, segala kemewahan, harta kekayaan mereka adalah ditanggung oleh si isteri yang berasal daripada keluarga orang kaya. Suaminya pula menjalinkan hubungan sulit dengan perempuan lain dan mereka bercadang untuk membunuh isterinya itu.
Jeon Ji Hoon (Eric) yang menyamar sebagai penulis perjalanan, tapi sebenarnya dia adalah perisik rahsia yang tidak diketahui oleh isterinya, Kang Ah Reum (Yoo In Na) yang merupakan pereka fesyen baju pengantin.
Kim Seo-Jin (Shin Sung-Rok) adalah seorang lelaki yang hanya ingin mencapai kejayaan dalam hidupnya. Berkat usahanya, dia adalah eksekutif termuda di syarikatnya. Hidupnya sempurna, dengan isteri cantik, Kang Hyun-Chae (Nam Gyu-Ri) yang merupakan pemain biola dan seorang anak perempuan. Kehidupannya yang indah terhenti ketika anak perempuannya diculik.
Kang Yeo Joo (Jo Ye Jeong) merupakan seorang penulis novel jenayah terkenal yang berurusan dengan kes-kes pembunuhan kejam. Dia terus-menerus sering berfikir tentang bagaimana membunuh orang untuk cerita novelnya itu.
Kang Yeo Joo menikah dengan Han Woo Sung (Go Joon), seorang peguam yang mengendalikan isu-isu penceraian. Dia menulis memo kepada isterinya yang menyatakan bahawa “Jika saya curang, saya mati”.
Ha, mesti korang dah tak sabar nak menonton kan?